kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

CACA MERBA

Lately, saya berasa seperti diri ini penuh dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Sana-sini appoinment. Hari-hari ada saja benda yang hendak dibuat. Syukur alhamdullillah sekaligus saya dapat melupakan semua perkara yang tidak patut saya ingati. Buang yang keruh dan amik saja yang jernih. Walaupun adakalanya keadaan perasaan saya masih tidak berapa stabil, alhamdullillah dapat saya laluinya dengan tenang.

Bermula Sabtu lepas bersamaan 15/11/2009, mencuba mensosialkan diri dengan Konsert Siti Nurhaliza bersama-sama dengan sahabat saya Hanita. Memang enjoyed habis kami bersama. Sungguh gembira sekali tatkala mendengar alunan suara Dato CT mendendangkan lagu "Ku Percaya Ada Cinta". Sungguh mengasyikkan.
Sebelum itu juga, sempat saya mengunjungi kediaman sahabat saya di Seksyen 4, Bangi. Terasa amat cemburu melihat aset yang telah dimilikinya. Insyallah suatu hari saya akan mengikut jejak langkahnya jua. Mudah-mudahan ye. Amin...
Selepas itu, misi diteruskan untuk mencari kediaman. Memang sukar hendak mencari rumah yang betul-betul berkenan kan. Semua pelosok dijelajahi. Cantik-cantik sungguh. Impian saya ingin memiliki sebuah rumah kian membuak-buak. Alangkah seronoknya jika saya telah memiliki sebuah rumah dalam usia ini. Moga impian saya akan menjadi kenyataan. Tapi buat masa sekarang saya akan menyewa dahulu, mudahan ini menjadi semangat, dorongan dan titik permulaan buat saya untuk memiliki rumah sendiri.

Insyaallah.. Tuhan akan membantu umatnya jika kita berusaha memilikinya kan.
p/s : petang ni pergi tengok rumah..suke suke suke..

No comments:

 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting