kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

PENGHUJUNG TAHUN

TRAGEDI 2009

OH...sudah masuk penghujung tahun ya. Sungguh pantas masa berlalu dan banyak pula pahit manisnya sepanjang tahun 2009 ini.


Januari
* Ku bahagia sangat-sangat
* saya memperolehi aset baru - Kereta Myvi 1.3 Ez AUTO


Februari
* sibuk dengan Kursus Induksi di PULAPAH. Pengalaman yang paling menakutkan hidup saya sepanjang kursus ini berlangsung. Sumpah saya tidak akan menjejaki lagi ke PULAPAH. Walau apapun teramat suka kerana banyak jumpa kawan baru.
* persiapan ke majlis represi Liza di Johor.


Mac
*Pertama kali saya memandu dalam jarak jauh. Percubaan yang bagus tetapi malang tidak berbau, kereta saya mengalami kecederaan. huhuhuhu. Terasa amat sedih masa ini.
* Menjadi pengapit di majlis perkahwinan Liza. Sukeeee...Pengalaman pertama menjadi pengapit.
* Sewaktu ni kehidupan saya amat indah.


April
* Berlaku kemalangan di hentian pejalan kaki, sungguh tidak perasan yang lampu isyarat merah masa tu akibat leka bermain SMS. Sungguh lalai saya ketika ini. Tapi alhamdullilah semuanya selesai.
* Ada juga perkara sendored yang tak dapat diceritakan.


Jun
* Amat pahit untuk lalui kehidupan saya pada ketika ini. Terlalu peribadi untuk diceritakan di sini. Apa yang berlaku atas kesilapan saya sendiri. Jika ada rezeki saya, insyaallah saya akan dapat balik apa yang telah dimilikinya. Sungguh cetek pemikiran saya pada masa ini. Tuhan, lindungi daripada ianya berlaku lagi dalam hidup saya.


Julai
* terlalu mengimpikan Nokia 5800, akhirnya termakbul doaku unutk memilikinya.


Ogos
* beli netbook ACER ASPIRE. Suka sangat2.. Layan FB je kerjanya..
* Ramadhan kali ini teramat bermakna buatku.


Sept
* Dukacita sangat sebab tak dapat beraya bersama. Janji pada diri saya tak akan buat lagi kesilapan yang sama tahun depan.


Okt
* bulan lahirnya saya ke dunia ini. Sedih sebab ada orang yang tak ingat.
* Patutlah ada benda yang akan jadi pada saya.


Nov
KECEWA


Dis
* Ada kebahagian menanti saya. Insyaallah. Makbulkan hasrat kami ya Allah...
Mudahan apa yang dirancang kami akan terlaksana. Harap sangat-sangat.
MOGA TAHUN BARU INI, AKAN DAPAT SAYA LALUI DENGAN PENUH TENANG, CERIA DAN GUMBIRA SELALU..

MEH KITE KLIK SINI

Mulanya saya seakan tidak percaya, tetapi setelah alaminya sendiri baru lah tahu. Menyesal tak sudah sertai dari dulu lagi..huhuhu..jom kawan-kawan kiter klik ramai-ramai..


PENDAPATAN SAMPINGAN DI LUAR JANGKAAN ANDA.

JOM KLIK KLIK...


KLIK KLIK KLIK !!!!!!!!
KLIK KLIK KLIK !!!!!!!!!!!!!
'Create
Copy CODE NI PASTU LETAK KAT BLOG ANDA..


JOM KITE RAMAI-RAMAI KLIK...
PELUANG HEBAT MENANTI ANDA...
SAYA DAH ALAMINYA SENDIRI..

APA NAK DIKATA???

Susah hendak digambarkan. Ya, memang ini yang disangka terjadi akhirnya. Saya tidak akan memaksa dan tidak akan membuatkan orang tersebut merasa dirinya dipaksa. Jalan hidup sendiri, jadi tentukanlah mana yang terbaik. Di ulang sekali lagi memang saya tidak akan MEMAKSA lagi. Berulang kali dan akhirnya kini berulang lagi. Jika diteruskan nanti hati sendiri yang binasa. Lebih baik saya pergi jauh-jauh tanpa menoleh ke belakang (JANGAN PANDANG BELAKANG). Jalan yang terbaik buat diri saya dan telah saya tekadkan dalam hati saya kini yang tiada sesiapa lagi dapat menakluk hati saya yang telah hancur kini. Luka yang dulu belum sembuh lagi, masih ada parutnya dan tak akan saya biarkan ianya hancur kembali.


with love,
noridaramli


p/s :SERIUS...saya telah tekad tidak akan berpatah balik.




FACEBOOK FRIEND'S

Erm puas hati saya pagi ini, saya dah delete siapa yang saya rasa perlu dalam friend list facebook.Puas hati sangat2...ada ramai kawan tapi langsung tak berkomunikasi baik tak payah simpan. Buat menyemak je kalau setakat nak jadi silent reader dan juz nk tgk gambar je. Akan di delete secara berperingkat. Biar kawan tak ramai pun tak apa. Kalau ramai takde kualiti pun tiada guna kan. OK ready ready ready ye...

DRIFT PART 2


Aktiviti semalam tetap sama. Berkunjung ke MAEPS, Serdang sekali lagi untuk menyaksikan Drift. Hari ini hari penentuan. Who's d champion of the year???? Okeh okeh..let's me story keh. Untuk pengetahuan kengkawan yang dikasihi lagi disayangi oleh saya sekalian, drifter di atas ialah Tengku Djan (i don't know he malay or chinese). Dia lah champion 4 this year..tinggi lampai..nampak sangat kependekkan saya masa ni..hohohoho..Saya melindungi lemak saya menggunakan beg PADINI saya moga tidak terserlah, tetapi tuhan maha mengetahui yang saya sememangnya gemokssss sungguh..pipi bulat + muka pun bolatttssss, ops tertukar topik laks..

Semalam badan saya memang kepenatan yang amat-amat sangat, mahu tidaknya berjemur tengah panas terik, memang badan ini sungguh tidak berdaya. Kepala macam ada batu, sakit sangat2 aku belitan tudung yang aku buat...semua serba tak kena..pakai shades pun kejap2 buka...sungguh tidak selesa. Semasa mahu pulang pun siap boleh bergaduh dalam kereta, tapi boleh mengawal diri lagi k.... Hingga aku mengeluarkan perkataan.......TUTTTTSSSs.. Tapi masing2 memahami bahawa kepenatan yang terlampau sangat.

Saya hidangkan dulu sekeping gambar di atas, nantikannya malam ni lagi gambar2 saya k..(bajet macam ade sangat org nk tengok gambar aku,,perasan...cehhhhh)

DRIFT PART1

Tiada apa yang ingin saya update buat entri kali ini, tetapi cuma ingin berkongsi bersama pengalaman saya menonton drift. Mula berjinak-jinak dengan dunia pemotoran ini lebih kurang dua minggu lepas. Permulaannya sekadar ingin menemani rakan-rakan saya tetapi lama-kelamaan minat itu muncul dalam diri saya yang sederhana ini untuk menyaksikannya sekali lagi pada minggu ini.
Pengalaman yang saya alami dua minggu lepas, buat pertama kali rasa macam tidak dapat hendak menyesuaikan diri dengan dunia pemotoran ini. Apa tidaknya tatkala melihat orang memandu dengan cara yang amat menakutkan saya, seolah-olah mahu bergaduh. Berdegup dada saya. Owh ini rupanya drift. Terasa kagum dengan mereka. Sungguh mahir rupanya mereka ini mengawal stereng kereta ya. Bagaimana lah agaknya kalau saya masuk drift. Mesti hancur semua penghalang jalan. Memandu kereta MYVI saya ala-ala drift..berangan..tidak memandu ala-ala drift pun dah kemalangan ini pula nak memandu macam drift..hohohohoohh
Saya memakai cap kononnya Valentino Rossi biasa menggayakan cap ini.
Hujung minggu lepas pula saya menyaksikan DRAG di Cyberjaya..bukan drug okeh. Agak menarik hati saya. Memang seronok sangat-sangat. Siap berada di garisan permulaan lagi. kelakar, kelakar..
Apapun minggu ini sekali lagi saya menyaksikan Formula Drift Malaysia. Owh teruja sangat-sangat tapi tidak sempat bergambar bersama-sama kereta yang bertanding lagi kerana orang terlalu ramai sangat. Malu..malu.....esok ada lagi...sukeeeeeee..nak pergi tengok lagi...




MIMPI ini KENYATAAN

Tiada apa yang ingin saya update dlm entri kali ini, cuma terasa macam hendak berkongsi dengan kawan-kawan semua. Semalam saya tidur dalam lingkungan pukul 11malam, memang tidur yang boleh saya kira agak nyenyak. Keletihan yang amat sangat membuatkan diri saya terlelap dalam masa yang singkat.
Sebelum tidur seperti biasa saya akan berkhayal terlebih dahulu mengingati benda atau saat manis yang berlaku sepanjang hari. Tetapi hati saya tertanya kenapa saya tidak bermimpi seperti apa yang saya fikirkan. Mengapa dia masih muncul lagi dalam mimpi saya? Adakah kerana saya terlalu memikirkannya? Ya Tuhan jauhkan lah diriku dari dirinya. Saya semacam tidak mahu pisang berbuah banyak kali, cukuplah setakat ini sahaja. Dalam mimpi tersebut saya memang merelakan pemergiannya. Tetapi mengapa dia muncul bersama wanita tersebut, seolah ingin memberitahu saya bahawa hatinya kini hanyalah untuk wanita tersebut. Ye saya akur semua ini, tetapi kehadirannya bukanlah kepentingan bagi saya buat masa ini. Pergi dengan tiada sepotong mahupun sepatah perkataan yang keluar dari hatinya bahawa dia ingin melepaskan saya dan menerima wanita tersebut buat selama-lamanya.
Saya tidak kisah sangat tetapi ada rasa terkilan di hati saya ini dia pergi begitu sahaja tanpa menoleh pada saya lagi. Nampak sangat dia betul-betul tidak menyayangi diri saya langsung. Kalau betul seperti itu yang diinginkan olehnya, mengapa saya dipertemukan dengan seluruh keluarganya. Sungguh saya tidak mengerti mengapa saya diperlakukan begitu. Adakah diri saya ini seperti tiada maruah pergi ke rumah orang sesuka hati walaupun dirinya tidak senang dengan saya. Kejam sungguh kan hati dia. (iklan sebentar : ops tiba2 kawan saya memasang lagu GANTUNG nyanyian Melly Goeslaw seolah mengerti apa yang terbuku di hati saya sekarang)
ERMmmmm..terasa sudah lama tidak mendengar khabar berita daripada wanita yang bertakhta dihati dia sekarang. Banyak cerita saya tahu dari wanita tersebut. Mungkin mereka di ambang kebahagian kan sekarang. Saya redha dengan apa yang dia lakukan pada saya selama ini, terima segala ketentuan yang telah diatur oleh NYA buat diri saya selama ini.

NAK NANGES

Bunyi tajuk macam ngade je aku ni nak nanges..berat seyh bulan ni...uwaaa roadtax aku dah mati..huhuhuhu..masak aku bulan ni....
p/s: tu le padan muke tak beringat sangat..soping tak hengat dunia

PENGALAMAN dan DEWASA???

"Adakalanya pengalaman banyak mendewasakan kita"
Baru saya terfikir sejenak, ya betul, apapun pengalaman itu penting kan. Hendak minta pekerjaan pun pengalaman dititik beratkan.
Pengalaman banyak mengajar kita tentang erti kehidupan yang sebenar. Tidak kiralah pengalaman manis, pahit, tawar, masam dan sebagainya.
Setiap benda yang kita lalui, segala onak durinya, ranjau dan sebagainya.
Tahun 2009 banyak mengajar diri saya tentang kehidupan. Ini rupanya KEHIDUPAN. Yang indah sama banyak dengan yang sebaliknya. Saya redha segala bagai UJIAN yang diberikan olehNYA kepada saya. Alhamdullillah ia banyak mengajar saya untuk berfikir dengan lebih matang dan tenang dalam menghadapinya walaupun amat perit hati ini untuk menerimanya. PENGALAMAN AKAN MEMATANGKAN KITA KE??? YA...Kematangan itu adalah akar tunjang kita untuk kita meningkat DEWASA. Betul ke apa yang saya perkatakan sekarang.
p/s : SAYA AMAT BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG DILIMPAHKAN OLEHNYA PADA SAYA KETIKA INI..AMIN..MOGA SAYA TENANG DALAM MENGHADAPI UJIAN DARINYA...

RAGU-RAGU


Saya tahu ramai yang was-was, kenapa saya buat keputusan bersendiri. Wahai kawan-kawanku jangan bimbang, saya masih waras. Tuhan sentiasa menolong hamba-Nya yang lemah, di mana ada usaha di situ ada jalan. Saya yakin saya buat keputusan yang betul. Kawan-kawan jangan risaukan diri saya ye. Alhamdullilah kehidupan saya berjalan dengan lancar.

KENAPE??

Keadaan badan saya agak keletihan sejak akhir-akhir ini. Mungkin penat kerana sibuk mengemas rumah baru hujung minggu lepas. Sampai ofis je mesti kena tidur dulu. Badan lenguh-lenguh dan sakit sangat. Rasa rindu sangat untuk menulis di blog ini. Insyaallah nanti akan diupdate lagi entri yang terkini tentang diri saya lagi ye..
SAYANG KORANG..MUACHHHH

UMAH BARU

Alhamdullillah akhirnya tercapai hasrat saya untuk pindah ke rumah baru..amat berpuas hati walaupun modal yang keluar mengalir begitu laju..hohohohohohhh...barang keperluan umah yang asas sudah ada..cuma ada lagi dua tiga empat barang yang belum lengkap lagi..insyallah akan diusahakan dari masa ke semasa untuk melengkapkannya lagi..hehehehe..hidup kena penuh dengan impian..ceewahhh..kununnnn..Minggu ini masa saya banyak dihabiskan dengan aktiviti mengemas rumah. Letih gilos. Lain kali berjumpa lagi, penat giler
p/s : nak sambung perah baju plak..penat..washing machine blm ada lg...sakit pinggang..



Untuk pengetahuan semua, kanak-kanak di atas bernama Luqman Irfan Amany, telah genap usianya setahun pada 28 November 2009. Kini Luqman begitu aktif yang terlampau. Masa gambar ini ditangkap sebenarnya Luqman telah diserang demam tapi masih kelihatan macam orang sihat.
nota mata : gambar kek lupa nak diupload..heheheh

EIDUL ADHA 2009


Di sini saya ingin mengucapkan salam aidiladha buat semua walaupun ianya sudah terlewat.
Tidak mampu berkata-kata, hanya gambar sebagai pelengkap segalanya buat tatapan pembaca yang saya sayangi semuanya. Tahun ini sambutan yang dapat saya katakan agak kureng sedikit seperti tahun sebelumnya, seperti biasa di surau kampung saya akan mengadakan qurban 5 ekor lembu jika tidak silap pendengaran saya. Sebelah tengaharinya tertidur. Bangun dari tidur sudah ada lauk pauk korban lembu. Apa lagi bedal je..hehehehe..
p/s:kenapa saya berayat skima sebegini..adakah saya hendak menulis cerpen???huahuahua


berposing je kejenya..org lain sibuk sembelih lembu kitorang pegi sawah tangkap gambar..

di sebalik kereta abahku

badan gergasi

di titi sungai KULIM, KEDAH



CUSTOMERKU YANG DISAYANGI

Wah wah wah semalam dapat jugak saya berjumpa dengan pelanggan2 AYUNICOLLECTION Kak Yati, Mila dan jugak Azi. Walaupun pertemuan yang agak singkat tapi best sangat2 dengan mereka semua. Rasa hubungan tersebut terlalu erat walaupun baru pertama kali berjumpa. JUTAAN terima kasih diucapkan kepada korang semua yang sentiasa beri sokongan kepada saya untuk memantapkan lagi bisnes yang tak seberapa ini. Alangkah terharunya tatkala melihat mereka menggayakan tudung syria yang diberi dari blogshop saya. Sungguh comel-comel belaka mereka menggayakan tudung tersebut. Insyaalah kita bertemu lagi di lain kalinya.
p/s : Kak Yati jangan lupe letak gambar kiter smue dalam fb k..hehehehe..

KEISTIMEWAAN WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

BUY LYNA FAMILY PRODUCT


Eceli sebelum ini saya ade mengguna product drpd lyna yang merupakan blogger dr lynna . Amat berpuas hati tatkala mengguna produknya dimana kulit saya semakin berseri2 dan parut kian berkurang. Nanti mo beli lagi produk ini dr lyna..nt sy email k..

gambar di atas menunjukkan perubahan kulit muka saya setelah menggunakan produk yang dibeli dr lyna..amat berpuas hati k....hohohohoh..

HARI INI 18/11/09

Tiada apa yang perlu di komen aku hari ini, tetapi cuma ingin berkongsi perasaan suka dan duka yang kian bercampur gaul. Hari ini di pejabat aku agak agresif.

Hari ini juga perasaan ku kian tersinggung dan kian gembira. Yang sedih tak perlu rasanya aku war-warkan. Biarlah benda telah berlalu jangan diingati kembali. Aku kini perlu memikir perkara yang mendatang bukannya perkara yang telah berlalu. Semoga hidup aku selepas ini ceria-ceria selalu tanpa sebarang penderaan hati oleh sesiapa. Terasa mahu menangis tapi air mataku ini tidak akan dapat merubah segalanya sekalipun aku menangis hingga berdarah air mataku.
Masa semakin pantas berlalu. Sekarang sudah mahu masuk penghujung tahun. Selepas ini tahun baru pula yang akan muncul. Tarikh 101010 hanya tinggal kenangan buatku. Semoga hidup aku akan lebih tenang di samping-Nya.

CACA MERBA

Lately, saya berasa seperti diri ini penuh dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Sana-sini appoinment. Hari-hari ada saja benda yang hendak dibuat. Syukur alhamdullillah sekaligus saya dapat melupakan semua perkara yang tidak patut saya ingati. Buang yang keruh dan amik saja yang jernih. Walaupun adakalanya keadaan perasaan saya masih tidak berapa stabil, alhamdullillah dapat saya laluinya dengan tenang.

Bermula Sabtu lepas bersamaan 15/11/2009, mencuba mensosialkan diri dengan Konsert Siti Nurhaliza bersama-sama dengan sahabat saya Hanita. Memang enjoyed habis kami bersama. Sungguh gembira sekali tatkala mendengar alunan suara Dato CT mendendangkan lagu "Ku Percaya Ada Cinta". Sungguh mengasyikkan.
Sebelum itu juga, sempat saya mengunjungi kediaman sahabat saya di Seksyen 4, Bangi. Terasa amat cemburu melihat aset yang telah dimilikinya. Insyallah suatu hari saya akan mengikut jejak langkahnya jua. Mudah-mudahan ye. Amin...
Selepas itu, misi diteruskan untuk mencari kediaman. Memang sukar hendak mencari rumah yang betul-betul berkenan kan. Semua pelosok dijelajahi. Cantik-cantik sungguh. Impian saya ingin memiliki sebuah rumah kian membuak-buak. Alangkah seronoknya jika saya telah memiliki sebuah rumah dalam usia ini. Moga impian saya akan menjadi kenyataan. Tapi buat masa sekarang saya akan menyewa dahulu, mudahan ini menjadi semangat, dorongan dan titik permulaan buat saya untuk memiliki rumah sendiri.

Insyaallah.. Tuhan akan membantu umatnya jika kita berusaha memilikinya kan.
p/s : petang ni pergi tengok rumah..suke suke suke..

BERHENTI BERHARAP



Aku akur segala yang ditetapkan oleh-Nya. Aku mohon padamu pulihkan semangat ku kembali. Alhamdullilah dia telah membuktikan segalanya.
AMIN YA RABBAL ALAMIN

BERHENTI BERHARAP

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta ku dapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Aku pulang…
Tanpa dendam…
Ku terima kekalahanku

Aku pulang..
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu.. woo

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita

Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita

Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang..
Tanpa dendam..
Ku terima kekalahanku

Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua..

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

STEAM BOAT????

Kalau dulu aku hanya dengar dari makngah aku je perkataan tu (hanya famili aku je yang memahami..hehehehe)


Tapi semalam aku mendapat satu pengalaman baru le kiranya, tengok secara langsung kawan aku menyediakan steamboat di Johny Restaurant. Macam tu ke steamboat rupanya. Nak cakap aku jakun aku persilakan sebabnya aku mmg tak tahu, aku dengar jenis masakan tu dari mulut orang je sebelum ni. Main-main rebus je, pastu die kire ade macam sambal. Sedap sambal die.


Di tambah pulak makan menggunakan chopstick,Nak dijadikan cerita, aku buat pengakuan aku memang fail kalau makan menggunakan bendalah tu, tak reti aku nak kepit mengepit ni. Tapi aku wat muka selamba je macam pandai sangat makan guna bendalah chopstick tu. Paling susah aku nak mengepit si sotong ni. Dah le licin, tapi di atas kelazatan sambal steamboat tu aku wat selamba je amik sotong tu guna sudu yang kita guna untuk makan dengan sup tu, biarlah nak cakap apa pn janji aku boleh makan sotong yang licin tu. Aku tengok sotong tu pun dah macam nak keluar dari mangkok tu..hahahaha..lupakan je lah pasal si sotong yang licin tu. Aku malas lah nak cita banyak pasal aku malas dah nak menaip.

Tengok je lah pic yang kitorang sempat snap semalam. Aku tetap dengan gaya control cun aku walaupun tak cun...hohoho











PERSAHABATAN

OLE OLE


SAHABAT......................
Walau apapun hari ini ku rasa begitu indah di sebalik SAHABAT yang sentiasa memberi aku sokongan di saat diriku hampir menemui kegagalan. Cewah ayat..power ker??? Thanx wat korang semua. Baru kusedar bahawa aku tidak keseorangan rupanya selama ini. Dari pagi hingga ke malam aku menghabiskan masa bersama insan-insan yang bernama SAHABAT. Memang santai habis keluar dengan korang semua. Nanti outing ajak aku sekali yeah.Sudah mahu muntah darah mengadap Facebook aje.


Tempat melepak di Summit USJ hari ini. Pertama kali sampai ke sana, lepas tu tempat paking kereta pun tak ingat. Habis di tawaf satu Summit mencari kereta MYVI Silver buruk aku.
Shoping sehelai baju yang telah dipakai kejap tadi dan menonton filem PISAU CUKUR. best sangat..Oh DIOR...oh PRADA...
************************************************
Alhamdullilah..
Sebenarnya di hati kecilku ini, ingin ku melupakan apa yang telah terjadi pada masa lalu. Masa sentiasa berputar tanpa henti, dari pagi ke petang dan petang ke malam dan malam ke pagi kembali. Hanya kita sebagai manusia yang akan mengisi masa yang terluang kita itu dengan benda atau aktiviti yang berfaedah.
Aku begitu tertarik dengan ayat di bawah yang diberi oleh seorang insan bergelar SAHABAT buatku Jumaat lepas.


"Kadang-kadang sesuatu yang kita sangkakan petaka hari ini rupanya MUTIARA buat kita pada hari esok dan sesuatu yang kita sangkakan MUTIARA tidak mungkin akan bertukar menjadi KACA pada kemudian harinya. MUTIARA atau KACA sebenarnya kita sendiri yang akan menentukan sendiri hala tujunya."



Apepun esok baru aku upload pic..penat sangat sehari suntuk keluar merendek..ade banyak lagi benda hendak di kongsi bersama. Esok nantikan entri baru k..(ia ia je aku nk cite kt blog..mcm le ade org nk baca..hehehehe)

MOVE IT

Insyaallah jika diizinkan-Nya aku akan berpindah rumah sebelum awal tahun ini. Usah di tanya mengapa? Yang pasti hanya aku yang mengetahui jawapannya. Diharapkan aku boleh berfikir lebih jauh pada masa mendatang. Berfikiran masak-masak sebelum membuat sesuatu keputusan. Usah tersilap langkah lagi. Dan akhirnya kini pasti.

SIHAT KE TAK?

Terasa macam tak sedap badan sejak minggu lepas, nak demam rasanya tapi dah amik antibiotik, still rasa tak kena ngan keadaan badan ni. Rasa nk mual + pening + perlu rehat yang secukopnya. Penat sangat2..hohohohohohoh

KETIKA CINTA


Really like diz song..



KERJA GILOS??????



Khamis lepas aku wat keje gilos. takde angin takde ribut aku g amik mc 2 ari. Aku rase mcm byk benda yg perlu aku settlekan..tamo tangguh2 seyh. Bertangguh itu amalan syaitan.hohohoho.....


Masa nk balik umah sewa tu aku pikirkan esok nk g mane ea..cuti dh amik. Aku call adik aku, Die ckp balik ar tp turun Kulim.Igt nk balik malam kamis, tp tak jadik so aku decide nk balik pg jumaat naik bas..tup tup on d way drive g jalan duta tu pkir balik wtpe naik bas baik naik kete je lah, sayang nak tinggal kete aku kt sana seyh 3 ari... Aku pn trus zasss masuk Tol Duta. Mak aku pulak mcm terbau aku nk balik kot trus die col..aku gtau aku blik drive sendiri..redha jek la die aku balik sorang2..


Pukul 9 aku bertolak dari kl n trus ke Kedah smpai lebey kurang 12.45 tgahari. CD Tahajjud Cinta tu pn dh banyak kali repeat.Sangap tu tak payah kire la, dh berpuluh kali. Nyanyi kuat-kuat dengan sepenuh hati pn aku dh buat tapi still ngantok lagi.pastu aku amik inisiatif bw laju2 dengan berhemah la. bawa slow2 ngntok kan kan...smua aku potong sampaikan nk kena saman tp terlepas..guna kabel maaaa.hahaha. Untung gak kan aku keja BA..memang bebaloi...nanti mo blanje en trafik teh tarik k..pe pn layan je smue pic ni wlaupun ade setengahnye tiada kaitan k



TAHAJJUD CINTA vs HADIAH DARI HATI



Sejak kebelakangan ini aku agak lebih suka melayan lagu Siti Nurhaliza. Entah mengapa bermula dari album Hadiah Dari Hati aku terasa seakan-akan diriku ini meminati beliau. Mungkin disebabkan titik pertemuanku dengannya di Angkasapuri tahun lepas sempena rakaman konsert raya beliau. Rupanya CT ni tak seperti yang digambarkan oleh segelintir masyarakat yang sedikit kecewa bermula dengan hubungannya dengan Dato K. Jika sudah suratan ditentukan perjalanan hidupnya begitu biarlah. Kita sebagai manusia yang akan mewarnai sendiri diri kita. Tapi apepun yang pastinya aku meminati beliau sekarang ini, aku suka dengan sifatnya yang lemah lembut. Suke tengok muka die yang ala2 gadis melayu terakhir.
Ok berbalik kepada album Hadiah Dari Hati, lagu yang paling aku minati sudah tentulah lagu "CINTAMU". Aku suka sekali dengan alunan muzik dan liriknya yang memberi seribu makna buatku. Jika aku seperti yang digambarkan dalam lirik lagu tersebut alangkah indahnya hidup aku rasanya.
Baru-baru ini pula aku cuba mendengar albumnya yang terbaru "TAHAJJUD CINTA". Alhamdullilah, terasa tersentuh hati kecil aku sewaktu mendengar alunan suara CT sewaktu beliau ber SELAWAT dan menyanyikan lagu YA RASULLULLAH. Sayu hati bila mendengar suaranya. Timbul rasa keinsafan dalam hati ini untuk menginsafi segala dosa. Sejuk hati mendengarnya. Serius ni. Tidak lupa juga kepada lagu-lagu dendangan beliau yang lain. Memang harus diberi pujian buat beliau. Bagi aku beliau berjaya melakukan yang terbaik bagi album kerohanian ini. GOOD WORK..



p/s : ku percaya ada cinta

GILER KENTANG part 1

Bermula dari semalam hingga petang tadi, aku ngn adik aku asik giler gambor..korang tengok je lah sendiri..gambar ni jadi saksi aksi sengal kitorang
sengal gile babas




CONTEST " BESDAY GURL BAIK HATI"

Saje gatal2 anjurkan contest ni..so sape nk join boleh le view blog ni..
AYUNICOLLECTION.BLOGSPOT.COM

AKU RASA

Aku rasa diri aku ni macam melayang2. Harus atau tidak? Aku rasa aku langsung dah tak boleh berdiri pada paksinya. Betul atau tidak? Aku rasa aku banyak dah berubah? Berubah dari semua aspek ? Kenape aku jadi macam ni ye? Aku rasa aku tak macam NORIDA BT RAMLI yang dulu. Aku SOMBONG ke? Aku BERLAGAK BAGUS sangat ke? Aku berubah kerana apa? Aku berubah atas dasar apa?
Hidup ini bagaikan roda. Tiap-tiap hari ada je benda yang tak dijangka akan berlaku tanpa disedari. Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.
Aku rasa KECEWA? Aku rasa SUNYI? Aku rasa aku PERLUKAN seseorang? Aku rasa aku perlu YAKIN atau tidak?
Aku HANYA MAMPU BERSERAH PADANYA.
Mudahan dia permudahkan segala urusanku...AMIN..

APAKAN DAYA

Malam semalam, adik aku dtg putrajaya. So mlmnya kitorg pn kua jejalan tak menentu hala yg nk dituju. First planning nk mkn Sate Kajang tp tak tercapai sbb aku tahu jalan pg je tp jln balik plak tak tahu, so aku tukar plan b mkn kt Village View.. sembang pya sembang ngn adik aku pesal besday lulu' lastly aku dh terlajak masuk sepang. lawok giler. 2, 3 kali aku pusing jln yg sama..lastly, frustrated 2-2 org. So aku ajak je adik aku mkn kt seri kembangan.

Pastu ktorng lepak kt Putrajaya jap..posing n snap pic 2 ke 13 keping pastu balik. Sampai umah dlm pukul 11 lebey cmtu..bukak fb mata pn dah tak tahan ngantuk. malas nk layan fb..Trus je landing atas katil.

wit my sista - cinta



thinking of u le kunun

OPEN HOUSE




Tarikh : 101009 ari Sabtu
Masa : 3pm to 3 a.m (12hour)
Upacara : OPEN HOUSE
Tema : Gedik Santai
Misi : Makan Sampai Perot Pecah
Menu :
1. Soto
2. Bihun Sup
3. Mee Rebus
4. Nasi Himpit vs Kuah Kacang
5. Lemang Panas
6. Dadih
7. Lain2 yang sewaktu dengannya..MARVELLOUS (smbil menunjukkan ibu jari)



Alhamdullillah aku bersama ieda fiona bersama hubby (ug black) nyer berjaya melaksanakan misi kitorang yang seterusnya. Misi OPEN HOUSE. Pergh penat gile ari tu melayan tetamu, padahal aku tak layan sgt pun.. Penat seyh. Aku wt keja rasanya mcm xla byk mana pn tp penatnya terasa smp keesokan hari. Tu la masa kt kampung kalau wt kenduri apepun adik beradik ramai yg tolong menolong. Bila kt KL semuanya kena berdikari..kena pandai2 managed kan diri...tsk..tsk..tsk

Apepun aku ingin makan je ape yg aku nak tetapi hati aku ni meruntun untuk berdiet. Takot seyh badan aku naik gile2 after raya..malu..malu..perot muncit..Pakai baju pn perot dh nampak mcm org ngandung 3 bulan..minta simpang..

Pic yg ade pn xbanyak sgt..ni je yg dapat aku paparkan kali ni..



budak chubby

01.10.09


Sudah lama rasanya aku tidak meng 'update' blog.. Banyak benda yg inginku kongsi wat tatapan pembaca blog aku yang tak seberapa. Ada cerita yang hepi n tak kurang jugak yang tak berapa sesuai untuk di cerita.. Kali ini aku nak fokus pada cerita yang best je..


Alkisahnya...Bermula pukul 00.00 a.m 01.10.09 aku menerima banyak msg dari rakan2 ku. Tak kire le kawan kamcing ke x kamcing.member fb pun ade la dlm dua tiga empat kerat.. semuanya ingat akan ulang tahun ku. OMG Thanx korang, sayang korang semua..


Rata-rata mesej yg aku terima dr kawan2 aku bukan je nk ucap hepi besday ..tak kurang jugak yg mendoakan jodoh aku di cepatkan..prihatin sungguh korang kt aku ea..hehehehe..sampai ke jodoh aku pun korang risau ea..


Thanx le korang semua yer..aku dah wat party ulang tahun aku dah kt mes Bukit Aman sbg tanda penghargaan wt diri korang semua yang sentiasa sudi berkawan dengan insan biasa ni..hihihi..huhuhuhu..hehehehe..
(amik kesempatan tumpang jamuan raya logistik B.A..hehehehe)


Apepun bersama ini aku hidangkan ade ar dalam sepuluh ke lapan belas keping gambar open house logistik B.A wt tatapan korang yang disayangi sekalian kalinya...



wit our big bos..siyes..KPN n Dato' Pengarah kitorang sporting giler. Kitorang di dorong oleh Kak Jah untuk bergambar bersama dorang.

eh..smile always..mana cik teh? owh cik teh jd kamerawoman ek..

4 berangkai rangkai..geng kecoh kt ofis bawah..



kak na want to join d group..hahaha



kak an kaco daun ah time ni..kamera wt hal xleh nk snap pic..hehehe..pe pun KPN ngn Dato' Pengarah tetap maintain je..kak an je wt hal sendiri..



bergambar lagi..ramai yg nk join tp xble..huhhuu



amik kesempatan bergambar dgn dato' pengarah plak..



wit Dato' Aidi




Apepun jamuan raya logistik kali ini yg paling meletop kiranya selama dh nk msuk tahun ketiga aku bekerja di BA.. Congrate to Logistik BA..Besh giler..mknan pn sodap sodap..

M.A.L.A.S

Kemalasan melanda diri aku. Banyak benda yg nak dicerita..yg best ade n yg xbest pn byk..so tunggu....cite yg best2 je k

WARNA WARNI AIDILFITRI




Tahun ni famili aku kat kampung hanya beraya berempat saje..adik aku n luqman beraya di rumah tok die Jitra, Kedah. Suasana tetap ceria di samping famili tercinta. Bermula pukul 8, anak2 sedara n jiran aku dh dtg. Berpusu- pusu umah ktorang di serbu. Dalam pukul 11 aku n famili beraya di umah mak ngah aku kat sebelah je. amik kesempatan ini untuk tengok anak sepupu aku skali..Nur Amanina Madihah Hani.. sedap nama tu tp panjang sgt..xingat maklong nk menghafalnya. Pas bersalaman semua ngn mak ngah ktorang pg umah mak su Nab, Mak lang Na n pastu umah abg Mat..perot aku terasa padat sampai dh xde ruang nk isi lagi. Pa pown layan je pic di bawah k........



1. wit my mom



2. aku di pagi lebaran - jemputlah makan kuih raya



3. wit my elder sista..fzalah



4. hero pak ramli - luqman irfan amany






3rd syawal at tasek gelugor, penang- my ' mak lang ' village

me wit luqman - aku bukan superman



luqman ajak tgok ayam

lalalalalalalala


 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting