kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

PESBOK

Sejak kebelakangan mood ber "pesbok" saya menggila..acapkali saya mengonlinekan diri..hehehehheee...rasanya ari sabtu ngn ahad ni keje sy asik online jek..hehehhee..suke sangat2..sampai berkurung je dalam rumah..hahahahha...minggu ni langsung xde aktiviti tau..giler kan aku...siap xkua umah lagi..apepun janji saya epi dan xnyusahkan sape2 kan..
Di pesbok ni jugakle saya banyak bertemu kawan-kawan lama saya ..dari zaman sekolah rendah hinggalah zaman studi kt poli..suke sangat okeeee...rindu sangat dengan kamoo smue..
TAK kurang juga saya menemui ( cewahhhhhh aku ni mcm wt eksperimen laks..hahahhaa) insan-insan yang saya mampu katakan,ermmmm menceritakan pada saya cerita-cerita yang mungkin boleh dipercayai..sampai terbawa-bawa ke bilik tidur..hahahhaa.." mungkin betol cakap akak...takpe lah kak dh xde jodoh"....huhuhuhu..sedih sangat...menitis airmata ku sewaktu mengirimkan salam kepadanya..Saya amat merinduinya..saya tak boleh nak tipu diri saya sendiri..amat terasa hati dengan gambar-gambar yang didedahkan, saya tak kan ganggu lagi kebahagian kamu..yang dah lepas tak nak lagi dikenang...tata semua..
p/s ::maaf ayat entah ape2 yg ida tulis...
mood :: bahagia...
......peace no war....


ini saya...xde kena mengena dengan cerita di atas...hehehhee

BERMULANYA EPISOD PENANTIAN

Dua tiga empat hari kebelakangan ini saya berada dalam tahap keemosian, kerinduan dan kementalan yang sungguh luar biasa. Rasa sedih menyelubungi hidup...oWhhhh..mungkin ini semua dugaan buat kami(aikkkk kami....saya ngn sape tu ar)..lepas ni janji memulakan kehidupan bersifat kesederhanaan..Ok kenapa ye saya inginkan kehidupan yang bersifat kesederhanaan..saya akan istiharkan pada entri yang seterusnya di lain masa yer..Sungguh rasa tertekan dengan suasana di pejabat yang asyik memandang kertas bewarna coklat kekuningan.. Memang sungguh tidak kusangka dugaan begitu hebat bagi mencari sesuap nasi..aku terima seadanya...

TERASA MAHU BERBELOG



KOLEKSI TERBARU AYC




Fuhhhhhh...baru terasa bersemangat mahu berbelog dan berbebel di blog yang berhabuk n busuk mashammm..Alhamdullilah bersyukur ke hadrat ilahi di atas segala kurniaan rezeki olehNya. Blogshop AYUNICOLLECTION kembali segar dengan koleksi baru yang hot dan meletop gitu..permintaan yang meningkat amat memberangsangkan lagi saya untuk kembali aktif. Suke sangat dengan sambutan yang diberikan oleh u olls smue.. Penatnya amat terasa kian hari tetapi alhamdullilah akan kuhadapinya dengan penuh senyuman. Siang sibuk dengan kerja di ofis, ptg dengan aktiviti pengeposan barang dan malamnya dengan kegiatan pembungkusan tudung yang ditempah. Sokongan dari pelanggan AYUNICOLLECTION amatlah saya hargai sangat-sangat. Insyaallah di lain masa akan di update lagi entry yang terkini( errr bajet org nk bc blog ko ke norida oiii).. bye-bye para blogger reader semua..jumpe lagi..tata..

kerja sungguh


Baru terasa mau update citer sensasi..blrpppp..bajet macam artis..bz sungguh sejak kebelakangan ni, sibuk dengan slendang mak lendang. Kembali bersemangat untuk meneruskan bisnes online ayunicollection. Kalau tak, dah berhabuk blog tu. Apa yang sensasi tentang diri saya ea..rasanya tak ada apa yang menarik pun cuma memang saya rasa teruja dapat berjumpa dengan ika radiusite semalam. Comel sungguh orangnyer, kecik molek gitu. Die menjadi idola saya..hehehee...cayang kamoo..

Apapun lawatilah blogshop saya ayunicollection.blogspot.com (sambil wat muke simpati ni) huhuhuhuhu ..tolong ea..eh sengalnyer ko ni norida..

aku dengan gaya badak ku..

sekian le dulu

p/s : mood balik kampung..uwaaaa..besnyer jumpa luqman

UPDATE AYUNICOLLECTION

Tengok tu saya degil jugak kan nak update entry terbaru. Tiada apa2 tentang diri saya tetapi cuma nak beritahu yang saya dah update koleksi shawl yang semestinya akan membuat hati ada tergerak untuk milikinya..hohohohoho..jom tengok ramai2
ayunicollection.blogspot.com

TAK BOLEH UPDATE

Mulai sekarang saya dah tak boleh nk update entry terbaru tentang diri saya. Saya kena marah sebab orang tu cakap jangan update apa2 tentang saya. Dia tak nak orang tahu apa yang jadi kat saya. Tapi saya rindu jugak nak update cerita baru. Nanti saya akan update senyap2..huhuhu

KAWAN KAWEN

Sejak akhir-akhir ni, ramai juga kengkawan saya yang telah menamatkan dunia bujangnya. Setiap tahun bersilih mereka bertukar status. Tahun 2008 kawan karib saya semasa menuntut jurusan diploma dahulu menamatkan zaman bujangnya bersama kekasihnya yang membawa saya dan Hanita bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, almaklumlah ketika itu kami bertiga baru hendak mengenali KL. Khazilah ialah kawan setoto, sebilik air, sedapur cuma tak sebantal je. Saya menjadi pengapitnya, tiada pengalaman dan muka yang masam mencuka.HUHUHUHUHU

Tahun 2009, dua orang sahabat saya iaitu Norliza dan Nur Asiah. Berkongsi hidup dengan orang yang mereka kasihi dan cintai. Sempat saya menghadiri ke majlis mereka berdua. Majlis Norliza di Johor dan Nur Asiah di Pulau Pinang. Di majlis represi Norliza sungguh teruja saya melihat adat perkahwinan negeri Johor. Erm sungguh meriah, tidak seperti adat orang Utara yang ringkas.



"TOL"


saya di Majlis Norliza

ermmm saya bila lagi ye. Insyaallah kalau ada jodoh tidak kemana. Apa yang ingin dikongsi oleh saya pada entri kali ini ialah majlis perkahwinan kawan saya Nor Azizah bersama pasangannya di Wisma Sejarah KL pada 100110. Cantik kan tarikh tu. Apa pun layan je lah gambar yang sempat di ambil. Layanzzzzzz.. dalam perjalanan ke Puchong..terlajak ke Puchong Intan. hehehe

me n ida wit jijah

p/s : me n ita je blom lagi. Ita mti postpone lagi taun depan..hehehe

TERLUPA


Lupa saya nak bercerita di entri sebelum ni saya menjahit apa?? bajet ade org kisah le ko norida...


saya jahit ANAK TUDUNG SYRIA


Nanti review my blog k ayunicollection.blogspot.com

ENTRI PERTAMA DI TAHUN 2010

Sungguh sibuk kebelakangan ini, sibuk dengan kampung, menjahit dan sebagainya. Hujung tahun lepas, my mom, my abah dan adik saya datang ke KL. Melepak di Legend Hotel, KL (mahu habiskan vacation untun tahun 2009). Sambut tahun baru pun atas tilam, akan tetapi sempat jugak menyaksikan percikan bunga api di KL..Wowwww..merata tempat rupanya ada. Paling cantik pemandangan di KLCC. Sungguh cantik. Bawa famili membeli belah di SOGO dan Jalan TAR. Mak dan adik borong tudung banyak, paling saya tidak menyangka my mom. Tak tahulah die nak pakai semua tudung tu masa bila. HUHUHUHUHU..




Masa pusing-pusing SOGO, my mom dengan murah hatinya membelikan saya blender peach yang tersangat comel. Saya dengan muka seposen pun menerima seadanya. (Senyum sampai ke telinga ni) . Mahu tapi malu. So dah tak payah nak fikir pasal Blender lagi. Dalam kotak tak bukak-bukak lagi. THANX MY MOM.




Hari Jumaat pergi lagi ke Jalan TAR, My mom n adik beli lagi tudung. Errrmmmmmm. Tak tahu nak lepak mana2, jadi saya cadangkan untuk bawa my famili ke rumah baru saya. So seperti biasa, abah akan membuat lawatan..hehehee... (dalam hati die oooo peti ais takde lagi)


Pada mulanya, hanya keluar untuk membeli paip dan soket 2 pin dengan my abah..lastly saya pelik kenapa terlalu lama die kat kedai elektrik tu.. So saya pun pergi le tengok abah kat Kedai tu..Abah offer peti ais toshiba. Pada mulanya buat muka blur je..hehehe..mcm biasa..mahu tp malu.. malu malu tetap amik jugak..
P/S APAPUN JUA THANX TO BOTH OF THEM (MY MOM N MY ABAH) . JASAMU AKAN KUKENANG SAMPAI BILA-BILA. INSYAALLAH SAYA AKAN MEMBAHAGIKAN MEREKA SELAMANYA...MUACHHHHHH




hehehehe

PENGHUJUNG TAHUN

TRAGEDI 2009

OH...sudah masuk penghujung tahun ya. Sungguh pantas masa berlalu dan banyak pula pahit manisnya sepanjang tahun 2009 ini.


Januari
* Ku bahagia sangat-sangat
* saya memperolehi aset baru - Kereta Myvi 1.3 Ez AUTO


Februari
* sibuk dengan Kursus Induksi di PULAPAH. Pengalaman yang paling menakutkan hidup saya sepanjang kursus ini berlangsung. Sumpah saya tidak akan menjejaki lagi ke PULAPAH. Walau apapun teramat suka kerana banyak jumpa kawan baru.
* persiapan ke majlis represi Liza di Johor.


Mac
*Pertama kali saya memandu dalam jarak jauh. Percubaan yang bagus tetapi malang tidak berbau, kereta saya mengalami kecederaan. huhuhuhu. Terasa amat sedih masa ini.
* Menjadi pengapit di majlis perkahwinan Liza. Sukeeee...Pengalaman pertama menjadi pengapit.
* Sewaktu ni kehidupan saya amat indah.


April
* Berlaku kemalangan di hentian pejalan kaki, sungguh tidak perasan yang lampu isyarat merah masa tu akibat leka bermain SMS. Sungguh lalai saya ketika ini. Tapi alhamdullilah semuanya selesai.
* Ada juga perkara sendored yang tak dapat diceritakan.


Jun
* Amat pahit untuk lalui kehidupan saya pada ketika ini. Terlalu peribadi untuk diceritakan di sini. Apa yang berlaku atas kesilapan saya sendiri. Jika ada rezeki saya, insyaallah saya akan dapat balik apa yang telah dimilikinya. Sungguh cetek pemikiran saya pada masa ini. Tuhan, lindungi daripada ianya berlaku lagi dalam hidup saya.


Julai
* terlalu mengimpikan Nokia 5800, akhirnya termakbul doaku unutk memilikinya.


Ogos
* beli netbook ACER ASPIRE. Suka sangat2.. Layan FB je kerjanya..
* Ramadhan kali ini teramat bermakna buatku.


Sept
* Dukacita sangat sebab tak dapat beraya bersama. Janji pada diri saya tak akan buat lagi kesilapan yang sama tahun depan.


Okt
* bulan lahirnya saya ke dunia ini. Sedih sebab ada orang yang tak ingat.
* Patutlah ada benda yang akan jadi pada saya.


Nov
KECEWA


Dis
* Ada kebahagian menanti saya. Insyaallah. Makbulkan hasrat kami ya Allah...
Mudahan apa yang dirancang kami akan terlaksana. Harap sangat-sangat.
MOGA TAHUN BARU INI, AKAN DAPAT SAYA LALUI DENGAN PENUH TENANG, CERIA DAN GUMBIRA SELALU..
 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting