kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

UPDATE AYUNICOLLECTION

Tengok tu saya degil jugak kan nak update entry terbaru. Tiada apa2 tentang diri saya tetapi cuma nak beritahu yang saya dah update koleksi shawl yang semestinya akan membuat hati ada tergerak untuk milikinya..hohohohoho..jom tengok ramai2
ayunicollection.blogspot.com

TAK BOLEH UPDATE

Mulai sekarang saya dah tak boleh nk update entry terbaru tentang diri saya. Saya kena marah sebab orang tu cakap jangan update apa2 tentang saya. Dia tak nak orang tahu apa yang jadi kat saya. Tapi saya rindu jugak nak update cerita baru. Nanti saya akan update senyap2..huhuhu

KAWAN KAWEN

Sejak akhir-akhir ni, ramai juga kengkawan saya yang telah menamatkan dunia bujangnya. Setiap tahun bersilih mereka bertukar status. Tahun 2008 kawan karib saya semasa menuntut jurusan diploma dahulu menamatkan zaman bujangnya bersama kekasihnya yang membawa saya dan Hanita bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, almaklumlah ketika itu kami bertiga baru hendak mengenali KL. Khazilah ialah kawan setoto, sebilik air, sedapur cuma tak sebantal je. Saya menjadi pengapitnya, tiada pengalaman dan muka yang masam mencuka.HUHUHUHUHU

Tahun 2009, dua orang sahabat saya iaitu Norliza dan Nur Asiah. Berkongsi hidup dengan orang yang mereka kasihi dan cintai. Sempat saya menghadiri ke majlis mereka berdua. Majlis Norliza di Johor dan Nur Asiah di Pulau Pinang. Di majlis represi Norliza sungguh teruja saya melihat adat perkahwinan negeri Johor. Erm sungguh meriah, tidak seperti adat orang Utara yang ringkas.


video

"TOL"


saya di Majlis Norliza

ermmm saya bila lagi ye. Insyaallah kalau ada jodoh tidak kemana. Apa yang ingin dikongsi oleh saya pada entri kali ini ialah majlis perkahwinan kawan saya Nor Azizah bersama pasangannya di Wisma Sejarah KL pada 100110. Cantik kan tarikh tu. Apa pun layan je lah gambar yang sempat di ambil. Layanzzzzzz.. dalam perjalanan ke Puchong..terlajak ke Puchong Intan. hehehe

me n ida wit jijah

p/s : me n ita je blom lagi. Ita mti postpone lagi taun depan..hehehe

TERLUPA


Lupa saya nak bercerita di entri sebelum ni saya menjahit apa?? bajet ade org kisah le ko norida...


saya jahit ANAK TUDUNG SYRIA


Nanti review my blog k ayunicollection.blogspot.com

ENTRI PERTAMA DI TAHUN 2010

Sungguh sibuk kebelakangan ini, sibuk dengan kampung, menjahit dan sebagainya. Hujung tahun lepas, my mom, my abah dan adik saya datang ke KL. Melepak di Legend Hotel, KL (mahu habiskan vacation untun tahun 2009). Sambut tahun baru pun atas tilam, akan tetapi sempat jugak menyaksikan percikan bunga api di KL..Wowwww..merata tempat rupanya ada. Paling cantik pemandangan di KLCC. Sungguh cantik. Bawa famili membeli belah di SOGO dan Jalan TAR. Mak dan adik borong tudung banyak, paling saya tidak menyangka my mom. Tak tahulah die nak pakai semua tudung tu masa bila. HUHUHUHUHU..




Masa pusing-pusing SOGO, my mom dengan murah hatinya membelikan saya blender peach yang tersangat comel. Saya dengan muka seposen pun menerima seadanya. (Senyum sampai ke telinga ni) . Mahu tapi malu. So dah tak payah nak fikir pasal Blender lagi. Dalam kotak tak bukak-bukak lagi. THANX MY MOM.




Hari Jumaat pergi lagi ke Jalan TAR, My mom n adik beli lagi tudung. Errrmmmmmm. Tak tahu nak lepak mana2, jadi saya cadangkan untuk bawa my famili ke rumah baru saya. So seperti biasa, abah akan membuat lawatan..hehehee... (dalam hati die oooo peti ais takde lagi)


Pada mulanya, hanya keluar untuk membeli paip dan soket 2 pin dengan my abah..lastly saya pelik kenapa terlalu lama die kat kedai elektrik tu.. So saya pun pergi le tengok abah kat Kedai tu..Abah offer peti ais toshiba. Pada mulanya buat muka blur je..hehehe..mcm biasa..mahu tp malu.. malu malu tetap amik jugak..
P/S APAPUN JUA THANX TO BOTH OF THEM (MY MOM N MY ABAH) . JASAMU AKAN KUKENANG SAMPAI BILA-BILA. INSYAALLAH SAYA AKAN MEMBAHAGIKAN MEREKA SELAMANYA...MUACHHHHHH




hehehehe
 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting