kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

Showing posts with label ENJOYED WIT my luvly fren. Show all posts
Showing posts with label ENJOYED WIT my luvly fren. Show all posts

Hantu Kak Limah vs Jam Tangan CK

Salam semua, semalam aktiviti full booking(perasan je ko ni mcm artis pulak)..ade jer last minute program.
Tgahari ida g putrajaya untuk dua majlis kahwin, 
Majlis 1~bertemakan ijau epal...cantik k baju pengantin pompuan tapi kalau ida pakai memang ida tolak mentah-mentah sebab sangat tidak sesuwei dengan ketinggian n keberatan tubuh.orang gemok n pendek mmg susah nak cari baju yang sesuai..huhuhuhu...ok pastu 

Majlis 2 bertemakan warna paling panas sekarang~putih merah...suke dengan kek dia...macam kek fondant pun ade...sudah jatuh cinta dengan itu kek, tapi malu nak soh kawan ida close up pic kek tu...kang semua tetamu ckp budak 2 ekor ni mengalahkan cameraman pulak...so dari jauh je ktorang snap pic kek tu...pelamin simple sgt but nice beb...red carpet dengan pintu gerbang pun cantik...owh jatuh cinta pandang pertama.

Petang punya program mahu tengok Hantu Kak Limah Balik Umah..sangat kelakar smpi gelak tak hengattttt...boleh pecah perot jugak la...kak Limah kak Limah pandai Kak Limah belakon jadi hantu ea...syhhhhhhhh, diam, kak limah nak nyanyi lagu enjit-enjit semut  tu. (kalau luqman~my nephew~dengar kak limah nyanyi mesti die suke..ahakss)...yang paling ingat ayat Pak Uda (lupe nama watak yang die pegang) " PANJANGNYA K*%#&.....hahahhahahhaha...apa la bomoh siam ni silap seru hantu lain.KAWASIKAP.bahasa semua abes terpusing...WELCHA  for wheel chair..ade je.....

Saje survey2 jam tangan pulak  n sekali lagi memang gila bayang dengan jam tu. Ida kalau bab-bab jam memang fail sbb jenis  suka tangan kosong xde ape2...rimas k nak wat keje..teringat lagi peristiwa ms pergelangan ida elergik ngn tali besi jam tu..abes tangan jadi biji-biji, gatal sangat n pastu memang ida takot nak pakai jam..maybe jam spuloh inggit kot..hahahhahaha..tapi tak tahulah if after kawen pemikiran ida berubah untuk penuhkan pergelangan tangan(mampus le future husband aku). ops topik bertukar...back to d story pasal jam tadi, korang tengok jam kat bawah ni..sejibik macam ida nak tapi ni untuk lelaki, tak dapat search kt abang GOogle yg pompuan, yang ida tengok semalam pompuan punye..if ade sepasang memang niat d hati nak amek sepasang...ok???


cantik x kengkawan semua???

p/s: abah,ida minta maaf ida jatuhkan jam Alba kat dalam bas? bukan niat di hati.  Selalu ida bersedekah barang dekat bas sekolah ida.

CACA MERBA

Lately, saya berasa seperti diri ini penuh dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Sana-sini appoinment. Hari-hari ada saja benda yang hendak dibuat. Syukur alhamdullillah sekaligus saya dapat melupakan semua perkara yang tidak patut saya ingati. Buang yang keruh dan amik saja yang jernih. Walaupun adakalanya keadaan perasaan saya masih tidak berapa stabil, alhamdullillah dapat saya laluinya dengan tenang.

Bermula Sabtu lepas bersamaan 15/11/2009, mencuba mensosialkan diri dengan Konsert Siti Nurhaliza bersama-sama dengan sahabat saya Hanita. Memang enjoyed habis kami bersama. Sungguh gembira sekali tatkala mendengar alunan suara Dato CT mendendangkan lagu "Ku Percaya Ada Cinta". Sungguh mengasyikkan.
Sebelum itu juga, sempat saya mengunjungi kediaman sahabat saya di Seksyen 4, Bangi. Terasa amat cemburu melihat aset yang telah dimilikinya. Insyallah suatu hari saya akan mengikut jejak langkahnya jua. Mudah-mudahan ye. Amin...
Selepas itu, misi diteruskan untuk mencari kediaman. Memang sukar hendak mencari rumah yang betul-betul berkenan kan. Semua pelosok dijelajahi. Cantik-cantik sungguh. Impian saya ingin memiliki sebuah rumah kian membuak-buak. Alangkah seronoknya jika saya telah memiliki sebuah rumah dalam usia ini. Moga impian saya akan menjadi kenyataan. Tapi buat masa sekarang saya akan menyewa dahulu, mudahan ini menjadi semangat, dorongan dan titik permulaan buat saya untuk memiliki rumah sendiri.

Insyaallah.. Tuhan akan membantu umatnya jika kita berusaha memilikinya kan.
p/s : petang ni pergi tengok rumah..suke suke suke..

STEAM BOAT????

Kalau dulu aku hanya dengar dari makngah aku je perkataan tu (hanya famili aku je yang memahami..hehehehe)


Tapi semalam aku mendapat satu pengalaman baru le kiranya, tengok secara langsung kawan aku menyediakan steamboat di Johny Restaurant. Macam tu ke steamboat rupanya. Nak cakap aku jakun aku persilakan sebabnya aku mmg tak tahu, aku dengar jenis masakan tu dari mulut orang je sebelum ni. Main-main rebus je, pastu die kire ade macam sambal. Sedap sambal die.


Di tambah pulak makan menggunakan chopstick,Nak dijadikan cerita, aku buat pengakuan aku memang fail kalau makan menggunakan bendalah tu, tak reti aku nak kepit mengepit ni. Tapi aku wat muka selamba je macam pandai sangat makan guna bendalah chopstick tu. Paling susah aku nak mengepit si sotong ni. Dah le licin, tapi di atas kelazatan sambal steamboat tu aku wat selamba je amik sotong tu guna sudu yang kita guna untuk makan dengan sup tu, biarlah nak cakap apa pn janji aku boleh makan sotong yang licin tu. Aku tengok sotong tu pun dah macam nak keluar dari mangkok tu..hahahaha..lupakan je lah pasal si sotong yang licin tu. Aku malas lah nak cita banyak pasal aku malas dah nak menaip.

Tengok je lah pic yang kitorang sempat snap semalam. Aku tetap dengan gaya control cun aku walaupun tak cun...hohoho











 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting