kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

Cara Nak Buat Pes Tomyam (trymasak)

Bahan-bahannya ialah


1) Cili merah (8 biji)
2) Cili hijau (3 biji)
3) Bawang putih (4 ulas)
4) Lengkuas (1 inci)
5) Daun limau purut (4 helai)
6) Limau nipis (1 biji)
7) Kunyit (1 inci)
8) Udang kering (2 sudu besar)
9) Ikan bilis (2 sudu besar)
10) Serai (3 batang)
11) Kicap ikan (3 sudu besar)
12) Belacan (1 sudu besar)
13) Serbuk lada sulah (1 sudu kecil)
14) Serbuk ketumbar (1 sudu besar)
15) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
16) Gula melaka (1/4 keping)
17) Garam (1/2 sudu kecil)

Cara Memasaknya :

Cara membuatnya, pertama, kisar udang kering, ikan bilis, serai yang dipotong nipis, cili merah, cili hijau, belacan, daun limau purut, lengkuas, kunyit, bawang putih, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, gula dan garam serta sedikit minyak hingga benar-benar hancur.

Setelah itu, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. Kemudian, masukkan kicap ikan diikuti dengan gula melaka.

Setelah itu, kacau seketika dan masukkan pula air perahan limau nipis. Kacau seketika dan biarkan hingga kering dan pecah minyak.

Pes tomyam sedia untuk digunakan.

4 comments:

IBU WAFIQ said...

Salam kenal..curi resepi yer..asyik beli yg siap jer..nak try wat pes sendiri lak..Tq..

noridaramli said...

hehehehehhe....try bukak trymasak pya web...situ ade byk resipi best2 tau

Mama Putri said...

wah rajin ye masyakkk

noridaramli said...

ida guna yg paket je lah...ni utk kengkawan blog..hehhehee

 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting