kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

DHIA 15 MTH ~ DAH BOLEH JALAN


Lebih kurang seminggu dhia dah mencecah 15 bulan, syukur alhamdullillah.
Ya aku sedang gembira melihat perkembangan dhia sepanjang 15 bulan kami melayari, melayani kehidupan bersama dhia. 

Perkembangan dhia :

1.Berjalan

Sekian lama aku menunggu untuk melihat dhia berjalan, memang agak lama aku menunggu, betul cakap korang semua, lambat ke cepat dhia tetap akan berjalan. Hati ibu mana tidak risaukan anak sendiri bila melihat kawan-kawan sebaya dhia yang lain perkembangan nya pantas. Berkat kesabaran ku selama ini, alhamdullillah....kini aku mampu mengurut dada berasa lega. 
Ya, Dhia Qasrina dah berjalan. 
(kecoh kan aku, anak boleh berjalan pun buat entri..hehehhee)

Sekarang dhia kalau kitorang bawa jalan ke mana-mana, tak nak berdukung, die nak turun nak pijak tanah, nak berjalan, dan sekarang dah pandai, ambil dia dari umh BS sampai rumah, dia akan berhenti dekat rak kasut then ambil selipar dia nak kuar jenjalan, tak nak masuk rumah wokey, tunggu depan pintu nak main kat playground bawah rumah pun jadi lah.

even aku sendiri penat, rela hati gagahkan diri, cover balik 11 jam aku tinggal dia untuk pergi bekerja, tak ape janji dhia happy dengan dunia kanak-kanak dia( its my life, mama!!!!!!)

2.Mama as a winner, berkepit

Last week, kitorang balik kampung halaman di Kedah, gembira la la la yer balik kampung sendiri, sekian lama tak menjenguk, ni boleh balik pun sebab adik aku bertunang, kalau tidak raya lah alamatnya aku balik kampung Kedah.

Nak dipendekkan cerita, Dhia dah macam belangkas dengan aku, nak dengan aku saje. org lain amik memang dia melalak nak datang dekat aku, Apa boleh buat, memang aku tak menolong orang rewang nak kenduri lah alamatnya. uhuksssssss

p/s : lately memang dhia meragam, menangis kalau orang tinggalkan dia. baby korang macam dia jugak ke? risau sebenarnya. 

3. CAKAP

abessss untuk HABIS ~ perkataan ni di sebut selalunya waktu dia dah habis minum susu.

amek untuk AMBIL ~ untuk ambil sesuatu dari tangan kita

ja....towwwww untuk JATUH ~ selalunya dia akan mengajuk balik apa aku larang dia misalnya nak turun tilam, dia memapah kerusi

taaa...tehhhhh ~ bila dia nak belajar berjalan hari tu, if dia bangun kitorang akan cakap tateh tateh tateh untuk praktis dia nak berjalan, 
lastly kitorang berjalan, dhia cakap dekat kitorang balik taa.. tehhhh taaa..tehhhh

4. Perbuatan

SYYYYHHHHHHH .....satu jari  montel dhia letakkan dekat tengah bibir die, selalunya waktu azan dia akan wat reaksi macam ni, aku tak ingat macam mana dia boleh snap reaksi ni, mayb aku biasa marahkan die buat bising masa azan berbunyi, lastly mama yang kena balik disuruh diam...anak wahai anak.....

aku cakap alamak.....dhia akan amik tapak tangan die tepuk kepala....

pantang tengok mama pegang tab atau hp sibuk nak pegang jugak nak tengok video upin ipin, selagi xdpt tgok selagi itu lah die nangis....tengoklah dhia upin ipin tuh..janji jgn nangis k...


rasanya itu sahaja kot buat kali ini, nanti ada cite baru ida update k...hehehhhe


tata....enjoy ur reading.....





5 comments:

Syima Syaz said...

aloalo..dah besar dhia ni kan... makin lama makin sweet tgk dia...

congratz dhia... nanti lari pulak ye.hehe

mommy.aisy.hana said...

Kedah kt mana dhia??

Pasni dah bole belari2 dah la..jenuh mama nk kejar..

Unknown said...

Heheeh.. Chomel je dhia ni... Anak i pun lambat nak berjalan..tak jalan2 lg walaupun nak masuk 14 bulan... So tunggu dgn sabar je..hehehehe...

DYatie ABakar said...

seronok kan bila tengok anak membesar nih. hehehehe.

Riana said...

comelnye dhia..=)
berkepit tu normal kot..nak kan perhatian..mcm anak sy..alahai bergaduh nak masak nk melayan dia.hoho

 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting