kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

ATURCARA MAJLIS PERNIKAHAN

ida copy dari SINI

Amat berguna...sila baca tau B2B ...




Sebelum akad nikah :
1. Pastikan sentiasa ada pengapit duduk di sebelah.
Pengantin perempuan terutamanya. PENTING! Untuk lapkan peluh, adjust veil yang panjang berjela masa nak duduk atau bangun, tolong alih-alih barang/kusyen tempat bertimpuh tu in case nak kena ubah tempat duduk ke apa. Lagipun, tak manis lah kalau pengantin perempuan duduk sorang-sorang. Dia pun tau segan jugak. Kalau nak kena bangun, berjalan untuk mintak IC pengantin perempuan ke apa, biar suruh pengapit yang buat. Pengantin duduk diam-diam sudah. Dah nama pun raja sehari, kan?

2. Sediakan IC / kad pengenalan.
Keluarkan siap-siap daripada dompet. Mintak tolong pengapit pegangkan. Nanti tok kadi mintak, tinggal hulur je.

3. Duit upah.
Untuk pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah tok kadi. Ada sesetengah tempat, saksi pun nak kena bagi saguhati. Tanya siap-siap kat wakil pihak perempuan pasal hal ni.

4. Solat sebelum nikah
Kalau buat kat masjid, lebih afdhal ditunaikan solat ni. Niat dan cara mengerjakannya aku ada tepek kat tips raja sehari sebelum ni.

5. Senyum! Senyum! Senyum!
Kot iye pun berdebar-debar, janganlah sampai muka masam mencuka tengok kamera. Satu lagi, kalau tengah duduk bertimpuh lama-lama tu, tiba-tiba kaki jadik kebas ke, tukarlahposition dengan cara sehabis sopan. Jangan paksa diri menahan. Ada pulak kes pengantin kejang kaki sebab bertimpuh lama sangat kang.





Semasa akad nikah :
1. Khutbah nikah
Yang ni aku tak berapa sure. Ada dibuat sebelum akad nikah, ada jugak selepas. Ikut tempat lah kot. Masa ni, dua-dua pengantin kena duduk dekat sikit lah kan. Pastikan pengapit yang usung bantal nikah pergi dekat sikit dengan tempat pengantin lelaki dan tok kadi. BUKAN pengantin yang angkut sendiri,ye! Lepas tu, duduk lah atas tu. Takyah segan-segan nak suruh pengapit buat itu-ini. Nanti kamu upah lah dia dengan baju baru barang selai dua :p

2. Bacaan taklik
Lepas akad nikah, ada bacaan taklik. Macam ikrar janji suami-isteri gitu, la. Mula-mula, pengantin lelaki lepas tu baru yang perempuan. Kalau tiba-tiba kena baca dalam tulisan Jawi, pandai-pandai kamu lah. Get ready je.

3. Keluarga Sakinah.
Bagi orang Johor, benda ni dah biasa. Macam proses penyerahan penjagaan dan tanggungjawab oleh keluarga sebelah perempuan kepada pengantin lelaki. Adalah nanti yang lelaki kena pegang ubun-ubun kepala isteri sambil buat akujanji, wali dan ibu kena baca ikrar penyerahan, pengantin perempuan pulak baca ikrar pelepasan mintak halal air susu ibu bagai. Pendek kata, memang sandiwara semasa lah biasanya. Siap-siap lah letak sekotak tisu kat sebelah, ye.

4. Solat lepas nikah.
Siap je semua ni. Kalau air sembahyang belum batal lagi, boleh tunaikan solat selepas nikah. Sila rujuk tips raja sehari ni untuk niat dan cara mengerjakan.


Selepas akad nikah :
1. Penyerahan mas kahwin dan wang hantaran.
Kadang-kadang, ada jugak ayat yang nak kena sebut masa ni. Ikut je lah apa tok kadi kata. Lepas tu, sah-sah kena posing lama sikit untuk diambil gambar. Kenalah pandai berlakon sikit-sikit, ok.

2. Upacara pembatalan air sembahyang.
Mintak tolong pengapit siap-siap pergi ambil cincin/gelang/rantai yang nak digunakan dalam upacara ni. Kalau sarung cincin takde masalah rasanya. Cuma kalau nak sarung rantai leher atau gelang tangan, pesan siap-siap kat pengantin lelaki kamu tu, suruh dia berlatih dulu pakaikan kat mak dia ke. Takdelah sejam haa orang tunggu sebab terkial-kial tak reti nak cangkukkan rantai atau gelang tu nanti :p

3. Bersalaman + cium tangan suami.
Ni lah yang dinanti-nantikan kamu semua, kan? Eleh, malu-malu tak nak mengaku pulak. Memang saat paling syahdu, gitu! Salam tangan macam biasa dan ciumlah. Dah kata suami. Kenalah cium tangan dia :p Masa ni pun sama. Orang akan buli suruh cium lama sikit sebab nak ambik gambar. Apa boleh buat. Layankan aje. Yang penting gambar cun, kan.

4. Cium dahi.
Yang ni buat kalau ada orang suruh je, ok. Jangan nak pandai-pandai buat. Nanti dikata gelojoh pulak. Tapi, kalau memang dah mengidam nak buat jugak, setkan awal-awal, cakaplah kat pengapit ke, makcik saudara ke, suruh diorang cakap nanti. Konon-konom macam diorang yang suruh la :p Ni pun, nak kena suruh pengantin lelaki berlatih jugak. Suruh lah dia cium bantal tiap hari. Tak nak lah buat muncung itik pulak nanti. Cacat gambar, kamu jugak yang menyesal tak sudah.


5. Bersalaman dengan ahli keluarga.
Tang ni pun ada protokolnya. PENTING! Hati orang tua kan sensitif. Kita kenalah berhati-hati. Lepas selesai semua, pengantin lelaki akan diminta untuk membawa pengantin perempuan untuk bersalaman dengan ahli keluarga dan semua hadirin. Mulakan dengan wali, mak ayah sebelah perempuan atau mak ayah sebelah lelaki. Tak kira lah berapa jauh pun diorang duduk antara satu sama lain, bawak pengantin perempuan pergi jumpa dan salam mereka dulu. Lepas tu, barulah salam yang lain-lain.


apepun kredit untuk isubumperkahwin.....sungguh berguna tips dari kamu tau....thanx a lot darl
 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting