kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

MIMPI ini KENYATAAN

Tiada apa yang ingin saya update dlm entri kali ini, cuma terasa macam hendak berkongsi dengan kawan-kawan semua. Semalam saya tidur dalam lingkungan pukul 11malam, memang tidur yang boleh saya kira agak nyenyak. Keletihan yang amat sangat membuatkan diri saya terlelap dalam masa yang singkat.
Sebelum tidur seperti biasa saya akan berkhayal terlebih dahulu mengingati benda atau saat manis yang berlaku sepanjang hari. Tetapi hati saya tertanya kenapa saya tidak bermimpi seperti apa yang saya fikirkan. Mengapa dia masih muncul lagi dalam mimpi saya? Adakah kerana saya terlalu memikirkannya? Ya Tuhan jauhkan lah diriku dari dirinya. Saya semacam tidak mahu pisang berbuah banyak kali, cukuplah setakat ini sahaja. Dalam mimpi tersebut saya memang merelakan pemergiannya. Tetapi mengapa dia muncul bersama wanita tersebut, seolah ingin memberitahu saya bahawa hatinya kini hanyalah untuk wanita tersebut. Ye saya akur semua ini, tetapi kehadirannya bukanlah kepentingan bagi saya buat masa ini. Pergi dengan tiada sepotong mahupun sepatah perkataan yang keluar dari hatinya bahawa dia ingin melepaskan saya dan menerima wanita tersebut buat selama-lamanya.
Saya tidak kisah sangat tetapi ada rasa terkilan di hati saya ini dia pergi begitu sahaja tanpa menoleh pada saya lagi. Nampak sangat dia betul-betul tidak menyayangi diri saya langsung. Kalau betul seperti itu yang diinginkan olehnya, mengapa saya dipertemukan dengan seluruh keluarganya. Sungguh saya tidak mengerti mengapa saya diperlakukan begitu. Adakah diri saya ini seperti tiada maruah pergi ke rumah orang sesuka hati walaupun dirinya tidak senang dengan saya. Kejam sungguh kan hati dia. (iklan sebentar : ops tiba2 kawan saya memasang lagu GANTUNG nyanyian Melly Goeslaw seolah mengerti apa yang terbuku di hati saya sekarang)
ERMmmmm..terasa sudah lama tidak mendengar khabar berita daripada wanita yang bertakhta dihati dia sekarang. Banyak cerita saya tahu dari wanita tersebut. Mungkin mereka di ambang kebahagian kan sekarang. Saya redha dengan apa yang dia lakukan pada saya selama ini, terima segala ketentuan yang telah diatur oleh NYA buat diri saya selama ini.

No comments:

 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting