kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

hari ke 44 berpantang

Salam ari ke 44 aku bergelar mama kepada Dhia Qasrina , buah hati pengarang jantungku, walaupun dhia macam mana pun mama n ayah akan selalu menyanyangi Dhia. dah ni bukan entri air mata..ni entri nak citer pasal org berpantang.dan arini jugak ari terakhir aku berpantang

Ida eceli ari ke 20 baru dapat menjalani tempoh berpantang dengan betol, sebelom tu ikut mana sempat je sbb ida keluar masuk wad smpi ari ke 20. badan asek masuk angin jer sbb dah kat wad tu paham2 je lah.smua 100pesen kiter uruskan diri sendiri. Tapi skg alhamdulillah badan kembali segar bugar hasil dari set bersalin Nona Roguy. Highly recommend bagus sangat set bersalin Nona Roguy tapi awas kalau ank korang ade jaundis lagi better korang jauhkan diri makan pil die sbb agak sedikit panas. Lepas ank korang dah bebas jaundis korang nak makan, makan lah k. tp ikut kapasiti kemampuan anak kite lah yer...takut die panas n cirit lak nanti.

ok

pic DHIA bajet chumel macam MAMA. statement berani mati aku kasi.


Macam mana korang berpantang? 100 pesen berpantang cara tradisional ke moden ke barat ke timur ke ? Kalau ida xde jawapan, ida jawap je cara ida. walau cara ida xde nak main langgar jer...ikut yg mana ida rasa logik n me searching google nape itu tak bole ini tak bole...rimashhh sangat..
So percayalah, hikmah berpantang ni banyak manfaatnya.

Korang tak caya, meh ida tunjuk, ini hasil ida searching kt kak engku bidan bersalin.

Kenapa pantang 44 ari??

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, pantang bersalin dimestikan genap 44 hari kerana itulah tempoh yang mencukupi bagi memulihkan organ kewanitaan "balik seperti sediakala". Selepas 42 hari, rahim telah mengecut dan pulang ke "sarang" iaitu balik ke rumahnya di bahagian pelvis atau di sudut ari-ari di atas tundun, tetapi mulut rahim atau pintu servik masih mentah, bengkak dan tersembul.

Disamping itu, urat peranak di bahagian faraj masih sengal dan ngilu. Angin darah kotor atau angin merian masih berlegar-legar di salur darah di dalam rahim dan jika berjimak pada masa ini boleh menyebabkan angin merian berputar di seluruh sendi anggota. Kesan sampingannya akan dikesali oleh wanita itu sendiri, iaitu mudah alah pada persekitaran dan pemakanan, mudah uzur dan tertekan. Untuk mendapatkan kemantapan dan keselesaan fungsi organ kewanitaan, petua Melayu mengesyorkan sanggama hanya dimulakan secara aktif dan agresif selepas lapan minggu.

Setelah genap 44 hari, di rumahnya, rahim sudah pun pulih dan mulutnya kembali normal. Dengan atur cara rawatan dalam pantang yang cermat di sepanjang tempoh itu, kesihatan ujud anggota terpelihara serta dipertingkatkan. Pada hari ke 45, kewanitaan ibu bersalin pulang pulih seperti sediakala, bahkan lebih kemas daripada anak dara.

7 comments:

mommychaa said...

hai comel....=)

Unknown said...

Semangat perlu kuat nak berpantang ni...

Unknown said...

comellah die
mata bulat

noridaramli said...

mental fizikal kena kuat baru kt dptkan cara berpantang gaya melayu....mata bulat..hehehehehe

Miss Tasantek said...

masa berpantang ni memang emosi sikit. nak2 lagi kalau jauh dengan suami.
sha hari 30 dah balik Putrajaya. sambung pantang kat putrajaya.

bengkung memang 44 hari pakai :) alhamdulillah figure tak lari mana. sikit je tekucil :)

taniah dah abis pantang ;)

Unknown said...

cra pntg kite.. haihh... ntah cmane..
kjp ikut kjp x..

meniti ari nk ke 44 ari... today bru 37ari :)

Anis said...

Salam perkenalan. Comel Dhia, lembut jer nama. Jemput datang ke blog saya

http://anisvitashop.blogspot.com/2012/05/kekal-sihat-waktu-berpantang.html

 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting