kelip kelip

Followers

LIKE MY PAGE " GAYA ITU MILIKMU"

IDA & JOE

KELIP KELIP

PENGHUJUNG TAHUN

TRAGEDI 2009

OH...sudah masuk penghujung tahun ya. Sungguh pantas masa berlalu dan banyak pula pahit manisnya sepanjang tahun 2009 ini.


Januari
* Ku bahagia sangat-sangat
* saya memperolehi aset baru - Kereta Myvi 1.3 Ez AUTO


Februari
* sibuk dengan Kursus Induksi di PULAPAH. Pengalaman yang paling menakutkan hidup saya sepanjang kursus ini berlangsung. Sumpah saya tidak akan menjejaki lagi ke PULAPAH. Walau apapun teramat suka kerana banyak jumpa kawan baru.
* persiapan ke majlis represi Liza di Johor.


Mac
*Pertama kali saya memandu dalam jarak jauh. Percubaan yang bagus tetapi malang tidak berbau, kereta saya mengalami kecederaan. huhuhuhu. Terasa amat sedih masa ini.
* Menjadi pengapit di majlis perkahwinan Liza. Sukeeee...Pengalaman pertama menjadi pengapit.
* Sewaktu ni kehidupan saya amat indah.


April
* Berlaku kemalangan di hentian pejalan kaki, sungguh tidak perasan yang lampu isyarat merah masa tu akibat leka bermain SMS. Sungguh lalai saya ketika ini. Tapi alhamdullilah semuanya selesai.
* Ada juga perkara sendored yang tak dapat diceritakan.


Jun
* Amat pahit untuk lalui kehidupan saya pada ketika ini. Terlalu peribadi untuk diceritakan di sini. Apa yang berlaku atas kesilapan saya sendiri. Jika ada rezeki saya, insyaallah saya akan dapat balik apa yang telah dimilikinya. Sungguh cetek pemikiran saya pada masa ini. Tuhan, lindungi daripada ianya berlaku lagi dalam hidup saya.


Julai
* terlalu mengimpikan Nokia 5800, akhirnya termakbul doaku unutk memilikinya.


Ogos
* beli netbook ACER ASPIRE. Suka sangat2.. Layan FB je kerjanya..
* Ramadhan kali ini teramat bermakna buatku.


Sept
* Dukacita sangat sebab tak dapat beraya bersama. Janji pada diri saya tak akan buat lagi kesilapan yang sama tahun depan.


Okt
* bulan lahirnya saya ke dunia ini. Sedih sebab ada orang yang tak ingat.
* Patutlah ada benda yang akan jadi pada saya.


Nov
KECEWA


Dis
* Ada kebahagian menanti saya. Insyaallah. Makbulkan hasrat kami ya Allah...
Mudahan apa yang dirancang kami akan terlaksana. Harap sangat-sangat.
MOGA TAHUN BARU INI, AKAN DAPAT SAYA LALUI DENGAN PENUH TENANG, CERIA DAN GUMBIRA SELALU..

MEH KITE KLIK SINI

Mulanya saya seakan tidak percaya, tetapi setelah alaminya sendiri baru lah tahu. Menyesal tak sudah sertai dari dulu lagi..huhuhu..jom kawan-kawan kiter klik ramai-ramai..


PENDAPATAN SAMPINGAN DI LUAR JANGKAAN ANDA.

JOM KLIK KLIK...


KLIK KLIK KLIK !!!!!!!!
KLIK KLIK KLIK !!!!!!!!!!!!!
'Create
Copy CODE NI PASTU LETAK KAT BLOG ANDA..


JOM KITE RAMAI-RAMAI KLIK...
PELUANG HEBAT MENANTI ANDA...
SAYA DAH ALAMINYA SENDIRI..

APA NAK DIKATA???

Susah hendak digambarkan. Ya, memang ini yang disangka terjadi akhirnya. Saya tidak akan memaksa dan tidak akan membuatkan orang tersebut merasa dirinya dipaksa. Jalan hidup sendiri, jadi tentukanlah mana yang terbaik. Di ulang sekali lagi memang saya tidak akan MEMAKSA lagi. Berulang kali dan akhirnya kini berulang lagi. Jika diteruskan nanti hati sendiri yang binasa. Lebih baik saya pergi jauh-jauh tanpa menoleh ke belakang (JANGAN PANDANG BELAKANG). Jalan yang terbaik buat diri saya dan telah saya tekadkan dalam hati saya kini yang tiada sesiapa lagi dapat menakluk hati saya yang telah hancur kini. Luka yang dulu belum sembuh lagi, masih ada parutnya dan tak akan saya biarkan ianya hancur kembali.


with love,
noridaramli


p/s :SERIUS...saya telah tekad tidak akan berpatah balik.




FACEBOOK FRIEND'S

Erm puas hati saya pagi ini, saya dah delete siapa yang saya rasa perlu dalam friend list facebook.Puas hati sangat2...ada ramai kawan tapi langsung tak berkomunikasi baik tak payah simpan. Buat menyemak je kalau setakat nak jadi silent reader dan juz nk tgk gambar je. Akan di delete secara berperingkat. Biar kawan tak ramai pun tak apa. Kalau ramai takde kualiti pun tiada guna kan. OK ready ready ready ye...

DRIFT PART 2


Aktiviti semalam tetap sama. Berkunjung ke MAEPS, Serdang sekali lagi untuk menyaksikan Drift. Hari ini hari penentuan. Who's d champion of the year???? Okeh okeh..let's me story keh. Untuk pengetahuan kengkawan yang dikasihi lagi disayangi oleh saya sekalian, drifter di atas ialah Tengku Djan (i don't know he malay or chinese). Dia lah champion 4 this year..tinggi lampai..nampak sangat kependekkan saya masa ni..hohohoho..Saya melindungi lemak saya menggunakan beg PADINI saya moga tidak terserlah, tetapi tuhan maha mengetahui yang saya sememangnya gemokssss sungguh..pipi bulat + muka pun bolatttssss, ops tertukar topik laks..

Semalam badan saya memang kepenatan yang amat-amat sangat, mahu tidaknya berjemur tengah panas terik, memang badan ini sungguh tidak berdaya. Kepala macam ada batu, sakit sangat2 aku belitan tudung yang aku buat...semua serba tak kena..pakai shades pun kejap2 buka...sungguh tidak selesa. Semasa mahu pulang pun siap boleh bergaduh dalam kereta, tapi boleh mengawal diri lagi k.... Hingga aku mengeluarkan perkataan.......TUTTTTSSSs.. Tapi masing2 memahami bahawa kepenatan yang terlampau sangat.

Saya hidangkan dulu sekeping gambar di atas, nantikannya malam ni lagi gambar2 saya k..(bajet macam ade sangat org nk tengok gambar aku,,perasan...cehhhhh)

DRIFT PART1

Tiada apa yang ingin saya update buat entri kali ini, tetapi cuma ingin berkongsi bersama pengalaman saya menonton drift. Mula berjinak-jinak dengan dunia pemotoran ini lebih kurang dua minggu lepas. Permulaannya sekadar ingin menemani rakan-rakan saya tetapi lama-kelamaan minat itu muncul dalam diri saya yang sederhana ini untuk menyaksikannya sekali lagi pada minggu ini.
Pengalaman yang saya alami dua minggu lepas, buat pertama kali rasa macam tidak dapat hendak menyesuaikan diri dengan dunia pemotoran ini. Apa tidaknya tatkala melihat orang memandu dengan cara yang amat menakutkan saya, seolah-olah mahu bergaduh. Berdegup dada saya. Owh ini rupanya drift. Terasa kagum dengan mereka. Sungguh mahir rupanya mereka ini mengawal stereng kereta ya. Bagaimana lah agaknya kalau saya masuk drift. Mesti hancur semua penghalang jalan. Memandu kereta MYVI saya ala-ala drift..berangan..tidak memandu ala-ala drift pun dah kemalangan ini pula nak memandu macam drift..hohohohoohh
Saya memakai cap kononnya Valentino Rossi biasa menggayakan cap ini.
Hujung minggu lepas pula saya menyaksikan DRAG di Cyberjaya..bukan drug okeh. Agak menarik hati saya. Memang seronok sangat-sangat. Siap berada di garisan permulaan lagi. kelakar, kelakar..
Apapun minggu ini sekali lagi saya menyaksikan Formula Drift Malaysia. Owh teruja sangat-sangat tapi tidak sempat bergambar bersama-sama kereta yang bertanding lagi kerana orang terlalu ramai sangat. Malu..malu.....esok ada lagi...sukeeeeeee..nak pergi tengok lagi...




MIMPI ini KENYATAAN

Tiada apa yang ingin saya update dlm entri kali ini, cuma terasa macam hendak berkongsi dengan kawan-kawan semua. Semalam saya tidur dalam lingkungan pukul 11malam, memang tidur yang boleh saya kira agak nyenyak. Keletihan yang amat sangat membuatkan diri saya terlelap dalam masa yang singkat.
Sebelum tidur seperti biasa saya akan berkhayal terlebih dahulu mengingati benda atau saat manis yang berlaku sepanjang hari. Tetapi hati saya tertanya kenapa saya tidak bermimpi seperti apa yang saya fikirkan. Mengapa dia masih muncul lagi dalam mimpi saya? Adakah kerana saya terlalu memikirkannya? Ya Tuhan jauhkan lah diriku dari dirinya. Saya semacam tidak mahu pisang berbuah banyak kali, cukuplah setakat ini sahaja. Dalam mimpi tersebut saya memang merelakan pemergiannya. Tetapi mengapa dia muncul bersama wanita tersebut, seolah ingin memberitahu saya bahawa hatinya kini hanyalah untuk wanita tersebut. Ye saya akur semua ini, tetapi kehadirannya bukanlah kepentingan bagi saya buat masa ini. Pergi dengan tiada sepotong mahupun sepatah perkataan yang keluar dari hatinya bahawa dia ingin melepaskan saya dan menerima wanita tersebut buat selama-lamanya.
Saya tidak kisah sangat tetapi ada rasa terkilan di hati saya ini dia pergi begitu sahaja tanpa menoleh pada saya lagi. Nampak sangat dia betul-betul tidak menyayangi diri saya langsung. Kalau betul seperti itu yang diinginkan olehnya, mengapa saya dipertemukan dengan seluruh keluarganya. Sungguh saya tidak mengerti mengapa saya diperlakukan begitu. Adakah diri saya ini seperti tiada maruah pergi ke rumah orang sesuka hati walaupun dirinya tidak senang dengan saya. Kejam sungguh kan hati dia. (iklan sebentar : ops tiba2 kawan saya memasang lagu GANTUNG nyanyian Melly Goeslaw seolah mengerti apa yang terbuku di hati saya sekarang)
ERMmmmm..terasa sudah lama tidak mendengar khabar berita daripada wanita yang bertakhta dihati dia sekarang. Banyak cerita saya tahu dari wanita tersebut. Mungkin mereka di ambang kebahagian kan sekarang. Saya redha dengan apa yang dia lakukan pada saya selama ini, terima segala ketentuan yang telah diatur oleh NYA buat diri saya selama ini.

NAK NANGES

Bunyi tajuk macam ngade je aku ni nak nanges..berat seyh bulan ni...uwaaa roadtax aku dah mati..huhuhuhu..masak aku bulan ni....
p/s: tu le padan muke tak beringat sangat..soping tak hengat dunia

PENGALAMAN dan DEWASA???

"Adakalanya pengalaman banyak mendewasakan kita"
Baru saya terfikir sejenak, ya betul, apapun pengalaman itu penting kan. Hendak minta pekerjaan pun pengalaman dititik beratkan.
Pengalaman banyak mengajar kita tentang erti kehidupan yang sebenar. Tidak kiralah pengalaman manis, pahit, tawar, masam dan sebagainya.
Setiap benda yang kita lalui, segala onak durinya, ranjau dan sebagainya.
Tahun 2009 banyak mengajar diri saya tentang kehidupan. Ini rupanya KEHIDUPAN. Yang indah sama banyak dengan yang sebaliknya. Saya redha segala bagai UJIAN yang diberikan olehNYA kepada saya. Alhamdullillah ia banyak mengajar saya untuk berfikir dengan lebih matang dan tenang dalam menghadapinya walaupun amat perit hati ini untuk menerimanya. PENGALAMAN AKAN MEMATANGKAN KITA KE??? YA...Kematangan itu adalah akar tunjang kita untuk kita meningkat DEWASA. Betul ke apa yang saya perkatakan sekarang.
p/s : SAYA AMAT BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG DILIMPAHKAN OLEHNYA PADA SAYA KETIKA INI..AMIN..MOGA SAYA TENANG DALAM MENGHADAPI UJIAN DARINYA...

RAGU-RAGU


Saya tahu ramai yang was-was, kenapa saya buat keputusan bersendiri. Wahai kawan-kawanku jangan bimbang, saya masih waras. Tuhan sentiasa menolong hamba-Nya yang lemah, di mana ada usaha di situ ada jalan. Saya yakin saya buat keputusan yang betul. Kawan-kawan jangan risaukan diri saya ye. Alhamdullilah kehidupan saya berjalan dengan lancar.

KENAPE??

Keadaan badan saya agak keletihan sejak akhir-akhir ini. Mungkin penat kerana sibuk mengemas rumah baru hujung minggu lepas. Sampai ofis je mesti kena tidur dulu. Badan lenguh-lenguh dan sakit sangat. Rasa rindu sangat untuk menulis di blog ini. Insyaallah nanti akan diupdate lagi entri yang terkini tentang diri saya lagi ye..
SAYANG KORANG..MUACHHHH

UMAH BARU

Alhamdullillah akhirnya tercapai hasrat saya untuk pindah ke rumah baru..amat berpuas hati walaupun modal yang keluar mengalir begitu laju..hohohohohohhh...barang keperluan umah yang asas sudah ada..cuma ada lagi dua tiga empat barang yang belum lengkap lagi..insyallah akan diusahakan dari masa ke semasa untuk melengkapkannya lagi..hehehehe..hidup kena penuh dengan impian..ceewahhh..kununnnn..Minggu ini masa saya banyak dihabiskan dengan aktiviti mengemas rumah. Letih gilos. Lain kali berjumpa lagi, penat giler
p/s : nak sambung perah baju plak..penat..washing machine blm ada lg...sakit pinggang..
 

CITER TENTANG SAYA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting