kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

KAMI BEREMPAT KADANG BERTIGA

Assalam
update blog setahun sekali jer skg (sadis kan)
dah kurang dok merapu dah
almaklumlah LDR(long distance relationship) wah gitewwwww

Our 1st post untuk tahun ni, next post next year hohohohohohoho

Ok topik yang nak aku kupas kali ni
Kami berempat Kadang bertiga aka LDR
whooooppppssss korang jangan salah maksud
jangan syak wasangka (amalan syaitan tu beb)

Memang Perit, Pahit, Pilu dan Pedih, (yo la laki aku jauh kan)
Korang jangan tya laki aku kerja apa sbb aku xnk jawab n xsuka jawab soalan tu,
 kalau dah tau diam2 sudah,

Urusan anak2 aku handle sorang diri memang penat tapi kadang2 enjoyed, tambah2 tengok harraz yg suka senyum, sejuk perut aku siotttt....hilang amarah.... pastu melayan si kakak yang kian hari kian banyak celotehnya yg kekadang bila aku fikir cute sangat die.

Nak citer sikit pasal Dhia(kakak)
Anak aku ni energetic ckit so lasaknya kemain lagi, aku kena belasah mmg dah selalu, abis dah hilang ayu dan seri kt wajah aku bila aku bertukar jadi ANGRY MAMA.. kadang2 aku berpura2 nangis, then kakak penuh dengan sikap penyayang datang pujuk aku then pelok aku erat2 sambil berkata (mama.......dah dah...jangan angesssssss)
(mama, kakak jaga adik~sambil die peluk adik macam aku breestfeed adik)
wahhhhhh mama suka sangat kakak, bijak anak solehah mama walaupun kadang tergugat n tercelupar jugak mulut mama (mama minta maaf sayang)
terharu tsk tsk tsk tsk tsk

Nak citer sikit pasal Harraz(adik)
Adik memang seorang yang friendly, tak kira jumpa sapa2 pun die akan senyum walaupun orang tu tak agah die pn....bakat ni mungkin di warisi dari ayah die... totally kalau org yg aku xkenal kalau aku bawa harraz mesti dorang akan cakap.. (eh, die senyum larrrr) aku dengan nada sedikit bangga sbb anak aku so friendly also make me comfy always(ok aku merapu) berkata (anak saya mmg selalu tersenyum)
(mama x, mama lmbt friendly hehehehehhe)

p/s : korang perasan tak yg aku xkupas pn tajuk post yg aku dok canang2 memula...gedik kan...aku memang lagu tu



DHIA ADA ADIK



Salam semua...
big hug...rindu nak berblogging....

baru berkesempatan petang ni nak update sepatah dua puluh empat kata.
YA...Dhia dah ada adik.
Dah 3+ mth 
hehehehheeh

Alhamdullillah amin amin ya rabbal alamin...dah sepasang...
rehat panjang ckit kot kali ini kot kalau teringin nak tmbh lg..memang nak tapi nanti dulu...bg adik ngn kakak besar dolu...

Tak tahu nak mula dari mana...tapi trus straight to the point lah yer...

Apepun aku nak introduced my new little caliph dulu.....yang encem( ya harus puji anak sendiri..hehehhehehe)

Tanggal 21 MEI 2014 ari Rabu tepat 12.06 tengahari adik dilahirkan di Hospital Kulim.
Berat 3.13 kg panjang adik masa lahir mama dah lupa...boleh macam tu...

Sujud syukur bersalin kali ini aku bersalin secara normal...tanpa induce...patutlah org cakap induce sakit berganda....memang berganda ...dapat aku rasakan semasa contraction kuat sewaktu nak lahirkan adik...sempat aku gtau mak aku...

" mak, rupanya sakit tanpa masuk ubat macam ni nooo......xterok macam masuk obat (induce)"

Aku sakit bersalin untuk adik tak lama...dalam 2 jam macam tu..mayb anak 2nd kowt laluan dah bukak so memang aku bersyukur ke hadrat ilahi....sampai labour room trus pecah ketuban then doc check dah bukak 6 cm....

pastu doc cakap..."OK, Awak boleh terannnn..."
 Ok terannnnn....so gedebak gedebuk....lebey kurang 1 hour dlm LR maka lahirlah anak lelaki kesayangan aku MUHAMMAD HARRAZ ANAQI BIN MD JOHARI

taraaaaaaaaaaaaaaaa.......


adik dengan kakak, semalam aku snap sebelum dorang tidur...
So far kakak dhia sangat menyanyangi adiknya...walaupun kan kan kan kan....


OK bersambung next entri wokeyyyyyyyyy


Dhia bercakap




tup tap tup tap dah hujung tahun, minggu depan dah tahun baru.
Banyak kenangan sepanjang 2013 yang terpahat dalam kenanganku, ermmmmm..ceeewahhhhh...

Gelagat dhia skg menjadi penghibur kala duka sedih aku sejak aku ber LDR dengan husband aku beberapa bulan.

aku selalu saja tanya dia,
Aku : Ayah nama ape?
Dhia : Jo(excited sungguh die nak sebut nama ayah die)
alololo...so sweet....bes le ayah die anak die tahu nama die....
tapi bila mama tanya apa nama mama?
Dhia : Jo
huhuhuhuhuhuhu.......


 SUSU(word paling menjadi sebutan di bibir dhia)
since dia dah pandai mintak susu, mmg kerap sesangat die mintak, walaupun aku dah bagi nasi, roti whatever. selang baper minit mesti request susu, ku turutkan sajer kehendak die, nanti kang die dah minta aku pulak yg risau, hohohohohohohoh

JATUH, TUMPAH
kes die dapat perkataan ni maybe aku selalu jerit bila die nak panjat aku akan cakap "dhia, jangan nanti jatuh" maybe dr situ die dapat word JATUH

perkataan tumpah pulak aku selalu sebut waktu die nak minum, aku akan ckp " DHIA, jaga2 nanti tumpah"

Kesimpulannya, apa yang kita cakap, kita buat sebenarnya diperhatikan oleh anak kita. So tutur kata mahupun perbuatan kekadang mencerminkan anak-anak kita kelak.

dhia semalam dapat word,
"hamboiiiiiiihhhhhh"
"elehhhhhhhh"

so.........mama kena jaga tutur kata.......
banyak lagi perkataan yang menjadi sebutan dhia, tapi aku malas nak taip panjang2, nanti korang pn malas nk baca panjang2 kan...
so...so....so....

bye...mahu tdo dulu, lunch hour.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

MOOD~RINDU SERINDU RINDUNYA~DHIA 1Y 7M 27D



Salam jumaat buat semua..
Lama rasanya jari jemari tidak mengetuk ke keyboard untuk hidangan entri baru buat korang semua..
Tajuk entri kali ni membawa 1000 erti buat diri aku sekarang ini...
KENAPA AKU RINDU ??????
Aku rindu kerna (ceeeewaaaahhhhh-mti org igt poyonya aku nak bagi tahu satu dunia tentang perasaan aku, mcm bebudak benor yer...tapi itulah aku)
*LDR ngn hubby
Now, suami aku berjauhan dari aku dan dhia, bukan kerelaan, bukan paksaan tetapi kerna demi mencari berperiuk-periuk nasi untuk kami sefamili. Sedih bukan kepalang lagi, tipu diri sendiri kalau cakap aku tak sedih, tak kan tengok kita senyum lebar, gelak terbahak-bahak tandanya kita happy sangat2 kan. Nak-nak aku tengah preggy adik dhia(ya dhia dah nak jadi kakak, rezki awal, aku menadah kedua tangan ini tanda kesyukuran kepadamu Ya ALLAH, perancangan next year baru nak mengandung tapi dah rezki secepat ni aku redha, tak sabar menunggu kelahiran adik nanti, perasaan excited tu still sama macam aku mengandungkan dhia dulu, kasih yang tak berbelah lagi aku ku limpahkan kepada anak-anakku kelak nanti. Memang tak ramai yang tahu, memang aku xwar-warkan sangat berita ini, cukuplah yang benar2 sudi ingin tahu, lagipun dah anak kedua kan)

Syukur ke hadrat ilahi, setakat ni aku tak mengalami alahan, mungkin kandungan masih muda, kalau boleh biarlah berterusan sehingga aku selamat lahirkan adik nanti, nanti kalau aku alahan teruk sian dhia chubby aku. Nak-nak ayahnya pulak jauh, memang aku dah macam supermom, aku tawakal jer dukung dhia sana sini, aku mohon mudahan DIA kuatkan aku menempuhi semuanya tanpa suami di sisi. Kuatkan janin dalam rahimku. Kuatkan semangatku. 

Memang semenjak berjauhan (walaupun sebelum ni dah biasa berjauhan), keadaan sekarang tidak banyak tapi ada sedikit yang menyedihkan. Mungkin aku perlu menggalas satu lagi tanggungjawab atau amanah untuk menjaga Dhia di samping membawa adiknya sekali. Sedih memang sedih tapi aku kikis sekikis perasaan negatif dalam diri walaupun terkadang emosi menguasai diri, dhia pengubat duka lara aku.dhia segalanya, tanpa dhia mungkin hidupku kosong, jiwaku kosong..

Syukur aku ada Dhia sekaligus menjadikan rumah aku macam ada sepuluh duaploh orang...kuang kuang kuang

tapi aku rasa dah macam banyak lari tajuk, abaikan, aku malas nak cari tajuk baru,,,....ok bye2222

apapun layan pic bawah, next entri baru aku stori pasal pekembangan dhia yang kian mengembang setaman...

okeyyyy..babai...mwahhhhhhh 

DHIA 15 MTH ~ DAH BOLEH JALAN


Lebih kurang seminggu dhia dah mencecah 15 bulan, syukur alhamdullillah.
Ya aku sedang gembira melihat perkembangan dhia sepanjang 15 bulan kami melayari, melayani kehidupan bersama dhia. 

Perkembangan dhia :

1.Berjalan

Sekian lama aku menunggu untuk melihat dhia berjalan, memang agak lama aku menunggu, betul cakap korang semua, lambat ke cepat dhia tetap akan berjalan. Hati ibu mana tidak risaukan anak sendiri bila melihat kawan-kawan sebaya dhia yang lain perkembangan nya pantas. Berkat kesabaran ku selama ini, alhamdullillah....kini aku mampu mengurut dada berasa lega. 
Ya, Dhia Qasrina dah berjalan. 
(kecoh kan aku, anak boleh berjalan pun buat entri..hehehhee)

Sekarang dhia kalau kitorang bawa jalan ke mana-mana, tak nak berdukung, die nak turun nak pijak tanah, nak berjalan, dan sekarang dah pandai, ambil dia dari umh BS sampai rumah, dia akan berhenti dekat rak kasut then ambil selipar dia nak kuar jenjalan, tak nak masuk rumah wokey, tunggu depan pintu nak main kat playground bawah rumah pun jadi lah.

even aku sendiri penat, rela hati gagahkan diri, cover balik 11 jam aku tinggal dia untuk pergi bekerja, tak ape janji dhia happy dengan dunia kanak-kanak dia( its my life, mama!!!!!!)

2.Mama as a winner, berkepit

Last week, kitorang balik kampung halaman di Kedah, gembira la la la yer balik kampung sendiri, sekian lama tak menjenguk, ni boleh balik pun sebab adik aku bertunang, kalau tidak raya lah alamatnya aku balik kampung Kedah.

Nak dipendekkan cerita, Dhia dah macam belangkas dengan aku, nak dengan aku saje. org lain amik memang dia melalak nak datang dekat aku, Apa boleh buat, memang aku tak menolong orang rewang nak kenduri lah alamatnya. uhuksssssss

p/s : lately memang dhia meragam, menangis kalau orang tinggalkan dia. baby korang macam dia jugak ke? risau sebenarnya. 

3. CAKAP

abessss untuk HABIS ~ perkataan ni di sebut selalunya waktu dia dah habis minum susu.

amek untuk AMBIL ~ untuk ambil sesuatu dari tangan kita

ja....towwwww untuk JATUH ~ selalunya dia akan mengajuk balik apa aku larang dia misalnya nak turun tilam, dia memapah kerusi

taaa...tehhhhh ~ bila dia nak belajar berjalan hari tu, if dia bangun kitorang akan cakap tateh tateh tateh untuk praktis dia nak berjalan, 
lastly kitorang berjalan, dhia cakap dekat kitorang balik taa.. tehhhh taaa..tehhhh

4. Perbuatan

SYYYYHHHHHHH .....satu jari  montel dhia letakkan dekat tengah bibir die, selalunya waktu azan dia akan wat reaksi macam ni, aku tak ingat macam mana dia boleh snap reaksi ni, mayb aku biasa marahkan die buat bising masa azan berbunyi, lastly mama yang kena balik disuruh diam...anak wahai anak.....

aku cakap alamak.....dhia akan amik tapak tangan die tepuk kepala....

pantang tengok mama pegang tab atau hp sibuk nak pegang jugak nak tengok video upin ipin, selagi xdpt tgok selagi itu lah die nangis....tengoklah dhia upin ipin tuh..janji jgn nangis k...


rasanya itu sahaja kot buat kali ini, nanti ada cite baru ida update k...hehehhhe


tata....enjoy ur reading.....





dhia santai di tasik cempaka


Last weekend giler boring dok umah, lepas balik OT dr opis trus ajak hubby kuar jenjalan. 
Lagipun nak pegi beli bahan2 nak buatkan dhia gaun utk raya. 
(Sempat ke raya, sekali aku pakaikan sebelum raya..wakakakakak)

Hubby aku sengaja bawak dhia lepak cni untuk trained die berjalan katanya, tp jalan ada dalam 2-3 langkah pastu duduk bertinggung kutip sampah, wahai anak , wahai anak.

Dari pic ni aku perasan yg dhia makin chobby bhobbyyyyyy n chomelllbbbyyyyy

sapa lagi nak puji anak aku kalau bukan mama die..hahahahha..ayat xbole blah......


2nd ANNIVERSARY - 2 tahun aku bersamamu

Salam semua,
sori semua lama blog ida tak berupdate(ayat sama-mcm org nk baca entry ko, bajet hot dowhhh)

Syukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurnianya aku masih lagi bernafas di hari nan indah ni.

2 tahun lepas,

02/06/2011 ~ khamis
di tarikh ini dan di waktu ini, kami sibuk membuat persiapan untuk majlis pernikahan keesokan harinya. Dengan izinnya juga rezki bertandang ,
dalam linkungan aku xberapa pasti di petang hari sewaktu aku hendak melangkahkan kaki ku utk ke spa di Kulim, aku mendapat berita - ya aku dapat kuarters kerajaan yg mana tempat aku menginap bersama suami dan anak comelku kini.
alhamdullillah rezki kami yang pertama , syukur ke hadrat ilahi.

03/06/2011 ~ jumaat
Majlis ijaq qabul ku bersama suami yang dikasihi lagi disayangi.
Dengan sekali lafaz aku sah menjadi kekasih halal kepada MD JOHARI

selang 2 bulan kemudian...
mendapar pengkhabaran gembira - aku disahkan hamil... aku diam jer xdpt nk luahkan kepada umum, suamiku marah suruh tunggu hingga 4 bulan katanya baru confirm. pastu nak gtahu org beritahu lah katanya
 aku mengikut arahanmu, alhamdullillah.....
p/s : Terima kasih kepada suamiku sudi melayan kerenah isterimu yang mengada2 sepanjang tempoh kehamilan ...ahaksss....
Sudi melayan perangai emosi ku yang buruk boleh ku katakan.
Tapi aku sedih sampai skg aku belum dapat merasa buah salak yg dibeli olehmu.
Tapi takpa aku dah sempat merasa selepas aku bersalin. alhamdullillah hajat tertunai walaupun bukan suamiku yg kirimkan.

Pada tarikh 10/3/2012 ~ masih ku ingat, aku menghidap penyakit yg ku alami hingga kini (BELL PALSY) (alhamdullillah ianya pulih sedikit demi sedikit, syukur padamu ya ALLAH)
Tuhan sahaja yg tahu dalam tempoh aku melaluinya bermula waktu berpantang hingga kini. Aku menjadi kuat untuk menghadapi semua ini. Lebih tabah dengan sokongan suami dan ahli keluarga. Aku tahu semua org risaukan aku walaupun tahap kerisauan tidak ditunjukkan, aku dapat baca melalui reaksi wajah tatkala melihat. Aku akur aku menjadi semakin sensitif terhadap pandangan org kepada wajahku. Aku malu tapi aku kuatkan hati, prinsip yg aku pegang hingga kini.

"Dunia ini pinjaman semata-mata buat diriku. Allah boleh tarik bila-bila ianya rasa perlu supaya kita lebih ingat kepadaNYA.
Ada orang melalui perit getir yg lebih teruk dari yg aku alami.
AKU KENA KUAT. AKU BUKANNYA DIUJI PADA TAHAP PALING KRITIKAL. ADA INSAN YANG LEBIH HEBAT DIUJINYA"

12/03/2012
Aku selamat melahirkan seorang puteri buatmu. Ini hadiah paling bermakna buat dirimu sempena ulangtahunmu yang ke 28.
Terima kasih menungguku lama di luar labour room.
Baru ku tahu betapa sakitnya bersalin bila di INDUCE.
ALLAHUAKBAR....hanya kamu sahaja yang tahu...
DEMI mu......




BILA ANAK KORANG BOLEH JALAN

YESSS..... TAHNIAH BN MENANG
(tibe2 jer aku ni, owh sowi, saya neutral, tak sokong memana pun)

dah kenapa ni, agak2 ko ida nak demam PRU13
sudah, aku xnak komen aper2...ZIP mulut wokeyyy

berbalik kita kpd tajuk entri sebenar...
a bit worries pasal my bobby chobby mama....
DHIA xdapat jalan lagi even though she already 13mth +++
...really....
sian anak mama, makanya mama tahu, dhia sesangat jeles tengok org lain dah boleh jenjalan sendiri. mama very understanding....
Dhia mesti suka tengok kengkawan dhia yg mostly dah dapat "KAKI". nak nak ada yg pakai selipar bunyi bunyi pet pet pet.....
mama tahu dhia mesti nak jalan smbil bunyibunyi macam tu kan...
owhhh so cute...
sabar ye dhia, mama setia menunggumu...uhukssssss....
eceli mama yang xsabar nak tengok dhia berjalan
mama akui mama pown tersangat jeles melihat kawan2 dhia dh dpt jalan..
insyaallah dhia, mama doakan dhia akan dapat jalan dalam sedikit masa je lagi,
CEPAT YA CEPAT YA...mama xsabar...
mama ajak bertateh walaupun dhia berhenti duduk then merangkak, mama akan angkat dhia kembali untuk bertateh semula
tak lama tak lama tak lama dahhhhh
auntie-auntie smua please pray 4 dhia alsoooo....

JOM SHARE pengalaman anak korang dapat berjalan....suka sangat .....

DHIA kurang selera makan


Salam semua.
baru ada kelapangan nak update entri baru buat bacaan semua..ahaksss...skema siot ayat aku.

Takde ape pun nak citer.
Cuma nak bertanya ..anak korang berselera tak nak makan, Dhia bab makan kurang ckit, 4,5 suap ok pastu die give up dah, more to prefer susu. kekadang a little bit worries pasai Dhia. macam ber je tgok mommies lain masakmasak kt anak dorang.

Korang ada masalah macam ida x? Kalau ada macam mana korang handle?

Please help me .....


SAYA SUKA MAKEUP DHIA

Salam

Lately dah terjatuh cinta make upkan dhia....
Ye ker....
Tipu je lah, ida edit thru perfect365...

jom kengkawan cepat2 install, jom main makeup2




 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting