kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

2nd ANNIVERSARY - 2 tahun aku bersamamu

Salam semua,
sori semua lama blog ida tak berupdate(ayat sama-mcm org nk baca entry ko, bajet hot dowhhh)

Syukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurnianya aku masih lagi bernafas di hari nan indah ni.

2 tahun lepas,

02/06/2011 ~ khamis
di tarikh ini dan di waktu ini, kami sibuk membuat persiapan untuk majlis pernikahan keesokan harinya. Dengan izinnya juga rezki bertandang ,
dalam linkungan aku xberapa pasti di petang hari sewaktu aku hendak melangkahkan kaki ku utk ke spa di Kulim, aku mendapat berita - ya aku dapat kuarters kerajaan yg mana tempat aku menginap bersama suami dan anak comelku kini.
alhamdullillah rezki kami yang pertama , syukur ke hadrat ilahi.

03/06/2011 ~ jumaat
Majlis ijaq qabul ku bersama suami yang dikasihi lagi disayangi.
Dengan sekali lafaz aku sah menjadi kekasih halal kepada MD JOHARI

selang 2 bulan kemudian...
mendapar pengkhabaran gembira - aku disahkan hamil... aku diam jer xdpt nk luahkan kepada umum, suamiku marah suruh tunggu hingga 4 bulan katanya baru confirm. pastu nak gtahu org beritahu lah katanya
 aku mengikut arahanmu, alhamdullillah.....
p/s : Terima kasih kepada suamiku sudi melayan kerenah isterimu yang mengada2 sepanjang tempoh kehamilan ...ahaksss....
Sudi melayan perangai emosi ku yang buruk boleh ku katakan.
Tapi aku sedih sampai skg aku belum dapat merasa buah salak yg dibeli olehmu.
Tapi takpa aku dah sempat merasa selepas aku bersalin. alhamdullillah hajat tertunai walaupun bukan suamiku yg kirimkan.

Pada tarikh 10/3/2012 ~ masih ku ingat, aku menghidap penyakit yg ku alami hingga kini (BELL PALSY) (alhamdullillah ianya pulih sedikit demi sedikit, syukur padamu ya ALLAH)
Tuhan sahaja yg tahu dalam tempoh aku melaluinya bermula waktu berpantang hingga kini. Aku menjadi kuat untuk menghadapi semua ini. Lebih tabah dengan sokongan suami dan ahli keluarga. Aku tahu semua org risaukan aku walaupun tahap kerisauan tidak ditunjukkan, aku dapat baca melalui reaksi wajah tatkala melihat. Aku akur aku menjadi semakin sensitif terhadap pandangan org kepada wajahku. Aku malu tapi aku kuatkan hati, prinsip yg aku pegang hingga kini.

"Dunia ini pinjaman semata-mata buat diriku. Allah boleh tarik bila-bila ianya rasa perlu supaya kita lebih ingat kepadaNYA.
Ada orang melalui perit getir yg lebih teruk dari yg aku alami.
AKU KENA KUAT. AKU BUKANNYA DIUJI PADA TAHAP PALING KRITIKAL. ADA INSAN YANG LEBIH HEBAT DIUJINYA"

12/03/2012
Aku selamat melahirkan seorang puteri buatmu. Ini hadiah paling bermakna buat dirimu sempena ulangtahunmu yang ke 28.
Terima kasih menungguku lama di luar labour room.
Baru ku tahu betapa sakitnya bersalin bila di INDUCE.
ALLAHUAKBAR....hanya kamu sahaja yang tahu...
DEMI mu......




5 comments:

amal said...

Happy anniversary! Semoga bahagia hingga akhir hayat :)

noridaramli said...

TQ AMAL

Unknown said...

Happy anniversary!

DEANA said...

heppy anniversary dear ^_^
semoga bahagia hingga ke jannah..

Unknown said...

tahniah dearr..moga bahagia selalu :)

 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting