kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

Scan 28 weeks

Salam semua......arini separa gembira....sedey...but me still hiburkan hati yg gundah gulana n kerisauan yg mencengkam jiwa...uhuksssss

Arini ida scan for 28w d KKPutrajaya. Semangat nak pegi tengok baby...lama mama xtengok ape dah jadi kt awk spnjang dlm pewot mama....
Ida dapat angka giliran no. 2. Excited bebey nak masok jumpa doc....first masuk jmp doc x sempat nak duduk ats kerusi doc suruh naik atas katil nak scan....xnaik lagi doc tanya uri awk bawah ek.....doc sy xtahu pun doc yg lepas xde pn inform sy...omg hanya tuhan yg tahu perasaan ida masa tu...xpe sedapkan hati tgu doc scan skali lg....alhamdullillah uri dah normal ke atas cuma yg membingungkan ida skg ialah kepala anak kt atas bermakna songsang....doc cakap if smp 36 weeks die kt atas maknanya anak ida risiko dlahirkan songsang.....sedey bukan kepalang....ade cuma 6 mgu utk pujuk baby turun bawah balik masuk ke sangkarnya......

pray for me.....risau sgt2....banyak kasi suggestion utk g berurut ngn bidan....alhamdullillah if ida scan dlm 32w still songsang ida akn cergas balik kg utk rawatan lanjut......doakan ida ye sayunksssss....



APABILA IBU BOLEH MEMILIH

Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”, Maka ibu akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,Sembilan bulan nak…Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemana-mana pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.
...
Anakku…
Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan,Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,Yang tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia.Saat itulah…saat paling membahagiakanSegala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.

Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “apakah ibu tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,
Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan – tegukan yang sangat berharga,
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.
Anakku…
Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,Tetapi anakku…Hidup memang pilihan…Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

BERDARAH HIDUNG WAKTU HAMIL

Mommy to be yang lain pernah x mengalami simptom hidung berdarah waktu hamil...kalau yg xhamil tapi hidung die biasa berdarah xnak tahu..nak tahu org yg pernah hidung berdarah masa hamil je nak tahu...hehehhehe jangan mareee...



Nurse cakap hidung berdarah ni yang menyebabkan HB awk low.....betol ke? tapi die cakap normal if idung berdarah...me confius...ape lagi....search pak google....

Tapi...masa minggu lepas HB ida turun tu memang hidung ida berdarah tiap2 ari....macam penybab HB Low tu sbbnya idung berdarah le plak kan...nurse cakap normal...eeeee pelik.......xpe xpe...pak google bantulah saya...

Hasilnyaaaa...

from : kak engku

Sesetengah ibu hamil mudah mengalami gejala hidung berdarah. Selalunya keadaan ini berlaku pada trimester kedua dan terakhir. Gejala hidung berdarah ini selalunya tidak serius. Ini berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang turut menimbulkan kesan keradangan pada hidung. Keadaan ini menyebabkan penghasilan lendir atau cecair dalam hidung berlebihan dan ditambah dengan pelebaran pembuluh darah yang menyebabkan gejala ini mudah menyerang ibu hamil.

Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini.

  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
  • Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.


SEMUA UNTUK ANAK


usia kandungan : 26-27weeks

Alkisahnya sejak preggy ni, sebelum wat ape2 mesti akan pk BABY dalam pewot. Dalam kepala kekadang hanya ada sedikit aje ruang untuk pk diri sendiri.siyes....macammane dgn mommy to be yg lain....mesti sama mcm ida kan....

Kalau dulu dapat duit bonus, dalam kepala dah belegar kasut 2 pasang, handbag satu pastu baju pastu bla bla     bla bla. Tapi skg totally berbeza....dapat duit gaji je mesti pk owh lampin xbeli lg...botol susu pn xbeli lg...mitten n booties kena tmbah lg 2 pasang...baju tdo ngn baju nak g klinik xcukup lg pasangnya....blanket towel...banyak lg lah klu nak citer kt sini....

Orang cakap seeloknya nak beli barang2 anak  dalam usia  kandungan 7 bulan ke atas...tp ida langsung xleh nak pendam nak soping barang baby.xsilap ida masa kandungan ida 25 weeks camtu ida dah stat sopin ckitckit...nak beli sedebuk camtu mmg  xmampu so beli ckitckit.....
sblom tdo belegar2 jer benda ape yg ida xbeli lg....esok cergas cari ...

Setakat ni, macam baju,mitten booties towel smua dah settle...botol pun dah beli sepasang...suke sangat...xsaba nak buatkan susu untuk anak mama nanti...ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee..........macam mama yg nk g gigit puting botol tuu...gewaaaammmmmmmmmmmmmmmmmmm

Kat bawah ni ade ckit petua yg ida amek kt FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks
a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah di
perut. Buat 2 minggu berturut-turut.


b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.

Hemoglobin Rendah

Panduan untik diri sendiri n mommies to be yg lain yg mengalami masalah HB low

Paras hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah. 

Mengapa ianya terjadi?
  • Peningkatan dalam isipadu darah 
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah 
  • Penurunan kadar hemoglobin normal. 
Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi:
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda
  • Kekurangan asid folat
  • pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir 
Bahkan jika anda mengambil jumlah zat besi dan asid folic yang cukup, anda masih boleh menjadi anemic kerana perubahan besar proses pencernaan anda semasa kehamilan.

Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:
  • Jika anda mempunyai morning sickness teruk dengan muntah sering
  • Jika anda mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
  • Jika anda mempunyai kehamilan berganda
  • Jika diet anda mempunyai kandungan cukup besi
  • Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat 
Keadaan ini menyebabkan anda boleh menyebabkan 18-27 gram zat besi setiap hari ketika ibu hamil. Malah jika tidak menerima cukup vitamin B12 atau asid folik, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell disease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan. 

Bagaimana mengenal pasti bahawa anda mengalami anemia semasa mengandung?
Kebiasaannya ketika menjalani pemeriksaan kehamilan di klinik-klinik kesihatan atau swasta atau antenatal di hospital kerajaan atau swasta, ujian akan dijalankan.

Tanda-tanda lain adalah keletihan yang berlebihan. Jika keadaan menjadi parah, maka anda akan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas.

Cara menangani?
 Jika punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi. Anda harus mengambilnya dengan makanan untuk mengelakkan mual.

Jenis-jenis Anemia dan cara pemakanan.

· anemia ringan (Hb 9-11gm%)

Boleh makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

· Anemia teruk (<8gm%)

Ibu hamil mungkin akan diberi:

  • Suntikan Zat Besi (Imferon)
  • Pemindahan darah
  • selain makan makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

Kesan kepada ibu

· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan

· Mengalami keguguran

· Mengalami kegagalan jantung

· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin

· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan

· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut

· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan

· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg

· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia

· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

SCAN ke 3

Salam mommies, mommies 2 be n smua pembaca sekalian. Mood nak update blog dah jarang2 datang skg ni...malas giler nak update skg ni...Keadaan kesihatan pun xmenentu tu yg idea nak menulis kering kontang...ari-ari asek blogwalking je dari blog ke blog.

Ari rabu petang minggu lepas badan memang rasa sengal2 semacam, tak tahu tetiba, mayb ida keluar lunch panas terik n tetiba masuk opis trus sejuk gedik...
pastu trus badan rasa lemah longlai tak hengat... tak tahan sangat pas balik keje sampai umah duduk ke berdiri smua serba xkena trus g klinik dkt umah. 
Doc suspek ida demam, tonsil bengkak, ida tanya if ida dsebabkan efek suntikan kancing gigi, tp die cakap bukan sbb tu, suntikan tu xkan menyebabkan badan kt smp demam...paling kuat pn selsema.. die cakap xpe saya kasi awak rehat keesokkannya k..awk perlu banyak rehat, maybe ida travel jauh sbb baru balik kampung asben mgu lepas. Ok...esok nya ida MC, dalam hati kata demam ni xterok sangat...esoknyer sure ok balik....meleset sama sekali.....badan lemah sangat...asek nak berbaring jer...

Ok lupa kejap pasal demam, 
Pada masa yg sama after doc sahkan ida demam ia minta die scan perot..saje suke suki xde keje...asek dengar org lain every month scan...ida scan pn tgu ade check up. so saje gatal xde sebab suruh doc scan nak tgok baby dalam perot..ermmmmm...
Doc check smua...uri kt atas..OK... baby sempurna smua...sepasang kaki, sepasang tangan, tulang belakang smua OK...pastu die turun ke bahagian anu...ermmmm...
memula doc cakap gurl ni... sebab nampak macam gurl pye...
dalam ati...alahhhhhhhhh...gurl ke?????......jahat giler aku xbesyukur.... bukan le...ida kepingin giler nak anak laki...tp me xkisah lagipun anak sulung so relakan jer..xkesah janji baby sihat.
pahtu pahtu...doc cakap eh awk tengok ni...sy nampak die pye anunya....ida tengok...nmpk die punya @b****g p***i@ doc cakap lagi berat ke laki anak awk ni....banyak kali die ulang..
ye anak awk ni berat ke laki....ida diamkan jer....ermmmmm....me xkesahhhhh...laki ok ler tuh.... ape2 ajer janji baby sihat2 ajerrr....

So weekend aritu saje amek mood nak lupakan demam, soping baju baby cket cket tapi xjadi bukit lagi.....

p/s : penah x org mengandung hidungnya berdarah...tp xde le smp meleleh kuar darah...darah dalam hidung jer...xde ape punca tetiba je berdarah....alahan ke ek?
 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting