kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

Scan 28 weeks

Salam semua......arini separa gembira....sedey...but me still hiburkan hati yg gundah gulana n kerisauan yg mencengkam jiwa...uhuksssss

Arini ida scan for 28w d KKPutrajaya. Semangat nak pegi tengok baby...lama mama xtengok ape dah jadi kt awk spnjang dlm pewot mama....
Ida dapat angka giliran no. 2. Excited bebey nak masok jumpa doc....first masuk jmp doc x sempat nak duduk ats kerusi doc suruh naik atas katil nak scan....xnaik lagi doc tanya uri awk bawah ek.....doc sy xtahu pun doc yg lepas xde pn inform sy...omg hanya tuhan yg tahu perasaan ida masa tu...xpe sedapkan hati tgu doc scan skali lg....alhamdullillah uri dah normal ke atas cuma yg membingungkan ida skg ialah kepala anak kt atas bermakna songsang....doc cakap if smp 36 weeks die kt atas maknanya anak ida risiko dlahirkan songsang.....sedey bukan kepalang....ade cuma 6 mgu utk pujuk baby turun bawah balik masuk ke sangkarnya......

pray for me.....risau sgt2....banyak kasi suggestion utk g berurut ngn bidan....alhamdullillah if ida scan dlm 32w still songsang ida akn cergas balik kg utk rawatan lanjut......doakan ida ye sayunksssss....



APABILA IBU BOLEH MEMILIH

Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”, Maka ibu akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,Sembilan bulan nak…Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemana-mana pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.
...
Anakku…
Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan,Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,Yang tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia.Saat itulah…saat paling membahagiakanSegala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.

Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “apakah ibu tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,
Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan – tegukan yang sangat berharga,
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.
Anakku…
Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,Tetapi anakku…Hidup memang pilihan…Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

BERDARAH HIDUNG WAKTU HAMIL

Mommy to be yang lain pernah x mengalami simptom hidung berdarah waktu hamil...kalau yg xhamil tapi hidung die biasa berdarah xnak tahu..nak tahu org yg pernah hidung berdarah masa hamil je nak tahu...hehehhehe jangan mareee...



Nurse cakap hidung berdarah ni yang menyebabkan HB awk low.....betol ke? tapi die cakap normal if idung berdarah...me confius...ape lagi....search pak google....

Tapi...masa minggu lepas HB ida turun tu memang hidung ida berdarah tiap2 ari....macam penybab HB Low tu sbbnya idung berdarah le plak kan...nurse cakap normal...eeeee pelik.......xpe xpe...pak google bantulah saya...

Hasilnyaaaa...

from : kak engku

Sesetengah ibu hamil mudah mengalami gejala hidung berdarah. Selalunya keadaan ini berlaku pada trimester kedua dan terakhir. Gejala hidung berdarah ini selalunya tidak serius. Ini berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang turut menimbulkan kesan keradangan pada hidung. Keadaan ini menyebabkan penghasilan lendir atau cecair dalam hidung berlebihan dan ditambah dengan pelebaran pembuluh darah yang menyebabkan gejala ini mudah menyerang ibu hamil.

Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini.

  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
  • Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.


SEMUA UNTUK ANAK


usia kandungan : 26-27weeks

Alkisahnya sejak preggy ni, sebelum wat ape2 mesti akan pk BABY dalam pewot. Dalam kepala kekadang hanya ada sedikit aje ruang untuk pk diri sendiri.siyes....macammane dgn mommy to be yg lain....mesti sama mcm ida kan....

Kalau dulu dapat duit bonus, dalam kepala dah belegar kasut 2 pasang, handbag satu pastu baju pastu bla bla     bla bla. Tapi skg totally berbeza....dapat duit gaji je mesti pk owh lampin xbeli lg...botol susu pn xbeli lg...mitten n booties kena tmbah lg 2 pasang...baju tdo ngn baju nak g klinik xcukup lg pasangnya....blanket towel...banyak lg lah klu nak citer kt sini....

Orang cakap seeloknya nak beli barang2 anak  dalam usia  kandungan 7 bulan ke atas...tp ida langsung xleh nak pendam nak soping barang baby.xsilap ida masa kandungan ida 25 weeks camtu ida dah stat sopin ckitckit...nak beli sedebuk camtu mmg  xmampu so beli ckitckit.....
sblom tdo belegar2 jer benda ape yg ida xbeli lg....esok cergas cari ...

Setakat ni, macam baju,mitten booties towel smua dah settle...botol pun dah beli sepasang...suke sangat...xsaba nak buatkan susu untuk anak mama nanti...ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee..........macam mama yg nk g gigit puting botol tuu...gewaaaammmmmmmmmmmmmmmmmmm

Kat bawah ni ade ckit petua yg ida amek kt FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks
a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah di
perut. Buat 2 minggu berturut-turut.


b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.

Hemoglobin Rendah

Panduan untik diri sendiri n mommies to be yg lain yg mengalami masalah HB low

Paras hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah. 

Mengapa ianya terjadi?
  • Peningkatan dalam isipadu darah 
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah 
  • Penurunan kadar hemoglobin normal. 
Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi:
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda
  • Kekurangan asid folat
  • pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir 
Bahkan jika anda mengambil jumlah zat besi dan asid folic yang cukup, anda masih boleh menjadi anemic kerana perubahan besar proses pencernaan anda semasa kehamilan.

Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:
  • Jika anda mempunyai morning sickness teruk dengan muntah sering
  • Jika anda mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
  • Jika anda mempunyai kehamilan berganda
  • Jika diet anda mempunyai kandungan cukup besi
  • Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat 
Keadaan ini menyebabkan anda boleh menyebabkan 18-27 gram zat besi setiap hari ketika ibu hamil. Malah jika tidak menerima cukup vitamin B12 atau asid folik, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell disease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan. 

Bagaimana mengenal pasti bahawa anda mengalami anemia semasa mengandung?
Kebiasaannya ketika menjalani pemeriksaan kehamilan di klinik-klinik kesihatan atau swasta atau antenatal di hospital kerajaan atau swasta, ujian akan dijalankan.

Tanda-tanda lain adalah keletihan yang berlebihan. Jika keadaan menjadi parah, maka anda akan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas.

Cara menangani?
 Jika punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi. Anda harus mengambilnya dengan makanan untuk mengelakkan mual.

Jenis-jenis Anemia dan cara pemakanan.

· anemia ringan (Hb 9-11gm%)

Boleh makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

· Anemia teruk (<8gm%)

Ibu hamil mungkin akan diberi:

  • Suntikan Zat Besi (Imferon)
  • Pemindahan darah
  • selain makan makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

Kesan kepada ibu

· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan

· Mengalami keguguran

· Mengalami kegagalan jantung

· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin

· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan

· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut

· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan

· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg

· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia

· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

SCAN ke 3

Salam mommies, mommies 2 be n smua pembaca sekalian. Mood nak update blog dah jarang2 datang skg ni...malas giler nak update skg ni...Keadaan kesihatan pun xmenentu tu yg idea nak menulis kering kontang...ari-ari asek blogwalking je dari blog ke blog.

Ari rabu petang minggu lepas badan memang rasa sengal2 semacam, tak tahu tetiba, mayb ida keluar lunch panas terik n tetiba masuk opis trus sejuk gedik...
pastu trus badan rasa lemah longlai tak hengat... tak tahan sangat pas balik keje sampai umah duduk ke berdiri smua serba xkena trus g klinik dkt umah. 
Doc suspek ida demam, tonsil bengkak, ida tanya if ida dsebabkan efek suntikan kancing gigi, tp die cakap bukan sbb tu, suntikan tu xkan menyebabkan badan kt smp demam...paling kuat pn selsema.. die cakap xpe saya kasi awak rehat keesokkannya k..awk perlu banyak rehat, maybe ida travel jauh sbb baru balik kampung asben mgu lepas. Ok...esok nya ida MC, dalam hati kata demam ni xterok sangat...esoknyer sure ok balik....meleset sama sekali.....badan lemah sangat...asek nak berbaring jer...

Ok lupa kejap pasal demam, 
Pada masa yg sama after doc sahkan ida demam ia minta die scan perot..saje suke suki xde keje...asek dengar org lain every month scan...ida scan pn tgu ade check up. so saje gatal xde sebab suruh doc scan nak tgok baby dalam perot..ermmmmm...
Doc check smua...uri kt atas..OK... baby sempurna smua...sepasang kaki, sepasang tangan, tulang belakang smua OK...pastu die turun ke bahagian anu...ermmmm...
memula doc cakap gurl ni... sebab nampak macam gurl pye...
dalam ati...alahhhhhhhhh...gurl ke?????......jahat giler aku xbesyukur.... bukan le...ida kepingin giler nak anak laki...tp me xkisah lagipun anak sulung so relakan jer..xkesah janji baby sihat.
pahtu pahtu...doc cakap eh awk tengok ni...sy nampak die pye anunya....ida tengok...nmpk die punya @b****g p***i@ doc cakap lagi berat ke laki anak awk ni....banyak kali die ulang..
ye anak awk ni berat ke laki....ida diamkan jer....ermmmmm....me xkesahhhhh...laki ok ler tuh.... ape2 ajer janji baby sihat2 ajerrr....

So weekend aritu saje amek mood nak lupakan demam, soping baju baby cket cket tapi xjadi bukit lagi.....

p/s : penah x org mengandung hidungnya berdarah...tp xde le smp meleleh kuar darah...darah dalam hidung jer...xde ape punca tetiba je berdarah....alahan ke ek?

Nak masuk 24w

Salam semua......kejap jer dah 5 bulan lebey usia kandungan...
rasa macam baru je bulan lepas majlis berlangsung...wahhhh ayat xley belahhhh

Result check up harini:
Hb : 10.8 dari 10.1 (still low)
(naik ckit....tp aku still xpuas ati mcm mn org lain bole dapat smp 12...aku akur....uhukssss)
Nurse nasihatkan supaya jarakkan kehamilan....Y????? awak HB low...kena diskus dgn hubby utk jarkkan kehamilan...too sad.....baru nak masuk sorang dah disuruh jarakkan kehamilan..... Teruskan pengambilan IBERET -500 + Calcium + Obimin....jangan miss.....

Berat : 60.5 kg dari 60 kg
(risau giler berat aku naik padahal setengah kilo pn xsmp rasanya...nurse pegi bundarkan sendiri...masa xhamil berganda-ganda berat aku naik...maybe kurang selera makan...tengok makanan umpama racun kekadang bg ida)

Heart beat sayang mama : OK
Alhamdullillah.....anak mama dah pandai menendang-nendang ek skg.....nt kasi abah lak rasa k...

Cucuk Kancing Gigi :
SELAMAT BERKEBAS N BERLENGUH TANGAN....hope saya kuat.......

Urine: OK

Sejak akhir2 ni bangun tdo jari sebelah kiri mesti kebas n xdapat nak bengkokkan.Kenapa yer?

Sekian entri ida kali ni...tata.....

ni bukan maternity photoshoot

Salam u olsssss..
Baca tajuk... bukan....
Tak sempat nak ajak hubby bergambar sbb die sangat sibuk rewang utk majlis...
So smua pic dbawah without him...sad.....
apepun kami enjoyyyyyyyyyyyyy....

Masa : 20112011 *tarikh yg cantekk
Tempat :Kg Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat
Usia Kandungan : 23 weeks...
Perasaan : 
Sangat tidak sabar nak jumpa my honey sugar bam bam,......
dah tiba masa nanti kt jumpa ye shayanggggg





Sudah terserlah badanku yg supa dupa bam bam....chubby...me loikeeeeeeeeeee....bb jgn nakal2 k dlm perot   mama.....bgmbar bsama biras ida

OUTDOOR PHOTOSHOOT PIC

Salam di pagi Jumaat....
pagi ini ida nak kasi bekpes kt korang pic outdoor ida....
entri bergambar....
masa photoshoot cuaca panas ya amattttt...apepun puas hati ngn gambar.....
layan

Tempat : Kulim Golf Country , Hi Tech Kulim










Ekspresi muka di hari nikah

Salam semua, 
rajin update...hammmmeeeeekkkk 2 entri..
saje dapat idea nk tunjuk air muka masa sebelum semasa dan selepas....
Muka xboleh blahhhh.....

1. Sebelum
giler monyoksss muka ida masa ni....nebes beb baru lpas soal jawab ngn tok kadi..ermmmmmm



2. Semasa
Maybe masa ni dah lupa pasal soalan dr tok kadi...sengeh ckitttttt....mahu xsengeh camni sbb dah nak dinikahkah dah...gatai nohhhhhhhhh



3. Selepas
Syukur alhamdullillah sah menjadi isteri kepada suamiku....cehhhhhhhhhhhh

AMIN YA RABBAL ALAMINNNNNNNNN

Bilik Pengantin

Salam....entri tanpa banyak perkataan...
Layan jer...xtahu nak cakap simple ke separa simple or ape2....but i loikkkkeeeeeee 

langsir tingkap tuh...ohsemmmmmmmmmmmmmmmmmmm........scarlet tanpa jahitan mmg cantek....juz lipatlipat......kena tgn org yg ade seni baru jadik...jgn tanya ida mcm mana buat sbb ida dh try wt xmenjadi, tangan ida xde seni,...heheheheheh

Kombinasi 3 kaler.....pepel + lavender + pink


ALKISAH AKAD NIKAH 030611->---CD PIC DAH SAMPAI

Salam semua.....seperti yg djanjikan entri lepas album dh siap cuma cdnya blom lg smpi ke tgn......ermmmmm...ok...nak review pasal akad nikah. Aritu pas kawin kan ida gtau nak tgu pic smpi baru review....spt dijanjikan....

drummmmm rolllssss pelizzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Tak tahu nak mula macam mana...

Macam ni lah...

Tanggal 030611 hari Jumaat selepas solat Jumaat ida selamat dinikahkan bersama suami tercinta Md Johari. (skima nya ayat aku...xbole blahhhhhh)

Jurunikah : Ramli b Saad a.k.a My ABAH
Pengantin Lelaki : Md Johari b Tukimon a.k.a My Hubby Busyuk 
Pengantin Perempuan : Norida bt Ramli a.k.a pemilik belog Citer Tentang Saya
Tempat Nikah : Masjid Kulim
Tarikh & Waktu : 03.06.2011 selepas solat Jumaat sekitar 2 lebih camtuh

Perasaan : 
Nebes.....Tak caya tengok pic dengan muka xbole blah (alamak tak nak upload pic muka masam, xsukeeeee) .....nak senyum pn dh xpandai sbb takuttt....

Berbunga Riang...confirm le sbb saya dah menjadi kekasih halal kepada dierrrr....tak dpt nak gambarkan dgn kata-kata.....gambar pn xdpt tunjuk sbb hanya hati je yang tahu...kena tanya hati ida kalau korang nak tahu.






20 minggu sudeyyyyyy

Salam.......skg suke tengok belog ade habuk-habuk...tiap2 ari blogwalking tp bile tgok belog sendiri kering idea nak update stori aper....

Minggu lepas balik kampung ida kt Kulim sebagai ganti tak balik raya haji ni...Raya haji ni turn beraya d kg hubby ida...dh kawen ni so kena lah sama adil...kena jaga hati banyak pihak....nanti kang hubby tergures hati asek nak balik Kulim jer...hikhikhikhik....tapi xpe...die pun dah byk tolerate ngn ida so ape salahnya ida bertolak ansur....errrrmmmmm...

Tukar topik pasal balik kampung....nak citer pregnancy moment.... wekkkkkkssss



1st KICK - amekowwwww
Tak silap ida masuk 19w camtu ida dapat rasa 1st kick from my baby paling "dushhhhhhh"....masa tu dah nak masuk kete after singgah pasar Presint 8, ida nak masuk dlm kete tetiba rasa macam org usik perut...siyes..tangan ida kiri kanan bebas dr sentuh perut.....tak tahu nak citer mcm mn tp ida yakin tendangan pertama agak kuat dr beliau... org cakap sebelum ni dah dapat rasa maybe ida xpandai rasa or tak tahu rasa tu macam mana sbb 0 knowledge pasal bab-bab preggy ni...

Heart baby
Previous entry ida ade sebut nurse xdpt detect heart beat baby...risau bukan kepalang smp masa solat pn menitis airmata mohon dari Tuhan mudahan dipanjangkan usianya.....siyes risau tahap kritikal.....pastu tanya pendapat rakan FB dorang cakap biasanya klu kt KK alat yg dorang guna tu kurang power utk dengar denyutan jantung baby.....lagipun baby kecik somey lagi.Ingat nak scan kt klinik swasta tapi husband cakap kalau Allah dah tetapkan tu rezki kita tak akan kemana...jgn kalut, banyakkan berdoa padaNya.....so kitorang redha..lagipun bleeding xde pun..smuanya normal cumanya denyut jantung je xdgar....

So next appoinment kt KK refer doc utk scan, alhamdullillah scan di minggu ke 18 dapat tengok dgn jelas jantungnya dup dap dup dap...hanya Tuhan je yang tahu perasaan seorang ibu masa tu...syukur alhamdullillah......gigih doc tekan tekan perut aku nak cari baby...die main sorok-sorok dgn doc...paling tersentuh ida nampak tapak kaki die....macam anak sedara ida cakap...kecik someyyyyyyy(comel)

HB low
Stiker hijau dah nurse letak atas buku pink...hb low...patut lately rasa pening mcm kt awangan....nurse banyak membantu...dorang banyak suggestkan makan itu ini utk naikkan HB balik...ida xmkn ape yg dorang suggestkan sebaliknya ida juz amek iron tablet 200mg utk naikkan balik Hb....hope berjaya.......doakan ida yer kawan-kawan mudahan Hb naik balik....

Album dah siap

Salam...
wah tajuk.......poyos moyos....
Memang album dah siap...tp belum dpt soft copy dr OP...pic pun belum pilih...custom album je siap...
so tunggu...nanti ida upload...

wah bajet macam org nk tgok sgt pic kawen hakuhhhhhhhhh.....hikhikhikhikhik

40 MINGGU YANG AJAIB

Minggu 1
Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Anda
Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.

Minggu 2
Bayi
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.
Anda
Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

Minggu 3
Bayi
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Anda
Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.

Minggu 4
Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Anda
Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan

Minggu 5
Bayi
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
Anda
Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

Minggu 6
Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Minggu 7
Bayi
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
Anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.

Minggu 8
Bayi
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Anda
Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.

Minggu 9
Bayi
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Anda
Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Minggu 10
Bayi
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11
Bayi
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda
Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Minggu 12
Bayi
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Minggu 13
Bayi
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda
Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14
Bayi
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda
Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Minggu 15
Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16
Bayi
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Minggu 17
Bayi
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Anda
Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

Minggu 18
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

Minggu 19
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
Anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Minggu 20
Bayi
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Anda
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

Minggu 21
Bayi
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.
Anda
Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Minggu 22
Bayi
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Anda
Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Minggu 23
Bayi
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Anda
Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.

Minggu 24
Bayi
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.
Anda
Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.

Minggu 25
Bayi
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Anda
Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

Minggu 26
Bayi
Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
Anda
Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.

Minggu 27
Bayi
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa
Anda
Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

Minggu 28
Bayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
Anda
Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.

Minggu 29
Bayi
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Anda
Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

Minggu 30
Bayi
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Minggu 31
Bayi
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
Anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Minggu 32
Bayi
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
Anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Minggu 33
Bayi
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
Anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Minggu 34
Bayi
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

Minggu 35
Bayi
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Minggu 36
Bayi
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Anda
Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37
Bayi
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.
Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38
Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
Anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39
Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40
Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Anda
Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.
 

~maksud hadith~
Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.........

18weeks

Salam semua....sori lama xupdate...
mood malas menaip pluzz kesian nak perah otak kawkaw cari idea ape nak tulis dlm blog utk tatapan korang smua...ceeeewwwwaaahhhh(baca tanpa tarik nafas...)
Minggu ni, 17hb check up utk 18w d KKPutrajaya....lama tunggu beb...pkul 2 smp pkul 4...terasa sdkit nak merungut...aritu check up jumpa doc skali...scan my tummy....eeeeee...siyes sgt suke bebeh....
Aritu riso melanda diri sbb heart beat blum dgar....kalini doc scan alhamdullillah nmpk degupan jantung..... suke sgt....tak tipu....dah nmpk jari jmari comeyyyy die....xsabar nya...next scan 28w (30/12/11). 


Nurse nasihatkan bykkan pengambilan makanan berprotein...siyes mmg selera xberapa ade kalau org tanya nak makan aper...klu dah terhidang depan mata baru terbukak ckit seleranya... Kepala sakit2...nurse ckp banyakkan pengambilan kerang hati smua bagai...sakit mcm nak tercabut kepala bebehhhhhhh.....sakit sgt2...

Korang semua...sape2 amek obimin plus n after makan muntah2 x? kenapa ida muntah ek selepas makan....nak kata alahan, alahan dah xde dah.....sape pernah ade pengalaman mcm ida...share wit me plzzzzzz....

sekian.....

Trimester ke 2

Alhamdullillah dengan limpah kurnianya dpt lg ida meneruskan penulisan dlm blog...ayat skema skit dgn berbekalkan keinsafan di dada...amin......




Usia kandungan 14 minggu 4 hari, terima kasih ida ucapkan padaNya kerana memanjangkan usia kami...
Kebelakangan ni mmg xdapat nak sangkal hati kecil ni memang mudah sangat tersentuh, mengalirkan air mata.
Serius bebeh..ini bukan lakonan..maybe pembawakan budak... 
Hati kecil ini juga mudah sensitif dengan gelagat orang sekeliling....
susah hendak dikawalnya...jadi sangat pemarah.....
tak boleh nak sorok2...protes serta merta kalau tak suka...
Org cakap macam mana perangai si ibu masa tengah mengandung mcam tu lah pangai si anak nanti..
Mudahan anakku dapat perangai yg baik2 ajer..pangai buruk2 tu biar mama nyer ajer okeh...
syg baby ketat2...tak sabar jumpa awk...
siyesssss....mama mcm nak nanges pn ade sbb xsaba pya pasal....6 month 2 go....
mama abah baby....

p/s..next check up 17hb oct......

Penghujung trimester pertama

Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat ilahi. Lebih kurang dalam seminggu lebih lagi akan masuk trimester baru. Tak sabar rasanya nak masuk trimester baru, mencabar sungguh alahan di permulaan trimester terutamanya selepas kandungan mencecah ke 8w ke atas. Syukur, sekarang kandungan akan masuk ke 12w. Seriously alahan muntah-muntah n mual makin menjadi. Masuk ke 11w, alahan muntah2 hampir setiap hari. Rasanya apa yang dimakan pasti akan terkeluar balik. Pada mulanya hampir mengeluh dgn hubby tapi demi baby si ibu relakan semuanya..ceewaaahhhhh.... memang ya ciri-ciri keibuan sikit demi sedikit telah memulakan bibit-bibitnya... 

Semalam pergi check up di KKP, nurse banyak memberi nasihat, jangan angkat barang berat...eh macam tahu-tahu jer aku angkat pasu bunga last week. Janji tak nak buat lagi...tiba-tiba jadi risau... Berat badan naik tak mengikut jadual, kurang seperti yang dirancang, sepatutnya naik 500g tp aku naik 200g ajer.. nurse cakap maybe alahan muntah yg menyebabkan badan susah nak naik.. di nasihat agar makan dalam kuantiti sedikit tapi berulang-ulang, jangan makan banyak sekaligus. Ya memang aku sekarang kalau dah ade selera makan aku akan makan dengan banyak dalam sesuatu masa. Tunggu ape lagi bile selera dah ade kan... Makan aje lah.. Pengambilan susu juga perlu sekurangnya 2,3 gelas dalam sehari... alamak segelas pun termuntah ni kan 2-3 gelas...semalam dah cuba minum susu tapi spti biasa muntah balik... sedihhhhhh......

Ada satu benda lagi yang paling merisaukan hati, degupan jantung baby belum lagi kedengaran bila di scan. Next month perlu refer doc... doakan agar semuanya selamat yer kengkawan....

Perkembangan Fetus - 11 minggu


Di ukur dari mercu kepala ke punggung, fetus 1.5 inch / 4 sentimeter anda mempunyai semua bahagian-bahagiannya, dari kudup gigi ke kuku jari kaki. Bayi anda sibuk menendang dan meregang, pergerakannya amat lemah gemalai seperti balet air. Jari-jari tangan dan kaki sudah terpisah sepenuhnya. Kini, tugas utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus membesar dan menjadi semakin kuat sehingga ia boleh meneruskan kehidupan sendirian di luar rahim.

The Making of Rendang Daging

Salam semua....
mak aih berhabok sakan...
Malas giler nak update sejak 2 menjak ni..
So arini dengan tajuk yg kununnya macam ida ni pro sangat bab memasak..
Padahal chef amatur jer....bersilat jugak lah kat dapur td.. hikhikhikhik
Risau giler xmenjadi, mujur suami di sisi sentiasa mendorong utk mencuba.... die cakap xjadi xpe janji kiter cuba..kalau xjadi len kali buat lagi sampai jadi..
So tekadkan diri malam ni masak rendang...macam xcaya.....
Wah ayat hakuuuhhh macam best siot....
Masih dalam keadaan samar-samar...betol ke...
Betol ida ....
Ye ida berjaya masak rendang setelah menunggu selama 27tahun nokss....
Baru malamni try masak rendang...
Lama giler ida amek masa nak masak rendang sendiri...
Kalau xberlaki xdelah rendang tu nak menjadi...

So kalau sesiapa nak cuba bolehlah...xdelah hebat mana...utk peringkat amatur ni ok lah daripada 0 trus kan

Bahan-Bahan: Untuk daging 1/2 kilo
Lengkuas - dalam 3,4 hiris jer sebesar syiling 50 sen
Halia - sama byk macam lengkuas jugak
Serai sebatang
Bawang Besar dalam 2 labu
Bawang putih 2 ulas
Cili kering 6,7 tangkai
Cili api - 10 ke15 biji...ikut selera masing2...nak pedas banyakkan lagi k

Semua bahan di atas di kisar

Jangan lupa santan dan kerisik
Daun Limau Purut utk wangikan...ida letak sehelai jerrr

Cara memasak:
Panaskan minyak dalam 4 ke 5 sudu besar
Masukkan bahan kisar diikuti dengan santan....kacau sekali...
pastu masukkan kerisik....masak dalam api sederhana sampai kering kontang macam gambar kt bawah sekali...


Selepas di ditumis bahan yang dikisar dan diletakkan santan.


Rupa bentuk rendang selepas dia kering n boleh dimakan...nyummmehhh

Kami Beraya

~Tema tahun ni kaler pepel....last minute punya kaler....~

Salam Syawal buat semua muslimin muslimat. Disini ida ingin pohon kemaafan jika ada tersalah tulis n terguris perasaan anda sepanjang membaca blog ida. Kira 0-0 k. 

Seperti yg korang tahu, tahun ni tahun pertama beraya as wife, beraya berdua, suasana kampung terasa sdikit berbeza n tempoh waktu yang singkat berada di kampung halaman. Eceli tersangat sedey coz tinggalkan mak n abah pulang ke kampung hubby ari khamis, terasa pantas sangat masa berlalu waktu kt kg. Berat rasa hati ini nak balik KL....pujuk hati sendiri...ishhhhh...mana bole..kalau x, next Syawal balik kampung aku lambat. So kena sama-sama adil.

Beraya di Kedah, memang kalau ank jati Kedah tahu kan mcm mn suasana nya. Nak kata meriah xde ler sangat sampaikan bunyi mercun 24 jam jer meletup malam 1 Syawal tu...so so ajer. Cukuplah secara ala kadar. Beraya di sana lebih kurang sehari dua camtu jer...lebihan hari banyak melepak kt umah tunggu tetamu datang n yg besnyer ade makan2. 

Tetapi bak kata hubby ida, berbeza suasana beraya di kampungnya. Lebih meriah. (Yer kengkawan sedikit terasa bila hubby cakap macam tuh. Sedey tau...Ye lah tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula negeri tumpah darah....bagi ida suasana tu xpenting yang penting semua ahli keluarga dpt berkumpul bersama2 dgn kita di pagi Syawal. itu lebih penting..huhuhuhuhu)...

owh next Syawal beraya di Johor. mungkin akan menangis d pagi raya n mungkin jugak akn cuba sedaya upaya utk biarkan hati ni cekal.ceeeewwwwahhhhh. cekal ker????? 



~puan chubby~


Tuhan bagi PELANGI indah






Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, 

DIA datangkan hujan petir,

 Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, 

Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.



Salam.....
hasyemmmmmmm....

banyak haboks ini belog.....
ambek ko...
tuan die malas giler mo update.. asek tdo melebarkan saiz badan..
memang ida supa dupa gemok yer kengkawan sekalian.....wekkkkksssss....
diet????? dah lama padam perkataan tu dalam kamus ida....elopppppppssss gurl...
macam bagus ko ea?????

Seperti biasa minah ni mmg suka melalut....try focuse d topic k....
iyahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

PELANGI n RAINBOW??

mesti korang cakap apa lah yg minah ni sengal..bukan sengal le.... 
kalau dah epi sangat mmg kluar segalanya....
NAHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kalau preview entri sblom ni, budak tu asek sedey-sedey je pk tak dapat berbuka puasa ngn suami kan..
elehhhh...ayat macam aku sorang jer berlaki kan..
kalau korang geli xpayah nk baca entri ni sampai abes k.....

kang membuak2 ngn meluap-luap lak perasaan tak suka korang....
sabaqqqqq....
bulan Ramadhan...tak baik bersangka buruk...
babappppp kang.....ngappppppp

Wah budak ni epi tahap luar dr biasa...
Eceli nak gtahu skg ida dah ade housemate..
Dulu LDR but now...syukur alhamdullillah walaupun mayb dalam jarak yang singkat but ida still bersyukur.....
Tuhan senantiasa menolong umatnya yang lemah..
di kala setiap malam menanges-nanges...
sori aiteeeee....jiwa gua xkental....
boley soping berbuka bersama, soping bersama....
semuanya bersama selamanya...
cewahhhhhhhhhhhhh

Jom....nak g siapkan juadah.....malam ni misi pencarian baju raya  berlangsung lagi.... belum tamat  lagi....nak cari kaler baju sama...aduhhhhhhhh......
next update....

tema kaler????? xde kaler lain dah aku...asek kaler tu jer.....


 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting