Sejak akhir-akhir ni, ramai juga kengkawan saya yang telah menamatkan dunia bujangnya. Setiap tahun bersilih mereka bertukar status. Tahun 2008 kawan karib saya semasa menuntut jurusan diploma dahulu menamatkan zaman bujangnya bersama kekasihnya yang membawa saya dan Hanita bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, almaklumlah ketika itu kami bertiga baru hendak mengenali KL. Khazilah ialah kawan setoto, sebilik air, sedapur cuma tak sebantal je. Saya menjadi pengapitnya, tiada pengalaman dan muka yang masam mencuka.HUHUHUHUHU
Tahun 2009, dua orang sahabat saya iaitu Norliza dan Nur Asiah. Berkongsi hidup dengan orang yang mereka kasihi dan cintai. Sempat saya menghadiri ke majlis mereka berdua. Majlis Norliza di Johor dan Nur Asiah di Pulau Pinang. Di majlis represi Norliza sungguh teruja saya melihat adat perkahwinan negeri Johor. Erm sungguh meriah, tidak seperti adat orang Utara yang ringkas.
"TOL"
saya di Majlis Norliza
ermmm saya bila lagi ye. Insyaallah kalau ada jodoh tidak kemana. Apa yang ingin dikongsi oleh saya pada entri kali ini ialah majlis perkahwinan kawan saya Nor Azizah bersama pasangannya di Wisma Sejarah KL pada 100110. Cantik kan tarikh tu. Apa pun layan je lah gambar yang sempat di ambil. Layanzzzzzz.. dalam perjalanan ke Puchong..terlajak ke Puchong Intan. hehehe
No comments:
Post a Comment