kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

DRIFT PART1

Tiada apa yang ingin saya update buat entri kali ini, tetapi cuma ingin berkongsi bersama pengalaman saya menonton drift. Mula berjinak-jinak dengan dunia pemotoran ini lebih kurang dua minggu lepas. Permulaannya sekadar ingin menemani rakan-rakan saya tetapi lama-kelamaan minat itu muncul dalam diri saya yang sederhana ini untuk menyaksikannya sekali lagi pada minggu ini.
Pengalaman yang saya alami dua minggu lepas, buat pertama kali rasa macam tidak dapat hendak menyesuaikan diri dengan dunia pemotoran ini. Apa tidaknya tatkala melihat orang memandu dengan cara yang amat menakutkan saya, seolah-olah mahu bergaduh. Berdegup dada saya. Owh ini rupanya drift. Terasa kagum dengan mereka. Sungguh mahir rupanya mereka ini mengawal stereng kereta ya. Bagaimana lah agaknya kalau saya masuk drift. Mesti hancur semua penghalang jalan. Memandu kereta MYVI saya ala-ala drift..berangan..tidak memandu ala-ala drift pun dah kemalangan ini pula nak memandu macam drift..hohohohoohh
Saya memakai cap kononnya Valentino Rossi biasa menggayakan cap ini.
Hujung minggu lepas pula saya menyaksikan DRAG di Cyberjaya..bukan drug okeh. Agak menarik hati saya. Memang seronok sangat-sangat. Siap berada di garisan permulaan lagi. kelakar, kelakar..
Apapun minggu ini sekali lagi saya menyaksikan Formula Drift Malaysia. Owh teruja sangat-sangat tapi tidak sempat bergambar bersama-sama kereta yang bertanding lagi kerana orang terlalu ramai sangat. Malu..malu.....esok ada lagi...sukeeeeeee..nak pergi tengok lagi...




No comments:

 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting