kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

TAHAJJUD CINTA vs HADIAH DARI HATI



Sejak kebelakangan ini aku agak lebih suka melayan lagu Siti Nurhaliza. Entah mengapa bermula dari album Hadiah Dari Hati aku terasa seakan-akan diriku ini meminati beliau. Mungkin disebabkan titik pertemuanku dengannya di Angkasapuri tahun lepas sempena rakaman konsert raya beliau. Rupanya CT ni tak seperti yang digambarkan oleh segelintir masyarakat yang sedikit kecewa bermula dengan hubungannya dengan Dato K. Jika sudah suratan ditentukan perjalanan hidupnya begitu biarlah. Kita sebagai manusia yang akan mewarnai sendiri diri kita. Tapi apepun yang pastinya aku meminati beliau sekarang ini, aku suka dengan sifatnya yang lemah lembut. Suke tengok muka die yang ala2 gadis melayu terakhir.
Ok berbalik kepada album Hadiah Dari Hati, lagu yang paling aku minati sudah tentulah lagu "CINTAMU". Aku suka sekali dengan alunan muzik dan liriknya yang memberi seribu makna buatku. Jika aku seperti yang digambarkan dalam lirik lagu tersebut alangkah indahnya hidup aku rasanya.
Baru-baru ini pula aku cuba mendengar albumnya yang terbaru "TAHAJJUD CINTA". Alhamdullilah, terasa tersentuh hati kecil aku sewaktu mendengar alunan suara CT sewaktu beliau ber SELAWAT dan menyanyikan lagu YA RASULLULLAH. Sayu hati bila mendengar suaranya. Timbul rasa keinsafan dalam hati ini untuk menginsafi segala dosa. Sejuk hati mendengarnya. Serius ni. Tidak lupa juga kepada lagu-lagu dendangan beliau yang lain. Memang harus diberi pujian buat beliau. Bagi aku beliau berjaya melakukan yang terbaik bagi album kerohanian ini. GOOD WORK..



p/s : ku percaya ada cinta

3 comments:

noridaramli said...

testing

Nea Flerida said...

yer.. kte pon ske gk.. tmbh2 dgr dye slwt tu kn.. mang mrdu gle r suara..

noridaramli said...

A,a kan..besh sgt2

 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting