Seriously, ida begitu teruja dengan skim ni, dengar-dengar je terus berminat hendak meneruskan hasrat murni itu. Ida sekarang begitu sibuk mencari info tentang skim ni..tapi soalan yg berlegar dlm fikiran ida , Adakah ianya terbuka untuk belia yang berkahwin sahaja? Bagaimana yang bujang?
*****************************
Skim beli rumah tanpa depositMilikan pertama bagi gaji kurang RM3,000
KERAJAAN akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas Bhd (Cagamas) yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
Skim ini untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan. Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim.
Pada masa sama, hanya pembeli rumah pertama juga akan diberi pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah berharga tidak melebihi RM350,000. Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama itu.
*******************************************************
IMPIAN KU MOGA TERMAKBUL
*gambar hiasan*
*gambar hiasan*
p/s : ade yang lebih penting ida kena bereskan...sabar n bawa bertenang yer cik Norida
No comments:
Post a Comment