kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP




Untuk pengetahuan semua, kanak-kanak di atas bernama Luqman Irfan Amany, telah genap usianya setahun pada 28 November 2009. Kini Luqman begitu aktif yang terlampau. Masa gambar ini ditangkap sebenarnya Luqman telah diserang demam tapi masih kelihatan macam orang sihat.
nota mata : gambar kek lupa nak diupload..heheheh

EIDUL ADHA 2009


Di sini saya ingin mengucapkan salam aidiladha buat semua walaupun ianya sudah terlewat.
Tidak mampu berkata-kata, hanya gambar sebagai pelengkap segalanya buat tatapan pembaca yang saya sayangi semuanya. Tahun ini sambutan yang dapat saya katakan agak kureng sedikit seperti tahun sebelumnya, seperti biasa di surau kampung saya akan mengadakan qurban 5 ekor lembu jika tidak silap pendengaran saya. Sebelah tengaharinya tertidur. Bangun dari tidur sudah ada lauk pauk korban lembu. Apa lagi bedal je..hehehehe..
p/s:kenapa saya berayat skima sebegini..adakah saya hendak menulis cerpen???huahuahua


berposing je kejenya..org lain sibuk sembelih lembu kitorang pegi sawah tangkap gambar..

di sebalik kereta abahku

badan gergasi

di titi sungai KULIM, KEDAH



CUSTOMERKU YANG DISAYANGI

Wah wah wah semalam dapat jugak saya berjumpa dengan pelanggan2 AYUNICOLLECTION Kak Yati, Mila dan jugak Azi. Walaupun pertemuan yang agak singkat tapi best sangat2 dengan mereka semua. Rasa hubungan tersebut terlalu erat walaupun baru pertama kali berjumpa. JUTAAN terima kasih diucapkan kepada korang semua yang sentiasa beri sokongan kepada saya untuk memantapkan lagi bisnes yang tak seberapa ini. Alangkah terharunya tatkala melihat mereka menggayakan tudung syria yang diberi dari blogshop saya. Sungguh comel-comel belaka mereka menggayakan tudung tersebut. Insyaalah kita bertemu lagi di lain kalinya.
p/s : Kak Yati jangan lupe letak gambar kiter smue dalam fb k..hehehehe..

KEISTIMEWAAN WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

BUY LYNA FAMILY PRODUCT


Eceli sebelum ini saya ade mengguna product drpd lyna yang merupakan blogger dr lynna . Amat berpuas hati tatkala mengguna produknya dimana kulit saya semakin berseri2 dan parut kian berkurang. Nanti mo beli lagi produk ini dr lyna..nt sy email k..

gambar di atas menunjukkan perubahan kulit muka saya setelah menggunakan produk yang dibeli dr lyna..amat berpuas hati k....hohohohoh..

HARI INI 18/11/09

Tiada apa yang perlu di komen aku hari ini, tetapi cuma ingin berkongsi perasaan suka dan duka yang kian bercampur gaul. Hari ini di pejabat aku agak agresif.

Hari ini juga perasaan ku kian tersinggung dan kian gembira. Yang sedih tak perlu rasanya aku war-warkan. Biarlah benda telah berlalu jangan diingati kembali. Aku kini perlu memikir perkara yang mendatang bukannya perkara yang telah berlalu. Semoga hidup aku selepas ini ceria-ceria selalu tanpa sebarang penderaan hati oleh sesiapa. Terasa mahu menangis tapi air mataku ini tidak akan dapat merubah segalanya sekalipun aku menangis hingga berdarah air mataku.
Masa semakin pantas berlalu. Sekarang sudah mahu masuk penghujung tahun. Selepas ini tahun baru pula yang akan muncul. Tarikh 101010 hanya tinggal kenangan buatku. Semoga hidup aku akan lebih tenang di samping-Nya.

CACA MERBA

Lately, saya berasa seperti diri ini penuh dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Sana-sini appoinment. Hari-hari ada saja benda yang hendak dibuat. Syukur alhamdullillah sekaligus saya dapat melupakan semua perkara yang tidak patut saya ingati. Buang yang keruh dan amik saja yang jernih. Walaupun adakalanya keadaan perasaan saya masih tidak berapa stabil, alhamdullillah dapat saya laluinya dengan tenang.

Bermula Sabtu lepas bersamaan 15/11/2009, mencuba mensosialkan diri dengan Konsert Siti Nurhaliza bersama-sama dengan sahabat saya Hanita. Memang enjoyed habis kami bersama. Sungguh gembira sekali tatkala mendengar alunan suara Dato CT mendendangkan lagu "Ku Percaya Ada Cinta". Sungguh mengasyikkan.
Sebelum itu juga, sempat saya mengunjungi kediaman sahabat saya di Seksyen 4, Bangi. Terasa amat cemburu melihat aset yang telah dimilikinya. Insyallah suatu hari saya akan mengikut jejak langkahnya jua. Mudah-mudahan ye. Amin...
Selepas itu, misi diteruskan untuk mencari kediaman. Memang sukar hendak mencari rumah yang betul-betul berkenan kan. Semua pelosok dijelajahi. Cantik-cantik sungguh. Impian saya ingin memiliki sebuah rumah kian membuak-buak. Alangkah seronoknya jika saya telah memiliki sebuah rumah dalam usia ini. Moga impian saya akan menjadi kenyataan. Tapi buat masa sekarang saya akan menyewa dahulu, mudahan ini menjadi semangat, dorongan dan titik permulaan buat saya untuk memiliki rumah sendiri.

Insyaallah.. Tuhan akan membantu umatnya jika kita berusaha memilikinya kan.
p/s : petang ni pergi tengok rumah..suke suke suke..

BERHENTI BERHARAP



Aku akur segala yang ditetapkan oleh-Nya. Aku mohon padamu pulihkan semangat ku kembali. Alhamdullilah dia telah membuktikan segalanya.
AMIN YA RABBAL ALAMIN

BERHENTI BERHARAP

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta ku dapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Aku pulang…
Tanpa dendam…
Ku terima kekalahanku

Aku pulang..
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu.. woo

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita

Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita

Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang..
Tanpa dendam..
Ku terima kekalahanku

Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua..

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

STEAM BOAT????

Kalau dulu aku hanya dengar dari makngah aku je perkataan tu (hanya famili aku je yang memahami..hehehehe)


Tapi semalam aku mendapat satu pengalaman baru le kiranya, tengok secara langsung kawan aku menyediakan steamboat di Johny Restaurant. Macam tu ke steamboat rupanya. Nak cakap aku jakun aku persilakan sebabnya aku mmg tak tahu, aku dengar jenis masakan tu dari mulut orang je sebelum ni. Main-main rebus je, pastu die kire ade macam sambal. Sedap sambal die.


Di tambah pulak makan menggunakan chopstick,Nak dijadikan cerita, aku buat pengakuan aku memang fail kalau makan menggunakan bendalah tu, tak reti aku nak kepit mengepit ni. Tapi aku wat muka selamba je macam pandai sangat makan guna bendalah chopstick tu. Paling susah aku nak mengepit si sotong ni. Dah le licin, tapi di atas kelazatan sambal steamboat tu aku wat selamba je amik sotong tu guna sudu yang kita guna untuk makan dengan sup tu, biarlah nak cakap apa pn janji aku boleh makan sotong yang licin tu. Aku tengok sotong tu pun dah macam nak keluar dari mangkok tu..hahahaha..lupakan je lah pasal si sotong yang licin tu. Aku malas lah nak cita banyak pasal aku malas dah nak menaip.

Tengok je lah pic yang kitorang sempat snap semalam. Aku tetap dengan gaya control cun aku walaupun tak cun...hohoho











PERSAHABATAN

OLE OLE


SAHABAT......................
Walau apapun hari ini ku rasa begitu indah di sebalik SAHABAT yang sentiasa memberi aku sokongan di saat diriku hampir menemui kegagalan. Cewah ayat..power ker??? Thanx wat korang semua. Baru kusedar bahawa aku tidak keseorangan rupanya selama ini. Dari pagi hingga ke malam aku menghabiskan masa bersama insan-insan yang bernama SAHABAT. Memang santai habis keluar dengan korang semua. Nanti outing ajak aku sekali yeah.Sudah mahu muntah darah mengadap Facebook aje.


Tempat melepak di Summit USJ hari ini. Pertama kali sampai ke sana, lepas tu tempat paking kereta pun tak ingat. Habis di tawaf satu Summit mencari kereta MYVI Silver buruk aku.
Shoping sehelai baju yang telah dipakai kejap tadi dan menonton filem PISAU CUKUR. best sangat..Oh DIOR...oh PRADA...
************************************************
Alhamdullilah..
Sebenarnya di hati kecilku ini, ingin ku melupakan apa yang telah terjadi pada masa lalu. Masa sentiasa berputar tanpa henti, dari pagi ke petang dan petang ke malam dan malam ke pagi kembali. Hanya kita sebagai manusia yang akan mengisi masa yang terluang kita itu dengan benda atau aktiviti yang berfaedah.
Aku begitu tertarik dengan ayat di bawah yang diberi oleh seorang insan bergelar SAHABAT buatku Jumaat lepas.


"Kadang-kadang sesuatu yang kita sangkakan petaka hari ini rupanya MUTIARA buat kita pada hari esok dan sesuatu yang kita sangkakan MUTIARA tidak mungkin akan bertukar menjadi KACA pada kemudian harinya. MUTIARA atau KACA sebenarnya kita sendiri yang akan menentukan sendiri hala tujunya."



Apepun esok baru aku upload pic..penat sangat sehari suntuk keluar merendek..ade banyak lagi benda hendak di kongsi bersama. Esok nantikan entri baru k..(ia ia je aku nk cite kt blog..mcm le ade org nk baca..hehehehe)

MOVE IT

Insyaallah jika diizinkan-Nya aku akan berpindah rumah sebelum awal tahun ini. Usah di tanya mengapa? Yang pasti hanya aku yang mengetahui jawapannya. Diharapkan aku boleh berfikir lebih jauh pada masa mendatang. Berfikiran masak-masak sebelum membuat sesuatu keputusan. Usah tersilap langkah lagi. Dan akhirnya kini pasti.

SIHAT KE TAK?

Terasa macam tak sedap badan sejak minggu lepas, nak demam rasanya tapi dah amik antibiotik, still rasa tak kena ngan keadaan badan ni. Rasa nk mual + pening + perlu rehat yang secukopnya. Penat sangat2..hohohohohohoh
 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting