kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

SIRIH JUNJUNG


Biasanya, kalau kita pergi ke mana-mana majlis perkahwinan ataupun pertunangan, mata kita pasti akan manatap susunan barang-barang hantaran perkahwinan yang tersusun indah daripada kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. Dan kalau kita perasan, barang hantaran yang biasanya terletak di depan sekali ialah sirih junjung. So, hari nie kita akan kupas serba sedikit mengenai sirih junjung dan kenapa ia biasanya dijadikan sebagai ‘penghulu’ atau ‘kepala’ hantaran, sementara barang-barang yang lain dianggap sebagai ‘pengiring’hantaran.


Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung nie adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia juga membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami isteri. Ini kerana hidup setiap pasangan suami isteri tidak dapat ‘lari’ daripada segala duka dan duka. Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin. Kalau korang biasa tengok, tok nenek kita pada zaman dulu2 suka sangat mengunyah sireh nie..:-)


Mengikut tradisi Melayu, sirih junjung daripada pihak pengantin lelaki hendaklah lebih tinggi sedikit daripada pihak pengantin perempuan. Ini untuk menunjukkan peranan atau tanggungjawab lelaki itu sebagai ketua keluarga. Jika dibandingkan di zaman mak-mak kita dulu, sirih junjung seringkali digubah tinggi seperti pokok. Tapi seiring dengan perkembangan zaman, sirih junjung telah digubah menjadi pelbagai bentuk moden seperti masjid atau bangunan yang disesuaikan mengikut konsep hantaran.


Walau bagaimana sekalipun bentuknya, gubahan sirih junjung akan tetap menjadi penghulu segala hantaran dan pelengkap kepada suatu majlis perkahwinan. So, next time, kalau ada anak-anak dara anda yang bertanyakan tentang perihal sirih junjung ini, jangan lupa untuk menceritakan segala kepentingan dan maksud sirih ini kepada mereka, yer? Moga-moga mereka akan terus membawa warisan Melayu yang indah ini hinggalah ke akhir zaman.


PETIKAN IHSAN DARI SETEL KAHWIN

No comments:

 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting