kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

hari ke 44 berpantang

Salam ari ke 44 aku bergelar mama kepada Dhia Qasrina , buah hati pengarang jantungku, walaupun dhia macam mana pun mama n ayah akan selalu menyanyangi Dhia. dah ni bukan entri air mata..ni entri nak citer pasal org berpantang.dan arini jugak ari terakhir aku berpantang

Ida eceli ari ke 20 baru dapat menjalani tempoh berpantang dengan betol, sebelom tu ikut mana sempat je sbb ida keluar masuk wad smpi ari ke 20. badan asek masuk angin jer sbb dah kat wad tu paham2 je lah.smua 100pesen kiter uruskan diri sendiri. Tapi skg alhamdulillah badan kembali segar bugar hasil dari set bersalin Nona Roguy. Highly recommend bagus sangat set bersalin Nona Roguy tapi awas kalau ank korang ade jaundis lagi better korang jauhkan diri makan pil die sbb agak sedikit panas. Lepas ank korang dah bebas jaundis korang nak makan, makan lah k. tp ikut kapasiti kemampuan anak kite lah yer...takut die panas n cirit lak nanti.

ok

pic DHIA bajet chumel macam MAMA. statement berani mati aku kasi.


Macam mana korang berpantang? 100 pesen berpantang cara tradisional ke moden ke barat ke timur ke ? Kalau ida xde jawapan, ida jawap je cara ida. walau cara ida xde nak main langgar jer...ikut yg mana ida rasa logik n me searching google nape itu tak bole ini tak bole...rimashhh sangat..
So percayalah, hikmah berpantang ni banyak manfaatnya.

Korang tak caya, meh ida tunjuk, ini hasil ida searching kt kak engku bidan bersalin.

Kenapa pantang 44 ari??

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, pantang bersalin dimestikan genap 44 hari kerana itulah tempoh yang mencukupi bagi memulihkan organ kewanitaan "balik seperti sediakala". Selepas 42 hari, rahim telah mengecut dan pulang ke "sarang" iaitu balik ke rumahnya di bahagian pelvis atau di sudut ari-ari di atas tundun, tetapi mulut rahim atau pintu servik masih mentah, bengkak dan tersembul.

Disamping itu, urat peranak di bahagian faraj masih sengal dan ngilu. Angin darah kotor atau angin merian masih berlegar-legar di salur darah di dalam rahim dan jika berjimak pada masa ini boleh menyebabkan angin merian berputar di seluruh sendi anggota. Kesan sampingannya akan dikesali oleh wanita itu sendiri, iaitu mudah alah pada persekitaran dan pemakanan, mudah uzur dan tertekan. Untuk mendapatkan kemantapan dan keselesaan fungsi organ kewanitaan, petua Melayu mengesyorkan sanggama hanya dimulakan secara aktif dan agresif selepas lapan minggu.

Setelah genap 44 hari, di rumahnya, rahim sudah pun pulih dan mulutnya kembali normal. Dengan atur cara rawatan dalam pantang yang cermat di sepanjang tempoh itu, kesihatan ujud anggota terpelihara serta dipertingkatkan. Pada hari ke 45, kewanitaan ibu bersalin pulang pulih seperti sediakala, bahkan lebih kemas daripada anak dara.

BAM BAM keshayangan mama n ayah

Salam
giler malas update blog skg....bersawang sakan aih blog ida sejak jd mama dhia ni,
apepun korang layan dulu pic kt bawah ni.
pic ni masa dhia dah lepas 30ari k.
epi sgt tgok dhia membesar depan mata

CURRENT weight DHIA : 3.49KG

ALHAMDULILLAH






Sedih...bell palsy menyerang

Salam semua, alhamdullillah arini ida baru berkesempatan nak update. Dengan izinnya kesihatan pun kian beransur pulih, syukur padamu ya Allah.

Ida ada hutang entri saat kelahiran dhia part 2, later ida update k. Mood belum kasi datang,
 soentri kali ni ida nak cite pasal penyakit yang xdiundang menyerang masa ida 38weeks hamil.

Kisahnya begini....

Korang biasa dengar x penyakit Bell Palsy. Ida rasa rata2 antara kita yang jarang dengar penyakit ni kan..ida pn baru 1st time dengar. Bila dah dh kena baru tahu penyakit ni macam mn. 

Masa penyakit ni menyerang ida, simptom2 nya telinga ida terasa bengang je mcm ade binatang dalam telinga. Eceli simptom ni ida dh rasa dalam 2 ke 3 mgu sblom lagi cuma ida igtkan tu benda biasa so ida biarkan. Bila dah masok 38w ida pn dah rasa tak tahan bila makin menjadi2 bengang telinga so ida g check ngn doc tgok kot ade serangga dlm tlinga result die hampa..tlinga ida OK. Terasa sedikit hampa bila doc xdapat detect ida tkena penyakit ni mulanya. ida balik mcm tu jer tanpa tahu yg simptom bengang telinga tu adalah antara punca penyakit Bell Palsy. Simptom ni serang sebelum ida bertolak balik ke kampung di Kedah, ida masih d KL.

Pastu, ari kamis 8hb Mac 2012 ida bertolak balik ke Kedah. Sampai ke Kedah ida teringin sangat2 nak makan mee kuah Ali Bab. hammmekkk...dua bungkus ida belasah sorang, memang nak lepaskan ngidam betol2 sbb dah tringin nak makan sebelom ni lagi.

Pastu ari jummaat tu mak ida ade wat kerabu kerang, bajet kerang bole naikkan Hb ida yg low. mmg ida makan banyak le jugak kerangnnya... lepas lunch hour bersama kerang, ida saket sangat2 belakang telinga, hanya Tuhan je yg tahu sakitnyer, sakit urat belakang telinga terus ke mata. Ida ngadu kt husband yg ida saket sgt smp merajuk pastu trus tertido. Bangun dari tdo tu lah ida rasa pergerakan mulut ida dah senget sebelah kiri. sebelah kanan dh tak bole control. Tanya mak, mayb mak pun tak tahu mak cakap tu bengkak nak bersalin dah tu, so ida biarkan jer smp lah esoknnya ari Sabtu.

Sabtu, urat belakang telinga yg saket sangat2 smp ke mata membuatkan mata ida kering sebelah kanan. So membataskan mata ida sebelah kanan utk bergerak.saket siot bila mata kering tak berair. Petang tu main msg ngn adik hubby ida n die tya pasal ida so bla bla bla bla n ida gtahu yg mulut ida snget bagai pastu akak ipar ida gtahu yg die pun kena masa pregnant itu ari. Dengar apa die tya n die advise utk g jmp doc esoknya ari Ahad. Masa tu kitrang kt Giant Kulim tengah window soping ngn anak sedara ida. Balik je umah dr Giant tuh ade mak sedara ida datang jenjalan kt area umah. eceli mak sedara ida as a nurse a.k.a bidan mcm tu lah. die cadangkan kitorang g emergency. keputusannya bile dh smp emergency, usung ida ke labour room, dorang chek presure blood ida dah naik tinggi . 160/ xigt bape. wah ida maseh cool bebehhhhh.... n masa tu lah ida admitted ward.

Alhamdullillah sekarang selepas rawatan fisioterapi 9hb april itu hari, muka ida pun beransur pulih walaupun buka 100pesen lagi. Syukur sangat2. Tak sabar nak pegi next fisioterapi rabu minggu depan. Harap sangat2 muka ida dapat pulih seperti sediakala. Sedey siot tengok pic lelama masa muka aku tak senget lagi, moleh nanges uwaaaaaaaaaaaaaaaaa bile tgok pic lelama dulu. 

Ni info serba sedikit tentang penyakit Bell Palsy

Bell’s palsy adalah nama penyakit yang menyerang saraf wajah no 7 (thefacial nerve), sehingga menyebabkan kelumpuhan pada otot wajah di salah satu sisi. Ingat kelumpuhan hanya terjadi di satu wajah yang terkena. Ini yang membedakanya dengan stroke. Ditandai dengan susahnya menggerakkan otot wajah di bagian yang terserang, seperti mata tidak bisa menutup, tidak bisa meniup, dsb. Penyebab kelumpuhan ini masih menjadi perdebatan. Beberapa ahli menyatakan penyebabnya adalah karena terpapar angin dingin di salah satu sisi wajah secara terus menerus, ada juga yang menyatakan hal itu disebabkan oleh virus herpes yang menetap di tubuh dan aktif kembali karena trauma, faktor lingkungan, stres dll. Sebagian penderita bisa sembuh tanpa pengobatan, tapi disarankan untuk menjalani terapi dan pengobatan agar bisa segera sembuh.

Lagi info di SINI


Sebagai catatan:
Wanita hamil berpotensi 3X lebih mudah terkena Bell’s Palsy daripada wanita yang tidak hamil.
Penderita diabetes, perokok, dan pengguna obat-obatan sejenis steroid berpotensi 4X lebih mudah terserang Bell’s Palsy daripada orang lain.
Rata-rata 40.000 orang Amerika setiap tahun menderita Bell’s Palsy.


AKU RINDUKAN MUKA AKU YANG DULU, peace...mudahan aku sembuh seperti sedia kala. Insyaallah. menanges tgok pic ni dgn muka aku kt cermin skg (cettt bajet aku comel sgt dgn pic ni..hikhikhikhik).
 Alhamdullillah dengan izinnya dan berkat kesabaranku smuanya dipermudahkan Nya utk aku n nak besarkan Dhia dengan sempurna. Sekarang waktu aku berjaga pagi n malam nak tukarkan lampin n susukan Dhia mata aku amek sdkit masa utk berair..telinga aku pun sdikit sakit bila tdengar suara2 nyaring n kuat. Paling aku seram tak bole nak drive sbb mata aku xbole kena air cond n angin. Aku akan cuba melawan penyakit ni. Aku perlu latih otot2 saraf aku balik untuk pulih....mudahan aku pulih macam biasa balik....kawan2 smua doakan ida k
 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting