kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

CARA URUSKAN URI.....

Salam semua mommies, mommy to be n readers
Pagi Jumaat yg indah lagi mulia.
Hari ini ida nak wat entri tentang pengurusan uri...
Selain membeli belah keperluan princess n mommy nak bersalin nanti, pengurusan uri janganlah dilupakan
Bagi ida penting sangat, sebab ade org cakap uri sepatutnya diselesaikan dahulu sebelum ape2..tak elok sangat simpan lama-lama. eceli ida pun xberapa arif tentang perkara...
ape lagi..moh kite share ape yg ida dapat hasil carian di Lebai google...
Ida lupa nak save link info yg ida dapat...




Meh kiter tengok k..

Siapa yg selayaknya membasuhkan dan menguruskan uri tersebut?

Orang yang paling layak ialah suami si isteri tersebut.
Kenapa suami? Bukan ayah isteri atau mertua isteri?

Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang semestinya mencuci uri dan menguruskannya. Bukan tak boleh beri orang lain buat tapi fikir-fikirkanlah, bahawa uri itu dulunya duduk di mana dan keluarnya dari mana? Maka selayaknya yg menguruskan uri itu adalah suaminya. Seego setinggi mana taraf suaminya, bila bab urus uri, suami yg kena buat.

Cara cuci uri :

Bahan-bahan yang diperlukan: 
Garam, perahan limau nipis, asam  keping, bekas tanah liat bertutup (untuk uri), kain putih/napkin, cangkul

Cara :
  • baca bismillah & al-fatihah
  • Selawat ke atas nabi ( baca berturut2 hingga selesai membasuh)
  • basuh uri dengan air mengalir kemudian lumurkan dengan garam, limau nipis serta asam keping dan bilas dengan air. Ulang sehingga tiada darah dalam uri tersebut. Warna uri akan jd pucat
  • Bilas dengan air paip sekali lagi kemudian lumurkan dengan garam, perahan limau nipis dn perahan asam keping.
  • letakkan uri dalam bekas tanah liat dan tutup bekas tersebut
  • balut bekas tersebut dengan kain putih/ napkin dan ikat
  • gali lubang seeloknya di bawah pokok sekitar kawasan rumah (kedalaman lubang bergantung pd anda tp pastikan bekas tanah liat tu tertanam sepenuhnya.
  • selawat dan tanam bekas tersebut
  • pasang pelita dan letakkan bara tiap2 malam di ats kwsn uri yg di tanam sehingga isteri habis berpantang untuk elakkan uri dikorek atau dimakan binatang liar
Hukum ~ HARUS


5 comments:

aTy _faRed~ said...

bagus maklumat ni..tak pernah lagi bincang ngan asben pasal ni...nak kene bagitau die jugak supaye die tau dan paham..mekaseh dear..:)

Liyana said...

tq ieda, kena bgtau hasben psl ni....

noridaramli said...

tu ler...ida sbb hubby ida sebok sgt xtahu nak tanam uri camne....hehehhe..sharing is caring..mudahan smue m2b dpt manfaatkan info ni

n0rraslida alias said...

bestnyew ida share dis info....tQ ida....

sam lombardo said...

Saya akan buat hari ini demi anak saya ...mohamad ibrahim diaz bin samudin

 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting