kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

Penghujung trimester pertama

Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat ilahi. Lebih kurang dalam seminggu lebih lagi akan masuk trimester baru. Tak sabar rasanya nak masuk trimester baru, mencabar sungguh alahan di permulaan trimester terutamanya selepas kandungan mencecah ke 8w ke atas. Syukur, sekarang kandungan akan masuk ke 12w. Seriously alahan muntah-muntah n mual makin menjadi. Masuk ke 11w, alahan muntah2 hampir setiap hari. Rasanya apa yang dimakan pasti akan terkeluar balik. Pada mulanya hampir mengeluh dgn hubby tapi demi baby si ibu relakan semuanya..ceewaaahhhhh.... memang ya ciri-ciri keibuan sikit demi sedikit telah memulakan bibit-bibitnya... 

Semalam pergi check up di KKP, nurse banyak memberi nasihat, jangan angkat barang berat...eh macam tahu-tahu jer aku angkat pasu bunga last week. Janji tak nak buat lagi...tiba-tiba jadi risau... Berat badan naik tak mengikut jadual, kurang seperti yang dirancang, sepatutnya naik 500g tp aku naik 200g ajer.. nurse cakap maybe alahan muntah yg menyebabkan badan susah nak naik.. di nasihat agar makan dalam kuantiti sedikit tapi berulang-ulang, jangan makan banyak sekaligus. Ya memang aku sekarang kalau dah ade selera makan aku akan makan dengan banyak dalam sesuatu masa. Tunggu ape lagi bile selera dah ade kan... Makan aje lah.. Pengambilan susu juga perlu sekurangnya 2,3 gelas dalam sehari... alamak segelas pun termuntah ni kan 2-3 gelas...semalam dah cuba minum susu tapi spti biasa muntah balik... sedihhhhhh......

Ada satu benda lagi yang paling merisaukan hati, degupan jantung baby belum lagi kedengaran bila di scan. Next month perlu refer doc... doakan agar semuanya selamat yer kengkawan....

Perkembangan Fetus - 11 minggu


Di ukur dari mercu kepala ke punggung, fetus 1.5 inch / 4 sentimeter anda mempunyai semua bahagian-bahagiannya, dari kudup gigi ke kuku jari kaki. Bayi anda sibuk menendang dan meregang, pergerakannya amat lemah gemalai seperti balet air. Jari-jari tangan dan kaki sudah terpisah sepenuhnya. Kini, tugas utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus membesar dan menjadi semakin kuat sehingga ia boleh meneruskan kehidupan sendirian di luar rahim.

The Making of Rendang Daging

Salam semua....
mak aih berhabok sakan...
Malas giler nak update sejak 2 menjak ni..
So arini dengan tajuk yg kununnya macam ida ni pro sangat bab memasak..
Padahal chef amatur jer....bersilat jugak lah kat dapur td.. hikhikhikhik
Risau giler xmenjadi, mujur suami di sisi sentiasa mendorong utk mencuba.... die cakap xjadi xpe janji kiter cuba..kalau xjadi len kali buat lagi sampai jadi..
So tekadkan diri malam ni masak rendang...macam xcaya.....
Wah ayat hakuuuhhh macam best siot....
Masih dalam keadaan samar-samar...betol ke...
Betol ida ....
Ye ida berjaya masak rendang setelah menunggu selama 27tahun nokss....
Baru malamni try masak rendang...
Lama giler ida amek masa nak masak rendang sendiri...
Kalau xberlaki xdelah rendang tu nak menjadi...

So kalau sesiapa nak cuba bolehlah...xdelah hebat mana...utk peringkat amatur ni ok lah daripada 0 trus kan

Bahan-Bahan: Untuk daging 1/2 kilo
Lengkuas - dalam 3,4 hiris jer sebesar syiling 50 sen
Halia - sama byk macam lengkuas jugak
Serai sebatang
Bawang Besar dalam 2 labu
Bawang putih 2 ulas
Cili kering 6,7 tangkai
Cili api - 10 ke15 biji...ikut selera masing2...nak pedas banyakkan lagi k

Semua bahan di atas di kisar

Jangan lupa santan dan kerisik
Daun Limau Purut utk wangikan...ida letak sehelai jerrr

Cara memasak:
Panaskan minyak dalam 4 ke 5 sudu besar
Masukkan bahan kisar diikuti dengan santan....kacau sekali...
pastu masukkan kerisik....masak dalam api sederhana sampai kering kontang macam gambar kt bawah sekali...


Selepas di ditumis bahan yang dikisar dan diletakkan santan.


Rupa bentuk rendang selepas dia kering n boleh dimakan...nyummmehhh

Kami Beraya

~Tema tahun ni kaler pepel....last minute punya kaler....~

Salam Syawal buat semua muslimin muslimat. Disini ida ingin pohon kemaafan jika ada tersalah tulis n terguris perasaan anda sepanjang membaca blog ida. Kira 0-0 k. 

Seperti yg korang tahu, tahun ni tahun pertama beraya as wife, beraya berdua, suasana kampung terasa sdikit berbeza n tempoh waktu yang singkat berada di kampung halaman. Eceli tersangat sedey coz tinggalkan mak n abah pulang ke kampung hubby ari khamis, terasa pantas sangat masa berlalu waktu kt kg. Berat rasa hati ini nak balik KL....pujuk hati sendiri...ishhhhh...mana bole..kalau x, next Syawal balik kampung aku lambat. So kena sama-sama adil.

Beraya di Kedah, memang kalau ank jati Kedah tahu kan mcm mn suasana nya. Nak kata meriah xde ler sangat sampaikan bunyi mercun 24 jam jer meletup malam 1 Syawal tu...so so ajer. Cukuplah secara ala kadar. Beraya di sana lebih kurang sehari dua camtu jer...lebihan hari banyak melepak kt umah tunggu tetamu datang n yg besnyer ade makan2. 

Tetapi bak kata hubby ida, berbeza suasana beraya di kampungnya. Lebih meriah. (Yer kengkawan sedikit terasa bila hubby cakap macam tuh. Sedey tau...Ye lah tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula negeri tumpah darah....bagi ida suasana tu xpenting yang penting semua ahli keluarga dpt berkumpul bersama2 dgn kita di pagi Syawal. itu lebih penting..huhuhuhuhu)...

owh next Syawal beraya di Johor. mungkin akan menangis d pagi raya n mungkin jugak akn cuba sedaya upaya utk biarkan hati ni cekal.ceeeewwwwahhhhh. cekal ker????? 



~puan chubby~


 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting