kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

CARA URUSKAN URI.....

Salam semua mommies, mommy to be n readers
Pagi Jumaat yg indah lagi mulia.
Hari ini ida nak wat entri tentang pengurusan uri...
Selain membeli belah keperluan princess n mommy nak bersalin nanti, pengurusan uri janganlah dilupakan
Bagi ida penting sangat, sebab ade org cakap uri sepatutnya diselesaikan dahulu sebelum ape2..tak elok sangat simpan lama-lama. eceli ida pun xberapa arif tentang perkara...
ape lagi..moh kite share ape yg ida dapat hasil carian di Lebai google...
Ida lupa nak save link info yg ida dapat...




Meh kiter tengok k..

Siapa yg selayaknya membasuhkan dan menguruskan uri tersebut?

Orang yang paling layak ialah suami si isteri tersebut.
Kenapa suami? Bukan ayah isteri atau mertua isteri?

Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang semestinya mencuci uri dan menguruskannya. Bukan tak boleh beri orang lain buat tapi fikir-fikirkanlah, bahawa uri itu dulunya duduk di mana dan keluarnya dari mana? Maka selayaknya yg menguruskan uri itu adalah suaminya. Seego setinggi mana taraf suaminya, bila bab urus uri, suami yg kena buat.

Cara cuci uri :

Bahan-bahan yang diperlukan: 
Garam, perahan limau nipis, asam  keping, bekas tanah liat bertutup (untuk uri), kain putih/napkin, cangkul

Cara :
  • baca bismillah & al-fatihah
  • Selawat ke atas nabi ( baca berturut2 hingga selesai membasuh)
  • basuh uri dengan air mengalir kemudian lumurkan dengan garam, limau nipis serta asam keping dan bilas dengan air. Ulang sehingga tiada darah dalam uri tersebut. Warna uri akan jd pucat
  • Bilas dengan air paip sekali lagi kemudian lumurkan dengan garam, perahan limau nipis dn perahan asam keping.
  • letakkan uri dalam bekas tanah liat dan tutup bekas tersebut
  • balut bekas tersebut dengan kain putih/ napkin dan ikat
  • gali lubang seeloknya di bawah pokok sekitar kawasan rumah (kedalaman lubang bergantung pd anda tp pastikan bekas tanah liat tu tertanam sepenuhnya.
  • selawat dan tanam bekas tersebut
  • pasang pelita dan letakkan bara tiap2 malam di ats kwsn uri yg di tanam sehingga isteri habis berpantang untuk elakkan uri dikorek atau dimakan binatang liar
Hukum ~ HARUS


Sex : Boboi to Gegurl

Salam semua...
Nak hapdate blog kalini amek masa yg lama, berkira-kira bila la ada mood nak up latest stori.
Semalam seharian kluar smp lah ke malam...hammek balas dendam kuar utk seminggu.
After sarapan kt Restoran Laris Sg Merab yg tak sedap sangat (sangatttttt smbil mata keatas)
kepingin makan roti canai dr air tangan org melayu, hampa...keras sgt roti canai die pluz manis...
langsung xkena ngn tekak ida.

Lepas kenyang trus zass g Equine Park. Unplanned pya decision, memula hubby nak servis kete tp die nak setelkan pasal ida dulu.ye ke nak setel pasal ida dlu or hubby ida eksited sbb nak jumpa doc tgok my honey little bombom berenang dlm tummy mama die..

Lupa nak inform yg ktorang prefer Klinik Jameaton bertentang dengan Petronas tepi Jusco Equine. Eceli ida xpenah pasan ade klinik kt situ wlupun dah stay Equine hampir dua tahun..almaklumlah dlu bujang2 mana pedulik klinik sakit puan or hape-hape kan. Memang ramai patient, tak putus2 org datang. Menunggu lama la jugak dari hubby ida membebel smp le ke ida bebel lambat lagi ke my turn. xsabo dah ni nak tengok baby...double heksiteddd ckit arini sbb hubby ade skali kan.

Lebey kurang dalam pkul 12tgahari camtu turn ida, 
Doc : arini awk nak scan ek? Anak sulung ke? Sebelum ni ade ape2 masalah tentang kandungan sepanjang hamil ni
Ida : a,a doc, yup sulung, setakat ni last scan kt KK baby sy breech
Doc: ok awk baring atas katil..

hokehhhh...mak buyung ni pun tkedek-kedek naik atas katil..

Doc: blablablabla....jantina k? perempuan ni
Dalam hati ida..aik....alamak...betol ke doc ni...
Ida:sy dh byk soping brg boy..hehhehehhee
Doc: kt tengok lagi k....awk nampak x beger die...
ye sy nmpk bby pye.....hehehhehehhe dalam hati ida sure pas kua klinik ni jd bahan oleh hubby..

Result :
Kepala : still kt atas...me skg dh 31w
Uri : OK
Air Ketuban : OK

Pasal breech ida tanya doc, die cakap if berurut pun ngn bidan bby still pusing2 skg...klu luck awk bby akn turun bawah blik bile tiba masanya...ida redha jer nanti...mudahan semuanya selamat...kalau boleh nak merasa deliver normal....hukhukhukhukhuk

Apepun ida berdoa mudahan baby sihat. Tak kisahlah jantinanya aper. Walaupun nama lelaki dah ada, so ida n hubby akn standby nama bby gegurl plak.Dah tahu jantina bby tp ida still ingatkan dri sendiri, stroller, car seat, bouncer smua plz jgn hammek pink...dbuatnya adik die nt boboi...how....boboi nak guna pink me tak rela..semangat ida nak ngndung lagik tu..hikhikhikhik....best kan PREGGY...




KEHEBATAN TASBIH NABI YUNUS

TASBIH NABI YUNUS :

* Ia adalah :-

" Laa ilaaha ilaa Anta Subhaanaka inni kuntum mina'zhzhaalimin ".

Ertinya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang aniaya. ( al-Anbiyaa 87 )
* Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan dan Tasbih yang diucapkannya. Lihatlah di surah Al-ambiyaa, ayat 87 yang menjelaskan.
MENURUT ULAMA KITA BAHAWA :-

1. Barangsiapa membaca " Tasbih Nabi Yunus " pada malam Nisfu Sya'ban sabanyak 2375 kali. InsyaAllah selamat dan aman ia dalam setahun itu daripada bala bencana dn kesusahan sampai Nisfu Sya'ban tahun mendatang.

2. Menurut Syeikh Sanusi - Barang siapa ada sesuatu hajat, ( sesuatu Maksud ) yang sulit dan pelik, maka hendaklah ia berwudhuk kemudian sujud satu kali dan didalam sujudnya itu membaca Tasbih Nabi Yunus itu 41 kali. Setelah itu sebelumbangkit dari sujud itu,memohon kehadrat Allah apa-apa yang dihajatkannya itu. InsyaAllah hajat dan cita-citanya itu akan didapatnya berkat Tasbih Nabi Yunus.
3. Menurut Syeikh Ahmad Almaghraby : - Apakala mempunyai hajat sesuatu, maka hendaklah kita melakukan Solat hajat 8 rakaat dengan cara berikut

* Solat hajat ini yang sebaiknya dilakukan ditengah malam ( 1/3 malam ):-
- Lakukan sepertimana syarat-syarat Solat Hajat yang sempurna

Lakukan zikir Tasbih Nabi Yunus sebanyak mungkin dengan ikhlas dan khusyuk, sebelum memohon hajat yang diingini. Mudah-mudahan Allah akan mengabulkan permohonan anda yang sedang berada dalam kesusahan apa jua pun.

Begitulah kepentingan Tasbih Nabi Yunus. juga boleh ditasbihkan pada bila-bila masa sahaja . Kepastiannya anda mendapat pahala hasil masa-masa yang terluang ( kelapangan )



16 FAKTA TTG BAYI BARU LAHIR

16 FAKTA TENTANG BAYI BARU LAHIR YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
# Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Bakul baju ni ade jual kat mana?

Salam semua, harap2 smuanya sihat2 belaka..
neway...aritu proses basuh baju bb dah setel tp smp skg xbekesempatan nak menyimpan dlm bag kesemua bajunya memandangkan bakul xde lagi
...nak jugak bakul tu...hehehehe
ngada kan aku, nak jugak2 bakul macam kt bawah ni...
dah cari merata tp xbjumpa...aritu adik ida ade beli tapi jauh sgt tempatnya...
nun jauh kt pdg besar perlis sana..

sesiapa yg biasa nampak org jual bakul ni tak kire lah online ke makcik tepi jalan sila inform ida k....
jasa baik anda sangat dikenang-kenang ida...




Tak perasan perot dah besar


Salam semua....sejak dah menjejak ke 30weeks ni(ceewaaahhhhh),
tak perasana pewot dah membesar dengan jayanya.
gayanya macam kecik cinonet je perot aku.
tapi tuan kedaun je perasan perotnya kecik lagi padahal besauuuuu dah upanya...hikhikhikhik
menonjol ke depan perot ida..
tadi drive prot bole langgar stereng seyhhhhh....mmg xdpt dsangkal lg perot ku membesar dengan hebatnya.
Perot kecik ke besar ke janji baby sihat...baby suke sgt menari shuffle dlm perot mama...tkezut mama....
Terbaik punyaaaaa

Alkisahnya check up baru-baru ni

Salam rabu semua,
Kering idea nak post entri ape sejak kebelakangan ni, asek marathon ke blog org lain jer..best baca blog2 m2b, byk info dapat.
Selasa lepas ida ada check up, seperti korng tahu entri sblum ni ade share ngn korang berkenaan masalah hb rendah ida. Kali ni check up my hb still sama....lingkungan 10 jugak but point belakang drop jdnya dari 10.9 ke 10.1. omaigodd....turun..kena refer doc sbb ida ade simptom hb low sperti bdebar-debar, cepat letih, pening2 macam tu...



Pas jumpa doc, doc cakap maybe hb awk bila amek kt jari x berapa accurate. nt 36 weeks amik kt lengan...nape kena tgu smp 36weeksss..whutttsssssss....my hub ckp knape xamek skg jer...
dibebelnya lagi..bla bla bla bla...die tya ida makan ubat macam mn smua..ida ckp segala iberet ke makan bayam ke ubat pun ikut cara betol tp hb ida still maintain 10 nokssss.... mayb jugak hb ida low sbb masalah keturunan sbb whole family side abah ida ade masalah pening2 bagai....tp betul ke sbb keturunan... entahlah...apepun ida redha je dah nak masuk minggu 30 ni...ida banyak redha...ida bersedia jer apepun terjadi....janji ida teruskan maintain makan ubat bayam smua mcm biasa....

Pastu doc check kepala anak ida dh turun or x, alamak baby masih lagi bersiar-siar dlm tummy xnak turun..masa check die ade sebelah kiri perot lg..doc ade ajar pasal nak tahu kepala baby macam mn..balik jer umah dh lupa caranya..hikhikhihkik...careless btol ida...harap2 bby ida pusing balik ke keadaan asal..insyaallah dengan keizinannya..amin...


apaepun kt SINI ade ckit info pasal bayi songsang. ENJOY READING.......


Proses sebelum paking barang baby dlm bag


Salam semua mommy to be...
Korang dah siap paking barang baby ke...
ida dah basuh-basuh stat minggu lepas...
Petang ni nak siap2 paking barang baby dah??

Hepi + berdebar = apepun xnak pk bukan2..mudahan smuanya berjalan dengan selamat n dpermudahkanNya
INSYALLAH...amin

Berat Badan Ideal Masa Hamil

Salam pagi Jumaat wt semua pembaca blog ida.
Takde idea nak update sejak duemenjak nie...
So searchingseraching pak google...saje gegatal tangan nak tahu info pasal berat badan masa hamil...
A bit worry pasal berat ida sebab naik sebulan sekilo jer...
maintain dari memula hamil...
now dah 7 bulan pn still sama je naiknyer...
peliks lak aku ni...org tak suke naik manyak2 tp aku riso lak nek ckit..
ida tgok mommy lain senang je dpt 2,3 kilo dlm sebulan naik..
Maybe selera makan masing2 n berbeza..
Ida akui ida kurang selera ckit makan...
nak kena tunggu yg betul2 tekak ida request baru leh makan smp licin..
kalau x ke tong sampah le alamatnya makanan tuhhh.



So far alhamdullillah , nurse pun xde bebel pasal berat badan cuma die ade penah bersuara pasni puan kena naik berat badan sekurangnya 500g/minggu....
tp check up lepas ida naik juz 500g dlm ms 2 minggu die diam jer..dorang cuma riso HB ida drop jadi 9 ke bawah jer....hope ok lah..tya doc pun berat baby normal, takdelah kecik walaupun berat tak naik banyak.


hasil carian pak google ini hasilnya ye para-para bakal-bakal ibu sekalian :


Peningkatan berat badan di trimester pertama memang relatif sedikit, tidak naik atau bahkan berkurang karena muntah-muntah. Peningkatan berat badan yang cukup pesat terjadi di trimester 2 dan 3, pada periode inilah perlu dilakukan pemantauan ekstra terhadap berat badan.

Pada ibu yang underweight, kenaikan berat badan yang dianjurkan adalah 0,5 kg setiap minggu. Para ibu hamil perlu mengkonsumsi karbohidrat, protein/asam amino; vitamin dan mineral, serta enzim yang cukup yang diperlukan untuk memaksimalkan proses penyerapan nutrisi oleh tubuh sehingga asupan nutrisi ibu saat hamil dapat terpenuhi.

Sebaliknya kondisi underweight juga berisiko dimana pertumbuhan bayi akan terhambat, ancaman kelahiran prematur serta risiko cacat pada bayi. Perlu diperhatikan oleh para ibu hamil agar makan makanan bergizi yang memenuhi syarat dengan gizi seimbang, hentikan kebiasaan merokok, minum alkohol, minum obat-obatan yang tidak perlu dan istirahat yang cukup. Hal lain yang perlu diingat adalah kecukupan dari asam folat, apabila kekurangan akan berisiko terjadinya spina bifida yaitu kondisi dimana terganggunya penutupan medula spinalis.

Pada ibu yang normal dan obese kenaikan yang dianjurkan adalah lebih kecil, masing-masing 0,4 dan 0,3 kg setiap minggu Pada kondisi overweight yang bisa dilakukan adalah tetap menjaga pola makan dengan gizi cukup dan seimbang, selain itu hindari makanan pemicu gula darah tinggi seperti makanan yang manis-manis, berlemak, goreng-gorengan, dan makanan tinggi kolesterol. Makanan berserat dan buah-buahan segar sangat dianjurkan karena bisa mempertahankan rasa kenyang lebih lama, di samping mengurangi kadar kolesterol dalam darah. Pembatasan kalori masih  menjadi kontraversi karena, di sisi lain, janin membutuhkan nutrisi lebih dimana pengurangan kalori ditakutkan akan mengganggu perkembangan janin.


untuk maklumat lanjut korang klik link bidanku


berat ida masa memula wat buku ialah 56kg
last checkup 27weeks ialah 61.5kg


macam mana dengan berat badan korang????
ade yg dah pernah minum air gula ke?
sedap tak?

EDD MANA NAK PAKAI NI???

Salam semua...harap semua sihat hendaknya..

Tajuk kat atas...me betol konpius...



EDD kalau ikut period ida 21.03.2012

Tapi biler scan kejap 05/04/2012 kejap 28/03/2012 

So kalau org tanya ida bile due date ida cakap jer ujung bulan 3...

ikutkan EDD 21032012 ida dah nak masuk 29minggu..
 kejap je rasanya after 4 bulan usia kandungan masa tu berjalan...
tup tup tup dah nak masuk trimester ketiga...

Berdebar sangat, member opis ida EDD die 23012012 dah bersalin 01012012
pastu memper opis yg sorang lagi EDD die lebey kurang je ngn ida dah ade contraction sbb kepala baby dh ke bawah dan air ketuban die dah ade ckit2... 
ida????? 
menanti dengan penuh debaran...siyes berdebar...

double berdebar lagi rasanya berbanding masa nak kawen aritu.
Kalau nak kawen aritu berdebar...tapi nak bersalin ni dupdapdupdap lebih kencang rasanya.
apepun hubby ida pesan jgn dipikir sangat..hadapinya dengan tenang...
ok boss

dulu masa nak majlis sebok counting day nak akad nikah but now berbeza asek hitung bulan minggu nak terima baby yg someyyyyy....hehehheheheheheh...xsabar hokehhhhhh....

Kalau korang ikut tarikh EDD mana satu????
 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting