Lunch tadi saya menjamah MCD yang dibelanja oleh kak farah. Sedang asyik merasa Fries Mc Shacker, sorang kawan bercerita tntg arwah sepupunya yg meninggal kerna kemalangan ketika menuju ke tempat kerja semalam. Kematian akibat terlanggar pokok, bunyinya macam tiada apa-apa kan, simple...tapi jika dah tertulis ajal seseorang maka dia pasti akan dijemputnya. Arwah meninggal suami bersama dua orang anak, yang kecil baru 5 bulan... Tragisnya rakan si arwah yang mengikut arwah dari belakang menyatakan arwah memandu dengan tenang..apa yang terjadi sebaliknya yang tidak dketahui terserah padaNya..(kalau saya tersalah apa yg diceritakan kawan saya, begitulah jalan cerita).
Dipendekkan cerita, apa yang paling menyentuh hati saya tatkala anak arwah yang sulung, berumur lingkungan 4 tahun bila orang yang datang menziarahi jenazah bertanyakan ibunya kemana..die menjawab " ibu pergi mati". Begitulah kanak-kanak yang tidak mengerti kematian itu..kasihan....
Keduanya, pesan arwah pada waktu pagi hari kematiannya kepada suaminya....
" abang, malamni abg tido sorang ye"...macammana perasaan si suami tatkala teringat kata-kata si isteri... owh...xdapat dbayangkan oleh saya, rasa sebak dihati ini...arwah juga telah melangsaikan semua hutangnya..arwah seolah sudah tahu akan kepergiannya......
Apa yang perlu diambil iktibar dari kisah arwah, bila memandu sila pakai tali pinggang (peringatan untuk diri sendiri) kerana spt yg dceritakan kwn sy, arwah tidak pkai tali pinggang smasa memandu, perotnya terkena stereng n mnyebabkan kerosakan pd organ dalaman....
~ ~ ~ ~al-fatihah~ ~ ~ ~
2 comments:
betul tu ida. dengan cite kak an mmg sedey la kan.
tu ler.....sian kan anak dia
Post a Comment