kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

Dhia bercakap




tup tap tup tap dah hujung tahun, minggu depan dah tahun baru.
Banyak kenangan sepanjang 2013 yang terpahat dalam kenanganku, ermmmmm..ceeewahhhhh...

Gelagat dhia skg menjadi penghibur kala duka sedih aku sejak aku ber LDR dengan husband aku beberapa bulan.

aku selalu saja tanya dia,
Aku : Ayah nama ape?
Dhia : Jo(excited sungguh die nak sebut nama ayah die)
alololo...so sweet....bes le ayah die anak die tahu nama die....
tapi bila mama tanya apa nama mama?
Dhia : Jo
huhuhuhuhuhuhu.......


 SUSU(word paling menjadi sebutan di bibir dhia)
since dia dah pandai mintak susu, mmg kerap sesangat die mintak, walaupun aku dah bagi nasi, roti whatever. selang baper minit mesti request susu, ku turutkan sajer kehendak die, nanti kang die dah minta aku pulak yg risau, hohohohohohohoh

JATUH, TUMPAH
kes die dapat perkataan ni maybe aku selalu jerit bila die nak panjat aku akan cakap "dhia, jangan nanti jatuh" maybe dr situ die dapat word JATUH

perkataan tumpah pulak aku selalu sebut waktu die nak minum, aku akan ckp " DHIA, jaga2 nanti tumpah"

Kesimpulannya, apa yang kita cakap, kita buat sebenarnya diperhatikan oleh anak kita. So tutur kata mahupun perbuatan kekadang mencerminkan anak-anak kita kelak.

dhia semalam dapat word,
"hamboiiiiiiihhhhhh"
"elehhhhhhhh"

so.........mama kena jaga tutur kata.......
banyak lagi perkataan yang menjadi sebutan dhia, tapi aku malas nak taip panjang2, nanti korang pn malas nk baca panjang2 kan...
so...so....so....

bye...mahu tdo dulu, lunch hour.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

MOOD~RINDU SERINDU RINDUNYA~DHIA 1Y 7M 27D



Salam jumaat buat semua..
Lama rasanya jari jemari tidak mengetuk ke keyboard untuk hidangan entri baru buat korang semua..
Tajuk entri kali ni membawa 1000 erti buat diri aku sekarang ini...
KENAPA AKU RINDU ??????
Aku rindu kerna (ceeeewaaaahhhhh-mti org igt poyonya aku nak bagi tahu satu dunia tentang perasaan aku, mcm bebudak benor yer...tapi itulah aku)
*LDR ngn hubby
Now, suami aku berjauhan dari aku dan dhia, bukan kerelaan, bukan paksaan tetapi kerna demi mencari berperiuk-periuk nasi untuk kami sefamili. Sedih bukan kepalang lagi, tipu diri sendiri kalau cakap aku tak sedih, tak kan tengok kita senyum lebar, gelak terbahak-bahak tandanya kita happy sangat2 kan. Nak-nak aku tengah preggy adik dhia(ya dhia dah nak jadi kakak, rezki awal, aku menadah kedua tangan ini tanda kesyukuran kepadamu Ya ALLAH, perancangan next year baru nak mengandung tapi dah rezki secepat ni aku redha, tak sabar menunggu kelahiran adik nanti, perasaan excited tu still sama macam aku mengandungkan dhia dulu, kasih yang tak berbelah lagi aku ku limpahkan kepada anak-anakku kelak nanti. Memang tak ramai yang tahu, memang aku xwar-warkan sangat berita ini, cukuplah yang benar2 sudi ingin tahu, lagipun dah anak kedua kan)

Syukur ke hadrat ilahi, setakat ni aku tak mengalami alahan, mungkin kandungan masih muda, kalau boleh biarlah berterusan sehingga aku selamat lahirkan adik nanti, nanti kalau aku alahan teruk sian dhia chubby aku. Nak-nak ayahnya pulak jauh, memang aku dah macam supermom, aku tawakal jer dukung dhia sana sini, aku mohon mudahan DIA kuatkan aku menempuhi semuanya tanpa suami di sisi. Kuatkan janin dalam rahimku. Kuatkan semangatku. 

Memang semenjak berjauhan (walaupun sebelum ni dah biasa berjauhan), keadaan sekarang tidak banyak tapi ada sedikit yang menyedihkan. Mungkin aku perlu menggalas satu lagi tanggungjawab atau amanah untuk menjaga Dhia di samping membawa adiknya sekali. Sedih memang sedih tapi aku kikis sekikis perasaan negatif dalam diri walaupun terkadang emosi menguasai diri, dhia pengubat duka lara aku.dhia segalanya, tanpa dhia mungkin hidupku kosong, jiwaku kosong..

Syukur aku ada Dhia sekaligus menjadikan rumah aku macam ada sepuluh duaploh orang...kuang kuang kuang

tapi aku rasa dah macam banyak lari tajuk, abaikan, aku malas nak cari tajuk baru,,,....ok bye2222

apapun layan pic bawah, next entri baru aku stori pasal pekembangan dhia yang kian mengembang setaman...

okeyyyy..babai...mwahhhhhhh 

DHIA 15 MTH ~ DAH BOLEH JALAN


Lebih kurang seminggu dhia dah mencecah 15 bulan, syukur alhamdullillah.
Ya aku sedang gembira melihat perkembangan dhia sepanjang 15 bulan kami melayari, melayani kehidupan bersama dhia. 

Perkembangan dhia :

1.Berjalan

Sekian lama aku menunggu untuk melihat dhia berjalan, memang agak lama aku menunggu, betul cakap korang semua, lambat ke cepat dhia tetap akan berjalan. Hati ibu mana tidak risaukan anak sendiri bila melihat kawan-kawan sebaya dhia yang lain perkembangan nya pantas. Berkat kesabaran ku selama ini, alhamdullillah....kini aku mampu mengurut dada berasa lega. 
Ya, Dhia Qasrina dah berjalan. 
(kecoh kan aku, anak boleh berjalan pun buat entri..hehehhee)

Sekarang dhia kalau kitorang bawa jalan ke mana-mana, tak nak berdukung, die nak turun nak pijak tanah, nak berjalan, dan sekarang dah pandai, ambil dia dari umh BS sampai rumah, dia akan berhenti dekat rak kasut then ambil selipar dia nak kuar jenjalan, tak nak masuk rumah wokey, tunggu depan pintu nak main kat playground bawah rumah pun jadi lah.

even aku sendiri penat, rela hati gagahkan diri, cover balik 11 jam aku tinggal dia untuk pergi bekerja, tak ape janji dhia happy dengan dunia kanak-kanak dia( its my life, mama!!!!!!)

2.Mama as a winner, berkepit

Last week, kitorang balik kampung halaman di Kedah, gembira la la la yer balik kampung sendiri, sekian lama tak menjenguk, ni boleh balik pun sebab adik aku bertunang, kalau tidak raya lah alamatnya aku balik kampung Kedah.

Nak dipendekkan cerita, Dhia dah macam belangkas dengan aku, nak dengan aku saje. org lain amik memang dia melalak nak datang dekat aku, Apa boleh buat, memang aku tak menolong orang rewang nak kenduri lah alamatnya. uhuksssssss

p/s : lately memang dhia meragam, menangis kalau orang tinggalkan dia. baby korang macam dia jugak ke? risau sebenarnya. 

3. CAKAP

abessss untuk HABIS ~ perkataan ni di sebut selalunya waktu dia dah habis minum susu.

amek untuk AMBIL ~ untuk ambil sesuatu dari tangan kita

ja....towwwww untuk JATUH ~ selalunya dia akan mengajuk balik apa aku larang dia misalnya nak turun tilam, dia memapah kerusi

taaa...tehhhhh ~ bila dia nak belajar berjalan hari tu, if dia bangun kitorang akan cakap tateh tateh tateh untuk praktis dia nak berjalan, 
lastly kitorang berjalan, dhia cakap dekat kitorang balik taa.. tehhhh taaa..tehhhh

4. Perbuatan

SYYYYHHHHHHH .....satu jari  montel dhia letakkan dekat tengah bibir die, selalunya waktu azan dia akan wat reaksi macam ni, aku tak ingat macam mana dia boleh snap reaksi ni, mayb aku biasa marahkan die buat bising masa azan berbunyi, lastly mama yang kena balik disuruh diam...anak wahai anak.....

aku cakap alamak.....dhia akan amik tapak tangan die tepuk kepala....

pantang tengok mama pegang tab atau hp sibuk nak pegang jugak nak tengok video upin ipin, selagi xdpt tgok selagi itu lah die nangis....tengoklah dhia upin ipin tuh..janji jgn nangis k...


rasanya itu sahaja kot buat kali ini, nanti ada cite baru ida update k...hehehhhe


tata....enjoy ur reading.....





dhia santai di tasik cempaka


Last weekend giler boring dok umah, lepas balik OT dr opis trus ajak hubby kuar jenjalan. 
Lagipun nak pegi beli bahan2 nak buatkan dhia gaun utk raya. 
(Sempat ke raya, sekali aku pakaikan sebelum raya..wakakakakak)

Hubby aku sengaja bawak dhia lepak cni untuk trained die berjalan katanya, tp jalan ada dalam 2-3 langkah pastu duduk bertinggung kutip sampah, wahai anak , wahai anak.

Dari pic ni aku perasan yg dhia makin chobby bhobbyyyyyy n chomelllbbbyyyyy

sapa lagi nak puji anak aku kalau bukan mama die..hahahahha..ayat xbole blah......


2nd ANNIVERSARY - 2 tahun aku bersamamu

Salam semua,
sori semua lama blog ida tak berupdate(ayat sama-mcm org nk baca entry ko, bajet hot dowhhh)

Syukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurnianya aku masih lagi bernafas di hari nan indah ni.

2 tahun lepas,

02/06/2011 ~ khamis
di tarikh ini dan di waktu ini, kami sibuk membuat persiapan untuk majlis pernikahan keesokan harinya. Dengan izinnya juga rezki bertandang ,
dalam linkungan aku xberapa pasti di petang hari sewaktu aku hendak melangkahkan kaki ku utk ke spa di Kulim, aku mendapat berita - ya aku dapat kuarters kerajaan yg mana tempat aku menginap bersama suami dan anak comelku kini.
alhamdullillah rezki kami yang pertama , syukur ke hadrat ilahi.

03/06/2011 ~ jumaat
Majlis ijaq qabul ku bersama suami yang dikasihi lagi disayangi.
Dengan sekali lafaz aku sah menjadi kekasih halal kepada MD JOHARI

selang 2 bulan kemudian...
mendapar pengkhabaran gembira - aku disahkan hamil... aku diam jer xdpt nk luahkan kepada umum, suamiku marah suruh tunggu hingga 4 bulan katanya baru confirm. pastu nak gtahu org beritahu lah katanya
 aku mengikut arahanmu, alhamdullillah.....
p/s : Terima kasih kepada suamiku sudi melayan kerenah isterimu yang mengada2 sepanjang tempoh kehamilan ...ahaksss....
Sudi melayan perangai emosi ku yang buruk boleh ku katakan.
Tapi aku sedih sampai skg aku belum dapat merasa buah salak yg dibeli olehmu.
Tapi takpa aku dah sempat merasa selepas aku bersalin. alhamdullillah hajat tertunai walaupun bukan suamiku yg kirimkan.

Pada tarikh 10/3/2012 ~ masih ku ingat, aku menghidap penyakit yg ku alami hingga kini (BELL PALSY) (alhamdullillah ianya pulih sedikit demi sedikit, syukur padamu ya ALLAH)
Tuhan sahaja yg tahu dalam tempoh aku melaluinya bermula waktu berpantang hingga kini. Aku menjadi kuat untuk menghadapi semua ini. Lebih tabah dengan sokongan suami dan ahli keluarga. Aku tahu semua org risaukan aku walaupun tahap kerisauan tidak ditunjukkan, aku dapat baca melalui reaksi wajah tatkala melihat. Aku akur aku menjadi semakin sensitif terhadap pandangan org kepada wajahku. Aku malu tapi aku kuatkan hati, prinsip yg aku pegang hingga kini.

"Dunia ini pinjaman semata-mata buat diriku. Allah boleh tarik bila-bila ianya rasa perlu supaya kita lebih ingat kepadaNYA.
Ada orang melalui perit getir yg lebih teruk dari yg aku alami.
AKU KENA KUAT. AKU BUKANNYA DIUJI PADA TAHAP PALING KRITIKAL. ADA INSAN YANG LEBIH HEBAT DIUJINYA"

12/03/2012
Aku selamat melahirkan seorang puteri buatmu. Ini hadiah paling bermakna buat dirimu sempena ulangtahunmu yang ke 28.
Terima kasih menungguku lama di luar labour room.
Baru ku tahu betapa sakitnya bersalin bila di INDUCE.
ALLAHUAKBAR....hanya kamu sahaja yang tahu...
DEMI mu......




BILA ANAK KORANG BOLEH JALAN

YESSS..... TAHNIAH BN MENANG
(tibe2 jer aku ni, owh sowi, saya neutral, tak sokong memana pun)

dah kenapa ni, agak2 ko ida nak demam PRU13
sudah, aku xnak komen aper2...ZIP mulut wokeyyy

berbalik kita kpd tajuk entri sebenar...
a bit worries pasal my bobby chobby mama....
DHIA xdapat jalan lagi even though she already 13mth +++
...really....
sian anak mama, makanya mama tahu, dhia sesangat jeles tengok org lain dah boleh jenjalan sendiri. mama very understanding....
Dhia mesti suka tengok kengkawan dhia yg mostly dah dapat "KAKI". nak nak ada yg pakai selipar bunyi bunyi pet pet pet.....
mama tahu dhia mesti nak jalan smbil bunyibunyi macam tu kan...
owhhh so cute...
sabar ye dhia, mama setia menunggumu...uhukssssss....
eceli mama yang xsabar nak tengok dhia berjalan
mama akui mama pown tersangat jeles melihat kawan2 dhia dh dpt jalan..
insyaallah dhia, mama doakan dhia akan dapat jalan dalam sedikit masa je lagi,
CEPAT YA CEPAT YA...mama xsabar...
mama ajak bertateh walaupun dhia berhenti duduk then merangkak, mama akan angkat dhia kembali untuk bertateh semula
tak lama tak lama tak lama dahhhhh
auntie-auntie smua please pray 4 dhia alsoooo....

JOM SHARE pengalaman anak korang dapat berjalan....suka sangat .....

DHIA kurang selera makan


Salam semua.
baru ada kelapangan nak update entri baru buat bacaan semua..ahaksss...skema siot ayat aku.

Takde ape pun nak citer.
Cuma nak bertanya ..anak korang berselera tak nak makan, Dhia bab makan kurang ckit, 4,5 suap ok pastu die give up dah, more to prefer susu. kekadang a little bit worries pasai Dhia. macam ber je tgok mommies lain masakmasak kt anak dorang.

Korang ada masalah macam ida x? Kalau ada macam mana korang handle?

Please help me .....


SAYA SUKA MAKEUP DHIA

Salam

Lately dah terjatuh cinta make upkan dhia....
Ye ker....
Tipu je lah, ida edit thru perfect365...

jom kengkawan cepat2 install, jom main makeup2




SOBOLAS BOLAN SUDAH SAYA

Lama kan tak update, bukan lupa tapi jari jemari ni nak menaip malas lah sesangat towwwww.
Lately bz menggiler menjahit tudung, maklumlah ida jahit sendiri pastu jual, saja nak cari duit poket lebih..hehehehhee.. boleh isi masa lapang kan kan kan...

Anak korang macam mana semua, sihat, dah pandai apa...
yang xsihat ida doakan agar smua nya ok ok yer 

pejam celik pejam celik dhia dah masuk 11 bulan, serius memang ida terlepas pandang kali ini,
mana tak nya abes semua demam2 sekali dhia pun demam masa monthly besday, nak boleh ape agaknya tu...

Perkembangan dhia setakat ni :

# wah dhia memang giler berposing ok....
senyum kekadang2 smpi kemek2 mata ngn hidung die, kalau ida pegang DLSR die akan nanges selagi ida tak snap pic die, dah snap 5,6 kali suka lah die.. 
 tengoklah gayanya...anak mama anak mama...


# giginya sudah 8 ke 10 batang macam tu, until now ida masih xdapat bilang bape jumlah gigi die tp memang meriah ler ngn gigi kapak die tu. nak stori ckit pasal perkembangan gg dhia, dhia mula tumbuh gigi sejak 5 bulan ke atas sekali tumbuh 3 batang anak aku bedal sekali harung, memang demam 2 minggu lah , ho la weh 3 btg skali kua, pastu next month ada lagi gigi baru sampailah kira hampir penuh lah gigi kt depan die...now gg bawah 3 nk msuk 4 btg... gg atas lebat, aku xdapat nak kira susah ya amat nak kira..tak apalah..tunggu jer . 

dhia menggigit tak ???
menggigit xpayah cakap ler, kalau di dukung abes dhia wat love bite kt bahu..hohohohohohoho

p/s " betol ke org cakap kalau gg cepat jalan lambat?
 betol xpe, xbetol pn xpe,
 rasanya xpenting kot nak take action apa org cakap 
sbb aku rasa dari segi medical org cakap mcm tu mayb sebab pertumbuhan gigi melibatkan kalsium yakni tulang sbb tu jalan lambat kot. kan jalan perlukan kaki yang kuat ckit, if nak kuatkan kaki mayb memerlukan kalsium yg byk,  abes kalau dah gg tumbuh dulu mayb kalsium byk ke gg thats y kaki lambat kuat... 
mandai je aku wat andaian..hohohohohoho


# duduk tanpa bantuan, dhia pandai duduk tanpa bantuan ida dah tak ingat masa berapa bulan aritu, tp alhamdullillah syukur ya allah dhia dapat belajar semua tu even tho org cakap anak org tu dah boleh dah, anak org ni dah pandai ni dah, aku pekakkan telinga tulikan hati, ignore jer, aku xsuka follow perkembangan anak orang, tuhan bagi aku hanya Dhia sebagai AMANAH untuk aku jaga dan beri tumpuan.


# mengutip segala mak nenek then masuk dalam mulut, ngap ngap ngap mcm kunyah chewing gum....
grrrrrrrrrr... gerammm.... mmg aku akn cepat2 korek dlm mulut dhia, selalunya ada benang, dhia suka amat dengan benang, benang xputus yang keluar berjurai juari di tariknya pastu abes bekas yg die tarik kunyah mcm chewing gumm....


# menari nari
dhia gemar sangat menari sambil goyangkan tangannya, baru-baru ni dh pandai goyangkan kepala beliau,
haaaaaa....kelakar...xdpt lg nak snap ngn nak video kan..nt ada masa ida snap k...



ok, out dulu....nt sambung....
 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting